CARI BAHAN

Sunday, October 31, 2010

Jalan Allah dan Jalan Taghut

Mengikut rancangan, Ust Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas yang akan menyampaikan khutbah Jumuat di masjid Jannatun Naim, Sri Taman pada jumuat baru-baru ini. Oleh kerana khatib berjadual minggu tersebut jatuh kepadaku, maka aku diharapkan memberikan jalan kepada Ust Nasharuddin Mat Isa.Memang sukar dan sulit untuk menaikkan beliau di atas membar masjid Sri Taman. Sementelahan dalam suasana PRK Batu Sapi yang mana ramai pemimpin nasional turun ke Sandakan. Aku menghubungi SU masjid dan memaklumkan rancangan tersebut. Baginya, itu tidak menjadi masalah.  Oleh itu, aku memberitahu teman-teman bahawa khutbah Ust. Nasharuddin Mat Isa akan dijalankan sepertimana yang diharapkan.

Namun, pada saat terakhir, pengerusi masjid memanggilku dan memaklumkan ketidaksediaannya membenarkan ust Nasharuddin Mat Isa naik berkhutbah. Menurutnya, jika hal itu berlaku, ia akan menimbulkan kehebohan dan akan memburukkan nama masjid. Aku mengerti dilema penegrusi tersebut. Dia meminta aku sendiri yang menyampaikan khutbah. Mau tidak mau aku terpaksa juga berkhutbah pada jumuat lalu.

Aku berkhutbah menyampaikan sebuah tema. Memilih jalan perjuangan Allah. Menolak jalan perjuangan taghut!.

Saturday, October 30, 2010

Kampung Istimewa

Kampung Istimewa namanya. Entah seistimewa mana kampung itu tidaklah dapat kupastikan. Dari tepi jalan, aku cumka melihat lorong masuk ke perkampungan tersebut. Ia cuma sebuah perkampungan persisiran laut. Sebahagian besar rumah penduduknya tentu di atas air.Ada dewan orang ramai di sebelah kiri jalan masuk. Kini Dewan  orang ramai itu menjadi markas BN. Di depan dewan itu, menghala ke jalan tertulis notis amaran.

Amaran itu menegaskan bahawa penduduk kampung Istimewa tidak membenarkan parti pembangkang berkempen di kampung mereka untuk tujuan merayu undi. Ada laporan menyebutkan bahawa sekumpulan jurukempen pembangkang dikejar dan diganggu di kampung Istimewa. 

Perkampungan nelayan di Batu Sapi miskin dan warganya ketakutan. Budaya gengsterism menular di beberpa kawasan. Sesetengah kawasan adalah kawasan hitam.

Projek mee segera di Batu Sapi

Cukup mudah untuk mengenal makar para pemimpin kerajaan ketika melihat gelagat mereka dalam kempen pilihanraya di Batu Sapi. Di saat mengemis undi daripada warganya, mereka berdatangan dan membuang segala kemegahan diri. Ke cerok kampung sanggup diredahi. Segala masalah rakyat cuba diselasaikan degan segera. Masalah 30 tahun mahu diselesaikan dalam masa 2 minggu??Kenapa selama ini tidak cuba diselesaikan?

Dengan menggunakan otak fikir paling selekeh, rakyat boleh menilai keikhlasan para pemimpin ini. Apakah rakyat mahu menjadi tunggangan para pemimpin sebegini seterusnya?Entah bilakah lagi akan ada pilihanraya kecil di Batu Sapi?


Monday, October 25, 2010

Dibayar

Pada hari PR melaksanakan Himpunan Isu Tanah di Dewan Hakka,Sandakan, BN pula melaksanakan majlis sempena pengumuman calon bagi PRK Batu Sapi di Hotel Sanbay. Ramai orang datang ke program himpunan yang di anjurkan oleh Pas tersebut. Seawal jam lapan pagi, orang ramai sudah berpusu-pusu masuk ke perkarangan Dewan Hakka.  Mereka datang tanpa dipaksa maupun dibayar. Sebahagian besar menunggu sehingga ke jam 5 petang untuk sesi ceramah umum selepas tengahari yang membariskan TG Haji Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP.

Sementara, menurut seorang yang datang ke program tersebut, Datuk Musa Aman dan konco-konconya berkumpul di Hotel Sanbay dan yang datang adalah dibayar. Dia sendiri terlibat membawa orang untuk hadir dan dibayar.

Program Himpunan Isu Tanah di Sandakan secara kesimpulannya adalah berjaya. Rakyat sedang bangkit dari lena memperjuangkan hak yang tertindas.

Friday, October 22, 2010

Masa akan tiba

Seorang perwakilan UMNO luar Negara dari Tokai, Jepun, ketika ditanya oleh wartawan TV3, menjawab dalam percakapan yang tergagap dan lemah sekali kafasihannya. Inilah pelapis UMNO yang akan datang. Nampaknya, hayat UMNO tak akan panjang lagi. Pemimpin yang orator, pintar dan berkaliber tiada dalam UMNO. Bagaimana sebuah pergerakan yang ketandusan pemimpin akan teruis hidup?

Sepanjang perhimpunan Agung UMNO yang dipaparkan dalam media elektronik, kebanyakan pembahas  menyentuh tentang GLC dan projek. Nampaknya sangat motif material mereka. Sukar untuk menutup niat sebenar para pemuka UMNO tersebut. Biarpun mereka berbicara tentang perjuangan bangsa Melayu, sangat mudah mengenappasti kelingkin yang berkait di bawah telunjuk lurus mereka.

Aku menjangkakan UMNO akan berkubur. Aku berharap sebelum 2015.  Namun kemungkinan ia akan bertahan sehingga mendekati tahun 2020. Namun tidak akan melewati tahun tersebut. Aku tidak sudi lagi.

Thursday, October 21, 2010

Tidak untuk UMNO

Jika aku diberi sepuluh nyawa, lalu aku mati pada setiap nyawa itu. Kemudian aku dibangkitkan  semula. Datang seorang bertanya kepadaku tentang sebuah parti kebangsaan bernama UMNO. Apakah aku sudi memperjuangkannya. Aku akan katakan tidak sehinggalah kebangkitan kali ke-10. Demikianlah aku bertekad membuang UMNO daripada hidupku. Memang aku tak pernah pun berasiosasi dengannya. Selamanya tidak.

Aku tidak percaya para pemimpinnya. Aku tak percaya dengan retorik perjuangan yang sering dikuamandangkan dalam ceramah, pidato dan ucapan dasar semasa perhimpunan agongnya. Minta maaf. Aku mengenal kebohongan mereka seperti aku melihat tapak tanganku.

Kononnya perjuangan untuk bangsa Melayu. Aku Melayu. Tapi aku melihat bagaimana orang kampungku yang semuanya Melayu merintih dengan angkara pemimpin elit UMNO yang tidak segan-segan mendakwa pembela Melayu. Sebenarnya, mereka bukan bimbang tentang bangsa Melayu. Yang mereka bombang cuma survival politik mereka dan kepentingan peribadi mereka.

