Mereka menuduh TG Nik Aziz sebagai berfahaman pluralisme. Mereka juga melebelkan DS Anwar Ibrahim sebagai berfahaman pluralisme. Menggelarkan diri sebagai cendikiawan dalam bidang agama, mereka cuba mempengaruhi masyarakat untuk mempercayai apa yang mereka lemparkan.
Mereka adalah Dr Yusri Muhammad, seorang pensyarah Kuliah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan juga bekas presiden ABIM. Seorang lagi bernama Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, felo Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC). Beliau juga seorang tokoh dalam yang berpengaruh dalam ABIM.
Dua orang ini bercakap seolah-olah jasa mereka kepada kebangkitan Islam di bumi Malaysia begitu hebat. Apalah yang mereka sumbangkan buat agama Islam di Malaysia ini? Mereka hanya ahli akademik yang menjadi pendekar dalam dewan-dewan seminar dan kuliah. Otak mereka cuma sarat dengan teori-teori berkenaan Islam. Mereka terbuai dalam falsafah yang tidak dimengerti oleh kebanyakan ummat dan tidak memberi faedah kepada ummat pun.
Sedangkan TG Nik Aziz adalah seorang ulama yang berjalan di tengah kemelut rakyat yang penuh mehnah dan tribulasi. Dia seorang praktis dan bukan seorang teoris!
No comments:
Post a Comment