Bersama teman-teman jemaah, aku berada di Pasti Hamzah mempersiapkan sup untuk jamuan sempena hari raya pada keesokan hari. Jamuan hari raya pada keesokan hari dijadualkan bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan Pandu Puteri, Batu 4, Sandakan. Hasil beberapa siri mesyuarat mengenai program tersebut, telah diputuskan bahawa makanan adalah dimasak sendiri oleh muslimin dan muslimat. Ini bagi menjimatkan kos kerana jamuan esok hari adalah anjuran Pas Kawasan Sandakan dan entiti-entiti di bawahnya.
Pas Kawasan Sandakan bergerak hanya dengan pengorbanan ahli yang mensucikan hati dengan mengeluarkan dana dari poket sendiri. Sejauh ini, sudah banyak program yang berjaya dilaksanakan dengan wang sumbangan ahli. Oleh itu, angka perbelanjaannya adalah terhad. Namun, ia penuh keberkatan, insya Allah.
Pengorbanan adalah satu tarbiah penting dalam membentuk jiwa pejuang yang ikhlas untuk agama. Mereka yang berbicara soal perjuangan, namun enggan berkorban adalah dusta dan nifaq. Oleh itu, banyak hal yang perlu dilakukan untuk melonjak sikap pengorbanan ini. Wang tidak harus dikikir. Masa tidak harus ditumpukan buat diri dan anak bini. Keselesaan diri tidak menjadi aulawiyyat. Malah, kita harus belajar menikmati kepenatan jalan perjuangan...

No comments:
Post a Comment