Melayu tak rugi membuang UMNO kerana UMNO selama ini bertelunjuk lurus kelingking berkait. Saat kuasa sudah ada di jurang, baru kumandangkan lagu perjuangan. Limpahkan segala harta simpanan kalian sehingga kering sekalipun, hati Melayu telah terlalu lama sakit. 

Membujur lalu melintang patah!

Kerja-kerja menjayakan Hempas

Malam ini, dengan kerjasama rakan-rakan komited dalam jemaah, kami bergerak menampal poster dan banting  di beberapa kawasan di Sandakan. Poster dan banting tersebut adalah promosi program Hempas yang bakal diadakan pada 24 Oktober nanti. Walaupun penat seharian dalam menjalankan tugas keguruan di sekolah, sahabat-sahabt yang terlibat menunjukan semangat masing-masing. Inilah sikap sedia berkorban untuk lestari kerja-kerja jemaah yang patut dipuji. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan setiap kerja perjuangan yang dilakukan.


Kerja menampal poster dan menggantung banting adalah kerja gurkha yang  sukar dilakukan oleh ramai pimpinan parti lain selain Pas. Biasanya, kalau parti-parti lain, kerja-kerja tersebut diupahkan  kepada anak-anak muda ataupun syarikat tertentu. Namun, dalam Pas, kerja itu dilakukan oleh pemuda-permuda Pas semua peringkat.Ada juga generasi tua yang terlibat sama. Yang penting tarbiah yang pernah dilaluinya akan mengajarnya erti mulia melakukan kerja-kerja bawahan. 

Dalam sebuah gerakan Islam, tidak ada kasta dalam tugas. Nabi sendiri, saat membina masjid Madinah, turut serta mengangkat batu bata. Saat menggali khandak, baginda turun ke lapangan bersama rakyat Madinah. Maka, selagi pemimpin Pas boleh mengamalkan budaya ini, selagi itu Pas akan mekar menempa zaman.


Tuesday, October 19, 2010

UMNO pembela Melayu?

UMNO adalah parti yang membela hak orang Melayu. Demikianlah berkali-kali dia menegaskan. Lantaran UMNO membela hak orang Melayu, masyarakat Cina tidak menyukai UMNO. Secara tidak langsung, masyarakat Cina tidak menyukai Barisan Nasional. Dalam pilihanraya yang melibatkan UMNO atau mana-mana parti dalam komponen BN, masyarakat Cina punya kecenderungan untuk mengundi yang bukan BN. Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh UMNO untuk perjuangan mengankat martabat bangsa Melayu!

Demikian dirumuskan. 

Aku sukar menerima dakwaan bahawa UMNO memperjuangkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu selama lebih 50 tahun berada dibawah pemerintahan BN yang diketuai UMNO tidaklah terbela. Yang terbela adalah kelompok Melayu elit yang berada dalam UMNO. Merekalah Melayu yang mendapat pembelaan melalui perolehan hak-hak ekonomi dan kedudukan politik dalam masyarakat. Masyarakat Melayu marhaen tetap sama sepertid dahulu juga. Yang miskin melarat, Melayulah paling ramai. 

Di negeri Kelantan, rakyat Melayu adalah majoriti. Tetapi, negeri Kelantan dinafikan hak mereka untuk mendapat limpahan ekonomi hasil daripada gas yang dicarigali di persisir pantainya. Hanya semata-mata kerana negeri Kelantan diperintah PAS. Kalau UMNO pembela Melayu, peduli apa dengan siapa memerintah Kelantan. Rakyat Kelantan patut menerima royalti. Setelah kerajaan negeri Kelantan menuntut royalti, barulah kerajaan UMNO-BN bersedia membayar wang ehsan. Bertahun-tahun sebelum itu, mereka tidak terdetik pun untuk membela rakyat Melayu Kelantan.

Kebanyakan kakitangan kerajaan adalah orang Melayu. Bajet 2011 yang diumumkan baru-baru ini tidak memperuntukkan bonus sebulan gaji untuk kakitangan kerajaan dengan alasan kerajaan terpaksa membelanjakan lebih 3 bilion jika pemberian bonus tersebut dilaksanakan. Namun, kerajaan UMNO-BN sanggup pula memperuntukan jumlah besar daripada bajet tersebut untuk projek mega yang tentunya menguntungkan konglomerat bukan Melayu dan segelintir elit Melayu yang sudah kaya raya.

Selama lebih 50 tahun UMNO-BN memerintah, yang bertambah kaya hanyalah elit UMNO dan pemerintah. Rakyat merangkak memanjat kesenangan dengan kepayahan. Jangan didakwa perubahan rakyat Melayu dalam kehidupan itu adalah hasil perjuangan berfokus UMNO-BN untuk membela rakyat Melayu. dalam tempoh 50 tahun lebih, masakan orang Melayu akan kekal sebagaimana sebelum merdeka. Mana-mana bangsa pun berubah. Pantai pun berubah. 

Tidak dinafikan bahawa UMNO-BN sebagai sebuah kerajaan telah melakukan sesuatu untuk pembangunan negara. Namun, untuk mengatakan ia pejuang Melayu, ia adalah terlalu skeptis dan rambang. Dalam banyak hal, UMNO-BN telah mengkhianati bangsa Melayu. Apatah lagi maruah Islam di bumi bertuah ini.

Batu Sapi milik PKR

Kita melihat bahawa parlimen Batu Sapi sepatutnya dilepaskan oleh PKR berikutan kegagalannya sebelum ini untuk meletakkan calon dalam PRU. Kerusi tersebut hendaklah diserahkan kepada PAS, sementelahan di negeri Sabah, PAS tidak bertanding di banyak kawasan sebagaimana PKR. Lagipun, dari segi usia berada dalam persada politik Sabah, PAS lebih dahulu daripada PKR. PAS juga telah menghadiahkan beberapa kerusi di Semenanjung kepada PKR padahal kerusi tersebut pada asalnya adalah milik PAS dan jentera yang menggerakkan kerja-kerja pilihanraya adalah datang daripada PAS. 

Namun, memandang secara lokal kita mungkin boleh mendakwa bahawa PKR telah mengalami diskredit di Batu Sapi kerana gagal meletakkan calon dalam PRU yang lalu. Jika dipandang dari segi nasional, dalam keadaan PAS sedang sibuk di Galas, Kelantan, adalah tidak cantik jika kerusi Batu Sapi juga ditandingi PAS. PAS juga bukan punya jentera yang mantap diperingkap setempat. Kemampuan PAS di Batu Sapi tentunya bergantung sepenuhnya kepada PAS Kawasan Sandakan.

Justeru, biapun persoalan siapa calon menjadi polimik hangat dalam PKR dan seolah-olah berlaku retakan dalam PKR, itu adalah persoalan PKR. PAS tidak harus menjadikan ia sebagai alasan untuk mengambil alih kerusi tersebut.

Biar PKR menjadikan Batu Sapi sebagai medan menguji pengaruhnya dan mengembalikan semangatnya yang bercempera beberapa waktu terakhir ini.

