Cina bukan lagi kaum pendatang. Demikian PM menegaskan. Ini kerana mereka telah menjadi warganegara Malaysia sejak lima generasi yang lalu. Mereka hendaklah dilayang degan adil sebagai warganegara Malaysia. Ucapa-ucapan rasis yang mencemuh masyarakat Cina dan India lewat terakhir ini ditolak oleh PM.
Jika Cina bukan kaum pendatang, itu memang benar. Mereka sudah lahir di sini dan mendapat hak kerakyatan Malaysia. Sebahagian besar mereka tiada apa-apa hubungan lagi dengan negera tanah besar China.
Jika lebel kaum pendatang itu berasaskan tanah kelahiran leluhur, maka berapa ramai Melayu Bugis, Jawa, Banjar dan lain-lain yang kini menghuni Semenanjung Malaysia, adalah kaum pendatang juga. Nenek moyang mereka berasal daripada tanah Indonesia. Hari ini, kita melebelkan warganegara Indonesia dan Filipina yang datang bekerja tanpa kebenaran sah di Malaysia adalah Pendatang Tanpa Izin. Kelak, kalau mereka beranak cucu di Malaysia, anak cucu tersebut juga tidak lagi wajar dilebelkan kaum pendatang.
Sebagaimana kita menerima Cina dan India yang lahir dan membesar di Malaysia sebagai warganegara berdaulat, maka demikianlah kita harus menerima warga Indon dan Filipin yang melahirkan zuriat mereka di tanah Malaysia.
No comments:
Post a Comment