Sesiapa yang menentang penyatuan UMNO-PAS adalah pengkhianat Islam. Demikian kata mufti Perlis, Juanda Jaya sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia hari ini di muka depannya. Ini berikutan pelawaan DS Najib Tun Abd Razak agar PAS menyertai BN. Namun, reaksi para pemimpin PAS adalah menolak penyertaan PAS ke dalam BN tetapi bertekad kekal dalam PR.
Orang kata Juanda Jaya tidak cerdik politik. Dia lurus bendul sehingga tidak kenal pengkhianat kepada Islam. Melebelkan sebagai pengkhianat mereka yang menentang penyatuan PAS dan UMNO adalah membuktikan kedaifan fikrah politik mufti tersebut. Sepatutnya, jika dia tidak faqih dalam sepak terajang politik, dia berdiam diri sahaja. Dia mana ada pengalaman berpolitik. Biarlah pemimpin PAS yang veteren menentukan duduk PAS dalam politik negara. Kalau tidak mahu bersama UMNO dikira sebagai pengkhianat, baik dikatakan sahaja tidak masuk UMNO itu pengkhianat.
Lainlah kalau UMNO tidak mengkhianati Islam. Apakah UMNO tidak mengkhianati Islam?
No comments:
Post a Comment