Politik harus ditangani dengan tenang dan bijaksana. Ia tidak harus ditangani dengan semangat membuta tuli tanpa mengukur baju di badan sendiri. Sememangnya kemampuan PAS di peringkat setempat amat terbatas. Sementara dana sangat tipis dan kesediaan tenaga manusia juga meragukan. PKR berkemungkinan punya dana yang besar dan tenaga-tenaga yang dapat digerakkan lebih ramai, sekalipun tenaga PKR bukanlah seikhlas tenaga PAS.

Monday, October 18, 2010

Istana untuk rakyat

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan bahwa Istana Cankaya yang juga istana kepresidenan Turki adalah hak milik rakyat, siapa saja boleh memasukinya dan tidak ada seorang pun yang berhak melarang untuk mengunjunginya.


"Istana kepresidenan Turki adalah milik rakyat Turki. Tidak ada seorang pun yang boleh melarang orang lain yang ingin memasukinya," kata Erdogan pada Jum'at baru-baru ini. (Sumber: eramuslim)

Di Malaysia, istana Negara bukan hak rakyat walaupun ia dibina dengan wang rakyat. Istana-istana di setiap negeri di Malaysia adalah hak eksklusif golongan aristokrat. 

Kini sebuah istana baru sedang dibina. Rakyat tak perlu berbangga kerana ia bukan milik mereka. Ia adalah istana keringat dan air mata buat rakyat.

Antara UMNO dan PAS

PAS sebuah parti yang bertunjangkan Idealisma Islam. Dahulu, perjuangan Islam dipikulnya dengan penuh semangat. Terdapat sikap melampau, rigid, totok dan membujur lalu melintang patah dalam memperjuangkan Islam melalui wadah PAS di masa lalu. Namun, perkembangan politrik dalam beberapa dasawarsa terakhir ini banyak mengubah corak PAS. Pas telah tampil sebagai parti politik yang membawa roh gerakan Islam yang sederhana, menerima perubahan dan menerima perbezaan untuk mencari persamaan. Pas menjadi hidup dan relevan dengan pendekatan baru ini.

UMNO pula sebuah parti yang bertunjangkan idealisma Melayu. Sejak ditubuhkan, perjuangan Melayunya menjadi matlamat utama. Dengan penuh semangat kebangsaan Melayu yang mana menganggap Melayu sebagai tuan dan diperjuangkan, UMNO menempa sokongan orang-orang Melayu untuk teruis kekal memerintah. Namun perubahan politik terkini tidak dicerna dengan elok oleh para pemimpin UMNO. Keadaan gawat dalam mengekalkan pengaruh menyebabkan UMNO menjulangkan idealisme Melayu dengan lebih rancak. UMNO menjadi ekstrim Melayu, rigid dan totok.

Pas sedang menuju ke dapan. UMNO pula sedang mengimbau masa lalu. Pas sedang menyusun harapan sedangkan UMNO sedang bernostalgia.


Sunday, October 17, 2010

Permulaan yang perit

Kita adalah sekelompok pemuda Ashabul Kahfi. Pemuda yang berkumpul membawa iman masing-masing untuk perjuangan. Jumlah kita sedikit tetapi kita adalah titik pemula kepada sebuah pembentukan taifah yang melestarikan perjuangan sepanjang zaman. Kelak, saat Islam telah menguasai, ingatlah bahawa ia bermula dengan gigih sekumpulan pemuda Ashabulkahfi mempertahankan keimanan mereka.

Kenagkan pula saat kelompok pemula Islam yang berkumpul di rumah Al-Arqam bin Al-Arqam. Mereka juga sedikit, bimbang dan dalam ketakutan. Namun, kemenangan ISlam dan akhirnya mengusai sepertiga dunia adalah bermula daripada perjuangan di rumah Al-Arqam bin Al-Arqam. Rumahn yaang tidak terkenal di kalangan sekian banyak rumah penduduk kota Makkah.

Semoga keberadaan kita dalam markas yang serba kekurangan ini merintis jalan sebagaimana yang telah dirintis oleh kelompok Ashabul Kahfi dan mereka yang berlindung di rumah Al-Arqam bin Al-Arqam.

Demikian keluhanku pada malam itu.

Friday, October 15, 2010

Komen bajet: Kenaikan Tol ditangguhkan

Apabila DS Najib mengumumkan lima lebuhraya di bawah kendalian PLUS tidak akan dinaikkan kadar TOL untuk lima tahun, tepukan gemuruh kedengaran daripada ahli parlimen. Tentunya ahli parlimen BN. Seolah-olah, itu berita yang amat mengembirakan rakyat. Sesungguhnya, pengumuman itu hanya memperbodohkan rakyat. Apa guna kalau kadar TOL lima lebuh raya tersebut tidak akan dinaikkan dalam tempoh lima tahun. Selepas lima tahun ia pun  dinaikan. Kenapa lima tahun? Sebab lima tahun adalah penggal pemerintahan. Selepas menang pilihanraya akan datang, kadar tol pun dinaikan. Kadarnya pula tidak ditentukan. Mungkin berganda.

Ah...bodohlah kalau aku menganggap khabar itu mengembirakan. Sebenarnya ia lebih memeritkan. Bayangkan, jika anda diberitahu bahawa anda akan hidup selama 5 bulan lagi? Apakah selama lima bulan itu hidup anda gembira? Anda pasti akan tenggelam dalam duka sambil menghitung hari-hari yang bakal sampai ke penghujungnya.

Rakyat harus bertekad untuk menamatkan sandiwara panjang ini. Bantuan pernafasan buat pemerintah yang hanya menjanjikan kesenangan bertempo buat rakyat harus dicabut. Kita meyakini bahawa Allah yang sebenar-benar pemerintah di alam ini. Dia boleh gantikan pemerintah yang lebih baik kerana khazanahnya tidak pernah miskin dan tandus!

Thursday, October 14, 2010

Gelaran Datuk

Demikianlah kisahnya Ibrahim Ali, presiden Perkasa yang lantang memperjuangkan ketuanan Melayu dan pernah mengungkapkan bahawa dia adalah hamba raja, kemudian Melayu dan ketiganya Malaysia. Tidak semena-mena, Sultan Kelantan sekarang iaitu Sultan Muhammad Ke-V telah menarik kembali gelaran Datuk Paduka yang disandangnya selama ini. Memberi reaksi terhadap penarikan bali tersebut, Ibrahim Ali menampakkan gaya ketaatan laksamana Hang Tuahnya. Katanya, diwaktu orang memerlukannya dia datang dan di kala orang tidak menyukainya dia pergi. Namun, katanya, itu tidak membantutkan perjuangannya untuk rakyat.

Gelaran Datuk yang disandang oleh sebilangan orang sebenarnya bukan memberikan pulangan yang menarik. Seorang bekas pengarah KTMB di Kuala Lumpur pernah memberitahuku bahawa dia menolak anugerah gelaran Datuk yang mahu diberikan oleh Sultan Selangor kepadanya kerana katanya gelaran itu hanya menambahkan beban. Bila sultan akan mengadakan hari ulangtahun, para Datuklah yang akan diminta tajaan.

