Kalau walayah, hanya kepada orang yang beragama Islam. Hal ini telah ditegaskan dalam banyak ayat Al-Quran yang melarang kita memberikan walayah kepada bukan Islam. Justeru, apakah memilih calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya itu merupakan walayah? Kalau walayah, menjadi haramlah. Berdosalah sesiapa yang memberikan undi kepadanya. Keadaan menjadi jelas sulit bagi kawasan pilihanraya yang dipertandingkan kalangan calon-calon yang bukan beragama Islam. Bagaimana keadaan pengundi Islam di dalamnya?
Justeru, persoalan walayah ataua wakalah perlu dijawab dengan telus. Kalau wakalah, syarat sebagai Islam tidak ada. Dalam banyak keadaan, nabi SAW sendiri mewakilkan sesuatu urusan kepada orang kafir. Demikian juga para sahabat. Para ulama mutaqaddimin telah mebahaskan hal ini dan jumhur mereka merumuskan bahawa wakalah adalah sah di kalangan orang Islam dan kafir.
Persoalan melantik peguam syar'ie dari kalangan bukan Islam, apakah ia persoalan wilayah atau wakalah. Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikatakan sebulat suara memutuskan hanya peguam muslim sahaja yang layak menjadi peguam Syar'ie (walaupun mufti Perlis secara terbuka menafikan wujudnya konsensus) telah meletakkan persoalan melantik peguam di mahkamah Syariah adalah persoalan walayah. Itulah sebabnya peguam bukan Islam diharamkan beramal di Mahkamah Syariah.
Mufti Perlis menyifat sandaran dalil yang digunapakai tidak kukuh untuk mengharamkan peguam Syari'e bukan Islam. Ternayata kalangan mufti pun tidak mahir menggunakan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis untuk mengistinbatkan hukum. Beginilah jadinya kalau Nas Al-Quran dan Hadis dijadikan pak turut kepada maqasid syariah.
No comments:
Post a Comment