Pada hari PR melaksanakan Himpunan Isu Tanah di Dewan Hakka,Sandakan, BN pula melaksanakan majlis sempena pengumuman calon bagi PRK Batu Sapi di Hotel Sanbay. Ramai orang datang ke program himpunan yang di anjurkan oleh Pas tersebut. Seawal jam lapan pagi, orang ramai sudah berpusu-pusu masuk ke perkarangan Dewan Hakka. Mereka datang tanpa dipaksa maupun dibayar. Sebahagian besar menunggu sehingga ke jam 5 petang untuk sesi ceramah umum selepas tengahari yang membariskan TG Haji Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP.
Sementara, menurut seorang yang datang ke program tersebut, Datuk Musa Aman dan konco-konconya berkumpul di Hotel Sanbay dan yang datang adalah dibayar. Dia sendiri terlibat membawa orang untuk hadir dan dibayar.
Program Himpunan Isu Tanah di Sandakan secara kesimpulannya adalah berjaya. Rakyat sedang bangkit dari lena memperjuangkan hak yang tertindas.
No comments:
Post a Comment