Kisah penempatan penduduk di Sandakan

Rata-rata penempatan Melayu tradisional bumiputera di Sandakan adalah kawasan persisiran pantai. Ini adalah angkara Majlis Perbandaran Sandakan yang sejak dahulu dipegang oleh presiden berbangsa Cina. Zaman dahulu, Tunku Abd Rahman dan  pemimpin USNO tidak prihatin soal penempatan Melayu  dan bumiputera. Yang mereka fikirkan bagaimana hendak mengorek segala kekayaan Sabah. Pembalakannya dikuras habisan. Sebahagian konsesi menjadi milik taukeh Cina.
Grant pemilikan tanah yang dipegang oleh kebanyakan koloni Cina kawasan Sandakan adalah dikeluarkan oleh pemerintah British dahulu dan kerajaan masakini tidak punya keberanian mencabarnya. Jika dilihat di Sandakan, kebanyakan penempatan strategik dengan kawasan yang luas dan selesa adalah milik Cina. 

Cuma sejak UMNO menerajui pemerintahan Sabah, pertumbuhan taman perumahan baru disertai dengan syarat kouta bumiputera. Ini menyebabkan sebahagian Cina tidak puas hati. Inilah politik Dato' Musa Aman!

Demikianlah komen-komen seorang sahabat yang kukenali.

Dan...aku bertanya, yang memiliki kawasan Equatorial Hotel yang meranapkan perkampungan BDC itu, milik siapa sebenarnya. Khabarnya ketua menteri Dato' Musa Aman memiliki saham di dalamnya. Sultan Brunei yang diwar-warkan sebagai pelabur utama disebut sebagai telah menarik diri.

Wednesday, October 13, 2010

Sakit rusuk

Akibat jatuh semasa pertandingan tarik tali antara guru dan kakitangan lelaki sekolah pada hari sambutan kemuncak sempena kemerdekaan Malaysia peringkat sekolah baru-baru ini, aku mengalami kesakitan pada bahagian tulang rusuk kiri. Pada hari kejadian, kumpulan yang kalah telah melepaskan tali dan aku yang berada di pihak yang menang jatuh. Aku rebah ke belakang dan rusukku mengenai lutut seorang kawan. Ketika itu tidak terasa sakit apa-apa. Namun, keesokkannya aku mula rasa sakit. Sampailah ke hari ini.

Rasa tak selesa. badan terasa berat, lebih-labih lagi apabila bangun tidur. Maca ada cedera dalam tubuh di balik tulang rusuk kiri.

Tuesday, October 12, 2010

Barangan Aowa

Semalam, sewaktu pergi ke Giant Sandakan untuk menghantar dapur induction yang rosak untuk diservis, para jurujual itu memujukku untuk mendapatkan kad VIP. Seperti biasa, dengan kesungguhan dan gaya terkejut mereka mengatakan saya adalah orang beruntung kerana saya adalah orang ke-8 darpada 10 orang yang ditawarkan sebagai ahli VIP melalui redeem mata terkumpul. Panjang cerita jurujual itu sebelum masuk ke topik sebenar. Dipendekkan cerita, untuk menjadi ahli VIP, aku perlu membeli satu barangannya. Aku memang tak berminat untuk membeli tambah. Tujuanku hanya untuk memperbaiki dapur induction yang rosak itu.

Dia menawarkan kepada satu alat pepbersih udara dalam bilik yang harganya sekitar RM2690.00. Aku tak berminat. Namun, setelah dia mengatakan dengan membeli satu barangan tersebut, aku akan mendapat 3 barangan tambahan yang lain, aku mula merasa tertarik. 3 barangan lain itu ialah dapur induction keluaran terbaru yang hanya menggunakan teknologi touchscreen, satu set hi-fi dan player, serta satu rice cooker automatik pelbagai guna. 

Akhirnya aku memutuskan untuk menerima tawarannya. Lagipun pembelian adalah secara 0-interest selama 24 bulan dengan bayaran ansuran bulanan. Aku tidak berminat dengan alat pepbersih udara kamar itu lalu aku minta tukar dengan sebuah micro-wave yang menggunakan teknologi baru. Agak istemewa, jika cawan pelastik di masukkan ke dalamnya, air mendidih tetapi cawan plastik tidak hangus. Harganya ialah RM2988.00.

Maka, aku pun membeli mocrowave tersebut dan mendapat sebuah dapur induction touch screen, rice-cooker pelbagai guna dan set hi-fi dan recievernya. 

Bayaran bulanan adalah RM120.00 secara 0-interst. Aku tak mahu fikir sangat untung ruginya. Biarlah...Tapi aku rasa aku tak rugi.


Monday, October 11, 2010

10.10.10

Ada orang percaya bahawa tarikh kelmarin, 10.10.10 adalah tarikh yang unik dan bertuah. Kalangan masyarakat Cina, kononnya tarikh tersebut sebagai jam baik, tarikh baik, bulan baik dan tahun baik untuk melangsungkan pernikahan. Agaknya kerana itu beberapa pernikahan orang penting diadakan pada tanggal tersebut.

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang mendapat julukan "Angkasawan Negara" bernikah dan mengadakan majlis pernikahannya dengan Dr. Halina Mohd Yunos pada tarikh tersebut. Di merata tempat di seluruh negara ramai pasangan memilih tarikh tersebut sebagai hari bahagia mereka. Di kampungku sendiri, jiran sekampungku, Sdr. Aziz Abd Rahman, seorang anggota TLDM di Lumut melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut.

Kalau mereka yang berkahwin pada terikh tersebut kerana percaya sebagaimana kepercayaan masyarakat Cina itu, sesungguhnya mereka silap. Islam tidak menetapkan tarikh tertentu sebagai bertuah atau sial. Itu adalah kepercayaan syirik. Semua masa diciptakan Allah.

Bukankah pada tanggal 10.10.10 itu berlaku kemalangan bersejarah di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Rembau, melibatkan sebuah bas ekspress dan mengorbankan 12 orang serta mencederakan 40 yang lain?

Apa tuahnya pada tanggal tersebut ?

Sunday, October 10, 2010

Perjuangan tidak boleh kerana pemimpin.

Bukan aku mula percaya bahawa Anwar Ibrahim itu terlibat dalam skandal seks lewat sebagaimana yang didakwakan. Prinsipku, selagi tidak dapat dibuktikan secara adil bahawa dia bersalah, maka dia kekal tidak bersalah. Sejauh ini, dakwaan yang dilemparkan ke atasnya adalah serabut serabai dan ketandusan bukti. Manakala pihak yang melemparkan tuduhan itu pula adalah manusia yang tidak punya kelayakan dari aspek agama dan moral sekalipun.

Anwar Ibrahim dikelilingi oleh ramai pengkhianat. Paling tidak mengkhianati Anwar Ibrahim secara peribadi. Dahulu menyokongnya kini menentangnya. Dahulu menyanjungnya kini mencelanya. Sehinggakan aku meragui kesetiaan semua orang yang bersama Anwar dewasa ini. 

