Bila AS mendakwa bahawa Osma telah dibunuh, aku bukan percaya 100%. Walaupun ditunjuk gambar orang yang dikatakan Osama, ia bukan boleh dipercayai. Zaman sekarang, dengan teknologi pelbagai perkara mengenai gambar dan video boleh dibuat. Lagipun, dalam dunia ini kan ada pelandul dua serupa. Kata orang tua-tua, ada 7 orang yang sama rupa dengan kita.
Dalam kes DS Anwar Ibrahim pun, ada kemungkinan keserupaan wajah ini berlaku. Boleh jadi Saiful benar-benar diliwat tetapi bukan DS Anwar. Ada seseorang yang serupa wajahnya dengan DS Anwar. Aku bukan hendak mensucikan DS Anwar dari kemungkinan manusiawi iaitu melakukan dosa dan kesalahan. Tetapi, aku juga mahu membuat andaian lain yang mungkin tidak terlintas dalam kotak fikiran.
Allah menyebutkan dalam Al-Quran bahawa nabi Isa yang dipercayai oleh kaum Yahudi bahawa telah mereka salib dan dipercayai pula oleh orang-orang Kristian, sebenarnya seorang lain yang wajahnya serupa dengan nabi Isa. Nabi Isa yang sebenarnya diselamatkan Allah dan diangkat ke langit.
Mungkin ada bebarapa orang serupa Anwar. Demikian pula Osama. Ada beberapa orang serupa Osama. Lebih-lebih lagi dengan janggut dan jambangnya, amat mudah membuatkan yang melihat tidak dapat membezakan.
Namun, kalau betul Osama terbunuh pun, ia bukan kehinaan. Malah ia adalah kemuliaan buat seorang mujahid sepertinya.
No comments:
Post a Comment