Kalau ulama hendak masuk UMNO, biarlah dia ada izzah. Kalau dibandingkan dia dengan presiden UMNO, biarlah dia nampak lebh hebat di mata ahli berbanding presiden. Orang lebih hormat kepadanya daripada presiden. Kalau tidak boleh begitu, buat habis air liur sahaja. Ulama dalam UMNO, kalau hanya sekadar menikus, baik keluar. Kalaupun lantang, tetapi suara tidak didengar sebab tidak punya izzah, baik juga keluar.
Ulama yang berkesan untuk ke dalam UMNO, ialah apabila presiden takut kepadanya. Presiden malu alah kepadanya. Kalau sekadar inggusan yang dipandang picing mata oleh presiden, buat malu sahaja. Kalaupun presiden tak mahu endahkan, biarlah majoriti ahli menghormati dan mendengar katanya.
Aku terkenangkan kedudukan 4 ulama muda yang masuk UMNO tak berapa lama dulu. Masa masuk dulu, heboh juga. Tetapi sekarang sudah maca larut. Tidak nampak sudah mana klorin dengan air tawar. Adalah sesekali komen keluar mengenai isu-isu nasional. Isu video seks dan sumpah laknat. Namun, komen-komen mereka sama ada dua. Songsang atau sepi. Songsang kerana merumuskan bahawa dalam kes Anwar Ibrahim, sumpah laknat balas adalah penyelesaian.Sepi kerana pandangan mereka itu tidak merenggut sokongan dan perhatian.Kasihan.
Tenaga yang disia-siakan...
No comments:
Post a Comment