Anwar Ibrahim itu memang pemimpin hebat. Namun, kehebatan dalam memipin bukan bermakna akan menguasai. Dalam sejarah, ramai pemimpin yang tewas dan tidak menggapai kemuncak kekuasaan. Kalau hendak banding antara Anwar Ibrahim dengan Imam As-Shahid Hasan Al-Banna, aku rasa jauh sekali. Dengan Syed Qutb pun bukan tandingan Anwar. Ramai pemimpin ikhwanul muslimin yang hebat tetapi mereka ada yang dibunuh, dipenjara dan lari bersuaka di negeri.

Sebab itu, siapa yang mengharapkan Anwar Ibrahim akan menajdi perdana menteri satu hari nanti, jangan terlalu mengharap. Bimbang jika tidak tercapai apa yang diharapkan, kecewalah. Bila kecewa, perjuangan pun berantakan. Lebih teruk ialah jika beralih arah perjuangan. 

Sebab itu Islam menetapkan satu prinsip perjuangan. Perjuangan bukan kerana pemimpin. Pemimpin bersilih ganti, tetapi perjuangan diteruskan. Islam menjadi matlamat dan Islam tidak akan pernah mati. Islam adalah ibu yang sentiasa mengandung dan melahirkan pemimpin hebat.
Aku melihat ketidaktentuan dalam PKR. Mengaku atau tidak, asas kepada perjuangan anggota parti tersebut dewasa ini adalah Anwar Ibrahim. Aku kurang yakin jika Azmin Ali atau Mustafa Kamal Ayob dapat memimpin parti tersebut dengan baik jika salah seorang mereka memenangi kerusi timbalan presiden dan presidennya melepaskan jawatan atau mati. Kalau Zaid Ibrahim, lebih-lebih lagilah. Silap haruibulan, berkuburlah PKR selepas Anwar Ibrahim.

Tidak seperti PAS, jika pergi HJ. Hadi Awang atau Nik Azizi Nik Mat, rata-rata melihat bahawa PAS tidak ada masalah untuk diterajui oleh mana-mana pemimpinnya selepas mereka. Kekuatan PAS terletak pada agenda Islamnya.

PAS akan menjadi sebuah parti dominan satu masa nanti di kala UMNO sudah layu dan usang. Mahu terima atau tidak andaian ini, terpulanglah. Aku yakin bahawa masa depan PKR tidak secerah masa depan PAS. Namun, pemimpin PAS wajib bijak berpolitik dan tidak membanggakan diri.

Warga Pendatang

Cina bukan lagi kaum pendatang. Demikian PM menegaskan. Ini kerana mereka telah menjadi warganegara Malaysia sejak lima generasi yang lalu. Mereka hendaklah dilayang degan adil sebagai warganegara Malaysia. Ucapa-ucapan rasis yang mencemuh masyarakat Cina dan India lewat terakhir ini ditolak oleh PM.

Jika Cina bukan kaum pendatang, itu memang benar. Mereka sudah lahir di sini dan mendapat hak kerakyatan Malaysia. Sebahagian besar mereka tiada apa-apa hubungan lagi dengan negera tanah besar China.

Jika lebel kaum pendatang itu berasaskan tanah kelahiran leluhur, maka berapa ramai Melayu Bugis, Jawa, Banjar dan lain-lain yang kini menghuni Semenanjung Malaysia, adalah kaum pendatang juga. Nenek moyang mereka berasal daripada tanah Indonesia. Hari ini, kita melebelkan warganegara Indonesia dan Filipina yang datang bekerja tanpa kebenaran sah di Malaysia adalah Pendatang Tanpa Izin.  Kelak, kalau mereka beranak cucu di Malaysia, anak cucu tersebut juga tidak lagi wajar dilebelkan kaum pendatang.

Sebagaimana kita menerima Cina dan India yang lahir dan membesar di Malaysia sebagai warganegara berdaulat, maka demikianlah kita harus menerima warga Indon dan Filipin yang melahirkan zuriat mereka di tanah Malaysia.

Bintang Lucah dikenali

Front Pembela Islam (FPI) di Indonesia membantah pemilihan seorang aktress porno dari US, Tera Patrick, untuk berlakun dalam sebuah filem bikinan tempatan di negara itu. Sebelum ini, kalangan yang peka terhadap isu moral dan agama di Indonesia telah membantah kehadiran seorang pelakun lucah dari Jepun bernama Maria Ozawa ke Indonesia. Sesunguhnya sikap peka dan responsif kumpulan pembela Islam adalah amat terpuji.

Namun, rupanya pelakun-pelakun porno menempa nama di negara-negara umat Islam. Kumpulan-kumpulan Islam sendiri mengenali nama-nama pelakun prno tersebut. Sebab itu mereka dapat memberio respons segera. Apatah lagi kumpulan-kumpulan yang sememangnya golongan fusaqaa'. 

Di negara Barat, berlakun filem porno adalah satu kerjaya. Aktiviti pelacuran sendiri sudahpun dianggap kerjaya. Negara Barat memang keliru dan sedang berdepan dengan kemelut yang berpintal-pintal.

Mudahan Allah memelihara wilayah Islam daripada pintalan yang membelit itu.

Saturday, October 09, 2010

MP Batu Sapi Maut

Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terlibat dalam kemalangan yang membawa maut hari ini. Kemalangan berlaku ketika beliau memandu sebuah motosikal berkuasa besar, Kawasaki 750 di jalan Sembulan Tanjong Aru, Kota Kinabalu, Sabah, kira-kira jam 11.40 pagi tadi. Kemalangan melibatkan pertembungan antara motosikalnya dengan sebuah kereta mercedez. YB Edmund mati di tempat kejadian.

Mendiang Edmund Chong merupakan ahli parlimen Batu Sapi, sandakan sejak beliau memenangi kerusi tersebut pada pilihanraya tahun 2004. Beliau juga merupakan bendahari Parti Bersatu Sabah merangkap ketua bahagian Elopura.

Sebuah pilihan raya kecil akan diumumkan oleh pihak SPR selepas selesai pilihanraya kecil DUN Galas yang akan diadakan pada 4 November. Buat masa ini, Parlimen Batu Sapi merupakan kawasan tanding yang disasarkan oleh PAS pada pilihanraya umum akan datang. Apakah PAS mampu menggalas amanah terjun ke dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan atau bakal menjadi perebutan antara komponen PR, sama-samalah kita saksikan.

Susu 1 Malaysia dibayar mahal

Berita mengenai kenaikan harga susu boleh dilihat dengan rasa curiga. Mengapa harga susu dinaikkan? Bukankah kerajaan Malaysia telah pun berkira-kira akan melancarkan susu 1 Malaysia tidak lama lagi. Apakah mungkin ini strategi pihak tertentu untuk memberikan keuntungan berganda kepada pihak yang mendapat kontrak penyediaan susu?

Sudah tentu harga susu 1 Malaysia yang dicadangkan itu juga tinggi. Ini bermakna kerajaan terpaksa melipatgandakan kos untuk dibayar kepada pihak yang membekalkan susu kepada murid-murid sekolah. Wang rakyat akan terus tiris. Faedah kepada rakyat tidak seberapa.


Friday, October 08, 2010

Apakah guru perlu disusahkan untuk kelihatan bekerja?

