Dalam beberapa hal, langkah Jabatan Pendidikan seperti sengaja menyusahkan guru. Pegawai-pegawai yang duduk di atas kerusi empuk di Pejabat Pendidikan seperti tidak senang melihat kerja guru jadi mudah. Sungguhpun sebenarnya kerja guru sentiasa dibaluti susah, tanggapan mereka yang duduk di pejabat, kerja guru mudah. Sementelahan guru pulang dari sekolah lebih awal daripada masa mereka pulang.
Dahulu, guru gunakan folder sebagai rekod mengajar. Dengan folder, para guru boleh menggunakan komputer untuk menaip rancangan tahunan dan rancangan mengajar harian. Guru hanya perlu menyiapkan sekali sahaja. Pada tahun-tahun berikut, hanya tukar tarikh dan masa sahaja. Kemudia cetak dan isi dalam folder. Barangkali, para pegawai di jabatan melihat ini memudahkan guru dan memperlihatkan seolah-olah mereka tidak bekerja, maka diarahkan pula guru guna buku rekod mengajar. Maka disyaratkan pula rancangan mengajar setiap hari ditulis dengan tulisan tangan.
Dunia yang sudah canggih dengan kemajuan komputer gagal dimanfaatkan. Zaman orang mengetuk keyboard di belahan dunia lain, para guru Malaysia masih menggunakan pen dan liquid paper. Kasihan Malaysia.
Pekeliling demi pekeliling dikeluarkan. Kebanyakan sekolah pula menjadikan hari Sabtu sebagai hari sekolah. Kononnya untuk kecemerlangan murid. Sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia yang memberikan ruang cuti kepada para guru pada hari Sabtu, lebih cemerlang daripada sekolah-sekolah di Sabah yang berdidikasi sehingga haru Sabtu pun bersekolah.
No comments:
Post a Comment