Dalam beberapa hal, langkah Jabatan Pendidikan seperti sengaja menyusahkan guru. Pegawai-pegawai yang duduk di atas kerusi empuk di Pejabat Pendidikan seperti tidak senang melihat kerja guru jadi mudah. Sungguhpun sebenarnya kerja guru sentiasa dibaluti susah, tanggapan mereka yang duduk di pejabat, kerja guru mudah. Sementelahan guru pulang dari sekolah lebih awal daripada masa mereka pulang.

Dahulu, guru gunakan folder sebagai rekod mengajar. Dengan folder, para guru boleh menggunakan komputer untuk menaip rancangan tahunan dan rancangan mengajar  harian. Guru hanya perlu menyiapkan sekali sahaja. Pada tahun-tahun berikut, hanya tukar tarikh dan masa sahaja. Kemudia cetak dan isi dalam folder. Barangkali, para pegawai di jabatan melihat ini memudahkan guru dan memperlihatkan seolah-olah mereka tidak bekerja, maka diarahkan pula guru guna buku rekod mengajar. Maka disyaratkan pula rancangan mengajar setiap hari ditulis dengan tulisan tangan.

Dunia yang sudah canggih dengan kemajuan komputer gagal dimanfaatkan. Zaman orang mengetuk keyboard  di belahan dunia lain, para guru Malaysia  masih menggunakan pen dan liquid paper. Kasihan Malaysia.

Pekeliling demi pekeliling dikeluarkan. Kebanyakan sekolah pula menjadikan hari Sabtu sebagai hari sekolah. Kononnya untuk kecemerlangan murid. Sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia yang memberikan ruang cuti kepada para guru pada hari Sabtu, lebih cemerlang daripada sekolah-sekolah di Sabah yang berdidikasi sehingga haru Sabtu pun bersekolah.


Abu Lu'lu'ah disanjung?

Rupanya di negara Iran ada perkuburan pembunuh khalifah Umar Al-Khattab yang bernama Abu Lu'lu'ah. Pembunuh durjana yang telah mencalit luka ummat dengan membunuh khalifah Rasulullah itu, disanjung di Iran. Kuburnya menjadi tempat ziarah. Malah dia digelar Baba Syuja'uddin.

Bangsa, keturunan dan Islam

Di semenanjung Malaysia, kebanyakan  Melayu hanya tahu dia berbangsa Melayu. Melayu apa, dia sudah tidak tahu. Apakah dia Melayu Bugis, Banjar, Jawa atau selainnya, dia tidak tahu dan tidak mengambil tahu. Mungkin di beberapa negeri di Semenanjung, seperti di Johor,Selangor dan Perak, masih ramai Melayu yang mengenal asal keturunannya.  Di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang, Melayunya semata Melayu.

Kalau di Sabah, keturunan dianggap sebagai bangsa. Bangsa Bugis, Bajau, Suluk, Sungai, Tidong, Banjar, Buton dan berbagai-bagai lagi keturunan yang dibangsakan. Sebenarnya mereka semua itu dalam rumpun bangsa Melayu. Namun, semangat kesukuan mereka menyebabkan mereka merasakan keturunan itulah bangsa.

Di Sabah. ada keturunan yang punya persatuan yang memperjuangkan kebajikan keturunan mereka. Bugis ada Persatuan Kebajikan Bugisnya. Suluk juga ada persatuan kaum Suluknya. Keturunan-keturunan lain juga ada persatuannya. Malah, ada kaum yang ada parti politik berasaskan kaumnya di Sabah

Perjuangan kebangsaan sudah dinamakan asobiyyah. Apatah lagi perjuangan perkauman, lebih-lebih lagilah asobiyyahnya. Banyak bangsa dan ditambah pula dengan kaum, jika dibakar semangat, akan mempersulitkan penyatuan. Bolehkah satu Malaysia menjadi lestari kalau semangat perkauman dikobarkan?

Biarlah kita bawa semangat persaudaraan Islam semata.

Thursday, October 07, 2010

Penduduk yang rumah mereka dirobohkan

Projek perluasan jalan sepanjang Jalan Sungai Batang menyebabkan rumah-rumah pinggir jalan milik beberapa penduduk terpaksa dirobohkan. Beberapa buah rumah telah pun dirobohkan dan sebahagiannya menunggu giliran. Masjid kg. Sungai Batang yang terletak dipinggir jalan itu juga akan dirobohkan bila sampai masanya. Kelak, bila perluasan jalan dilaksanakan, jalan sungai batang akan memiliki dua hala dan setiap hala akan  mengandungi sekurang-kurangnya dua laluan kereta. Semua ini adalah sejajar dengan pembangunan hub pendidikan yang sedang rancak dilaksanakan di kawasan terbabit.

Malangnya, penduduk yang rumahnya diroboh tidak mendapat pampasan yang sewajarnya. Sedangkan, meeka telah berumahtangga di kawasan terbabit puluhan tahun. Mereka dikatakan tidak memiliki hak milik tanah terbabit. Tanah tersebut adalah kepunyaan tuan tanah berbangsa Cina yang sebelumnya memiliki estet yang telah diambil tanah mereka buat dijadikan tapak hub pendidikan. Mereka hanya diberikan sebuah tapak kosong untuk dibuat rumah sendiri di satu tempat berhampiran kawasan Ladang Sandak.

Aku bertanya kepada seorang muridku tentang gantirugi yang diperolehi bapanya atas perobohan rumah mereka. Katanya "nil". Tiada sebarang pampasan diberi kecuali tapak rumah yang belum diserahkan. Buat masa ini, kebanyakan meeka  tinggal di rumah PPRT di batu 12. 

Demikianlah mereka melayan peribumi. Kerena mereka miskin dan tidak berpelajaran serta tidak mengerti hak-hak mereka sebagai warganegara, mereka dianiaya. Seharusnya, warga miskin itu perlu mendapat pampasan, sekurang-kurangnya nilai harga buat membina rumah baru di tapak yang disediakan.

Namun, apa boleh buat. Mereka telah memilih untuk diri mereka diinjak dan ditindas setiap lima tahun!

Imaginasi: Bumi yang indah



Alangkah indahnya kalau aku dapat tinggal di sebuah pulau yang besar di tengah laut. Pulau besar itu pula ada gunung ganang dan hutan yang ditumbuhi pepohonan berusia ratusan tahun. Tinggi mencakar awan, besar kekar dengan akar-akar tua berselayut di dahan-dahannya. Ada pula sungai-sungai jernih airnya dan air terjun di beberapa tempat. Banyak margastua dan binatang yang jarang dilihat. Jenuh pula buah-buah hutan.Gambarannya seperti flora dan fauna di satu tempat yang seumpama "The Lost World".

Mungkin ada dinasour lebih menarik.

Aku cuba membayangkan kalau aku tinggal di tempat itu. Alam seperti segar dan dara. 

Di manakah ada bumi seperti itu? Kini, alam sudah gondol di sana sini. Keadaan benar-benar tidak menarik. Membosankan.

Hari terakhir puasa enam

Hari ini hari terakhir aku berpuasa sunat enam hari bulan Syawal. Esok, Jumuat merupakan hari terakhir bulan Syawal. Sebolehnya aku mahu menamatkan puasa sunat Syawal bukan pada garis penamat.Sejak awal Syawal, banyak sekali halangan untuk berpuasa. Rumah terbuka yang jenuh di awal Syawal merupakan faktor utama yang mempersulitkan aku melaksanakan puasa. Sekolah pula asuik buat jamuan. Di tambah pula jamuan rumah rakan-rakan dan juga Jemaah.

Hari ini pun ada jamuan di sekolah. Khabarnya guru besar yang menganjurkannya sempena berakhirnya Syawal. Kira jamuan 'last' hari rayalah. Aku telah bangun pagi dengan qasad untuk berpuasa. Aku tak mahu menyerah. Dengan tekad bulat aku mempertahankan diri untuk menyempurnakan puasaku hari in biarpun rakan-rakan setugas menikmati hidangan lazat yang disediakan guru besar. Sempat juga aku menjengah hidangan tersebut semasa menyertai perjumpaan para guru. Dua ekor ikan kerapu bersaiz besar dengan masakan istimewa tentu cukup meyelerakan. 

Namun, aku tidak mahu berbuka. Aku telah membuat keputusan untuk menamatkan puasa hari ke enam pada hari ini.

Wednesday, October 06, 2010

Perangkap syirik

Hanya Allah yang mampu memberi manfaat dan menolak mudharat. Sesiapa yang meyakini ada satu kuasa selain Allah mampu memberi kesan sama ada menjemput manfaat atau menghalang mudharat, maka sesungguhnya dia telah terjerumus ke dalam syirik.

Sedar atau tidak, satu hal yang telah mebawa ramai orang kepada perangkap syirik ini ialah mempercayai kuasa ayat-ayat Quran untuk mendapatkan faedah dan menghalang mudharat. Ayat-ayat Quran yang tertentu ditulis atas kertas lalu ditampal di dinding atau muka puntu dengan keyakinan bahawa ia menghalang kejahatan manusia dan syaitan adalah salah satu perangkap syirik yang ramai orang mudah jatuh. Terdapat pula ayat-ayat tertentu ditampal di rumah atau premis perniagaan dengan keyakinan bahawa ia boleh menambahkan razeki dan melariskan perniagaan. Ini juga adalah perangkap syirik.

Cubalah anda ke rumah orang yang hidupnya soleh, tetapi dia mempercayai kuasa ayat-ayat seperti ini. Tanpa sedar, dia terperangkap. Ayat "seribu dinar" dikatakan ayat pelaris razeki. Ayatul kursi dikatakan menolak kejahatan sihir dan sebagainya. Semua dakwaan ini tidak punya asas dalam Islam. Fadhilat ayat-ayat Quran adalah pada membacanya bukan menyimpannya atau menampalnya di dinding.

Kalau perihal meyakini kuasa ayat Quran pun manusia dianggap terperangkap dalam lingkaran syirik, maka apatah lagi jika meyakini tangkal azimat dan segala macam benda ekstarak alamiah yang dimitoskan.

Semoga Allah menganugerahkan kita agama yang benar-benar bersih daripada lumut kesyirikan!

Perempuan di belakang lelaki jahat.

Lelaki jahat dalam dunia ini memang banyak. Lebih banyak daripada perempuan. Namun, di belakang lelaki-lelaki jahat itu ada perempuan jahat. Merekalah yang mendorong lelaki menjadi jahat.Sebab itu, nabi berpesan sebelum hayatnya berakhir agar menjaga makhluk perempuan. Dengan kata lain, menjaga mereka agar jangan jadi jahat. Apabila jahat perempuan, akan punah ranahlah kerukunan dunia.

Saat seorang pegawai polis trafik mengambil rasuah, jika ditelusuri kenapa dia sanggup berbuat begitu, besar kemungkinan ceritanya bermula daripada seorang perempuan. Mungkin isterinya yang bernafsu besar, mahu aksesori kehidupan yang pelbagai, menyebabkan pagawai polis tersebut mengambil rasuah buat mencukupkan kekurangannya.

Di kala seorang perogol menjadi jahat dengan menoda perempuan lain, apakah dia merogol semua perempuan. Berapa ramai perempuan yang menjadi seksi dan penggoda. Lelaki yang tipis iman menjadi debu imannya kerana angkara perempuan seksi dan penggoda.

Perempuan jahat adalah pangkal kejahatan lelaki jahat.

Namun, di belakang lelaki baik, umumnya berdiri perempuan yang baik!

Main congkak tidak membina minda

Aku seorang Melayu. Permainan congkak adalah saru permainan warisan bangsa Melayu. Nenek moyang Melayu di zaman dahulu suka bermain congkak. Seharusnya aku merasa bangga untuk mengangkat darjat permainan congkak. Tapi, minta maaf. Aku tidak suka main congkak. Zaman kanak-kanak dulu aku selalu main congkak. Congkak zaman kanak-kanakku menjadikan tanah sebagai tempat mengorek lubang-lubangnya. Lubang dikorek dengan menggubakan kulit gondang. Buahnya pula adalah biji getah.

" Main congkak tidak membangunkan minda, lebih baik main scrabble, sahiba, dam atau chess...", aku mengeluarkan pendapat ekstremku kepada murid-muridku. Pendokong jitu semangat Melayu mungkin marah kepadaku kerana permainan yang aku sebut tadi hampir semuanya tidak berasaskan tradisi Melayu. 

"Wanita Melayu zaman silam menjadikan congkak sebagai permainan mereka, mereka bukan jenis perempuan maju dan berpelajaran. Masa mereka dihabiskan dengan permainan warisan yang tidak membangunkan minda...sebab itu, perempuan Melayu zaman dulu tidak sampai ke mana. Mereka dimomokkan pula dengan kata-kata "perempuan kalau belajar tinggi pun ke dapur juga",aku melontarkan pendapatku buat murid-murid.

Biarlah...demi mengangkat darjat akal bangsa kita, jangan ta'asub dengan semua jenis warisan nenek moyang. Pemainan-permainan warisan seperti congkak, gasing, wau, ketinting dan bermacam-macam permainan lihai dan santai lain tidak harus diutamakan. Galakkan murid-murid bermain mainan yang boleh mengangkat tahap berfikir mereka.

Tuesday, October 05, 2010

Mahasiswa dilarang berpolitik

Mahasiswa UUM yang didapati terlibat dalam aktiviti pilihanraya kecil DUN Galas nanti akan diambil tindakan, demikian menurut Naib Canselor UUM Prof Mohamed Mustafa Ishak. Beliau berkata demikian  di Rumah Terbuka Aidilfitri Pengerusi Taman Teknologi Malaysia, Datuk Nasarudin Hashim di Parit,  hari ini. Alasannya ialah agar pengajian mahasiswa tidak terjejas kerana sibuk berpolitik dan juga sebagai mematuhi Akta Universiti dan Kolej 1971 yang melarang penglibatan mahasiswa dalam parti politik serta kesatuan sekerja.

Sungguh lekeh tahap pemikiran mereka yang sedang duduk di kerusi empuk universiti. Mereka memakai gelaran prof. tetapi tahap pemikiran masih di kelas negara mundur. Dibayangi oleh kebimbangan yang tidak rasional dan dengan alasan-alasan bodoh, mereka bercakap mengenai sesuatu perkara. Sebenarnya, mereka cuma orang tunggangan ahli politik. Mereka bukan cerdik pandai yang mumpunyai jangkauan minda jernih dan kebebasan berfikir yang menjadi aset terbesar para cendikia.

Mahasiswa, jika tidak berpolitik pun, banyak hal-hal lain yang boleh mengurangkan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Mahasiswa bercinta bagai nak rak di alam kampus, tidak dilarang sedangkan ia sangat menggangu konsentrasi mereka bila putus cinta. Mahasiswa menghabiskan masa sia-sia dengan aktiviti sosial songsang seperti mengunjungi pusat hiburan, merempit, melepak dan sebagainya tidak dilarang. Sedangkan, tabiat tersebut tidak boleh membina minda cerdik pada diri seorang mahasiswa. 

Mahasiswa terlibat mencari pengalaman dalam realiti politik negara pula dihalang. Universiti jenis apa ini? Melayan mahasiswa seperti budak sekolah tadika. Reban ayam lebih baik daripada universiti seperti ini. NC yang bersikap sebegini lebih baik jadi warden penjara!

Rahmat dan istidraj kepanjangan umur

Umur panjang seorang pemimpin boleh jadi satu rahmat dan boleh juga merupakan istidraj. Jika pemimpin itu zalim tetapi panjang umurnya, itu adalah istidraj. Sebaliknya jika pemimpin itu adil saksama dan panjang pula umurnya, itu merpakah rahmat Allah. Firaun, pemimpin paling zalim tercatat dalam sejarah manusia dan dalam Quran, panjang umurnya dan diberi kesihatan luar biasa. Naun , Umar Abd Aziz, pemimpin adil saksama yang sangat bertaqwa, memerintah hanya sekitar 2 tahun beberapa bulan.

Apakah Dr. Mahathir Muhammad yang masih hidup sehingga ke hari ini merupakan rahmat atau istidraj? Aku tidak berhasrat menentukan lebelnya. Kita yang menyaksikan pemerintahannya selama lebih 20 tahun boleh memilih untuk merumuskan sama ada dia pemimpin yang adil atau zalim?

Cuma perlu kita ingat bahawa dunia bukan tempat pembalasan. Akhiratlah sebenarnya "daruljaza'. Setiap yang kita lakukan, tidak semestinya Allah balas semasa di dunia. Seorang pemimpin adil, mungkin tewas, jatuh dan terhina di dunia. Namun, di akhirat, dia pasti mendapat kemuliaan dan kedudukan yang sepatutnya. Seorang pemimpin zalim mungkin akan terus kekal berkuasa, dimuliakan dan dianugerahkan pelbagai pangkat kehormatan. Namun, di akhirat Allah akan mengadilinya.

Kepada Allah kita serah segala urusan.

Monday, October 04, 2010

Debu yang menyelaputi

Bid'ah itu laksana debu dan kekotoran yang memalit wajah Islam sehingga menghalang kita melihat wajah Islam yang sebenar.Setelah lebih 1400 tahun agama Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW berada di muka bumi, tentulah banyak sekali debu dan kekotoran tersebut mencemarkan kesucian Islam.Jika digilap, akan nampaklah wajah sebenar Islam yang hebat.

Aku menyebutkan dalam daurah siri 219 malam ini satu perbandingan mengenai bid'ah. Dalam rumah kita ada alat perhiasan yang cantik terpamer di atas almari. Setelah sebulan, barang perhiasan tersebut akan berdebu. Lagi lama, lagi banyak debu yang melekat pada barang perhiasan tersebut. Sekalipun barang perhiasan tersebut dalam rumah yang bersih, pasti akan ada debu yang melekat padanya.

Islam juga begitu. Setelah menempuh zaman yang panjang, banyaklah debu yang melekat pada wajah Isllam yang sebenarnya cantik berseri. Debu itu bermacam-macam. Ada khurafat, tahayyul, bid'ah, maudhu', mahjub dan sebagainya. 

Sedangkan tembikar yang tersimpan dalam rumah dan tidak pun dipandang mata menjadi berlumuran debu, apa lagi Islam yang berada di tengah masyarakat dan ramai pula peminatnya. Ramai yang menyapunya, memujinya, menciumnya dan malahan mendakapnya. sudah tentunya debu dan kekotorannya banyak sekali.

Itulah sebabnya kita wajib menjauhi bid'ah. Semua bid'ah adalah sesat. Tidak ada yang hasanah. Semuanya dolalah. Sesiapa yang mengamalkan Islam dengan bid'ahnya, maka dialah satu daripada 73 puak yang menjadi penghuni neraka. Waliyazu billah!

Goyang pokok, tahulah apa di balik dahan.

"Ikrar saya akan melawan Perkasa habis-habisan termasuk juga individu yang sedang ‘tersungkur’ di Australia...", Azmin Ali, Naib Presiden PKR berkata ketika menyampaikan ucapan dalam Mesyuarat Agung Cabang Gombak semalam. 

Ucapan Azmin Ali yang menjelaskan pendiriannya untuk berkonfrontasi dengan Perkasa itu telah menimbulkan reaksi "melatah" beberapa pemimpinnya. Lebih-lebih lagi apabila beliau menyatakan individu yang berlindung di balik Perkasa yang sudah dimaklumi bahawa tidak lain tidak bukan adalah Dr Mahathir Muhamamd sedang tersungkur di Australia, ia menimbulkan panas telinga mereka semua. 

Telah jelas pun sebelum ini pertubuhan apa Perkasa ini. Ia cuma satu talian hayat buat UMNO yang kian nazak. Sandiwara beberapa hari lewat terakhir ini yang memperlihatkan pergeseran antara beberapa pemimpin UMNO dengan Perkasa itu cuma "action" sahaja. Sebenarnya itu cara UMNO untuk melonjak Perkasa di kalangan sebahagian besar Melayu yang telah menolak UMNO. Masyarakat Melayu harus diyakikan bahawa Perkasa adalah pertubuhan yang benar-benar membela bangsa Melayu dan bumiputera sehingga kelak, apa yang disuarakan oleh pertubuhan tersebut akan dipatuhi oleh Melayu dan bumiputera.

Kini Perkasa sudah mula menguji pengaruhnya apabila menyeru supaya Mustaffa Kamil Ayob disokong oleh ahli PKR untuk jawatan timbalan presiden. Azmin Ali tidak cocok dengan mereka kerana telah berkonfrontasi dengan mereka. Untuk memperlihatkan murninya penyataan sokongan mereka, dikaitkan dengan agenda Islam Mutaffa Kamil Ayob dan sejarahnya dalam ABIM. Sebenarnya, sokongan Perkasa itu tak lebih hanya telunjuk lurus kelingkin berkait. Inilah kesempatan mereka untuk menjadi pengadu domba yang diharapkan mewujudkan keretakan di kalangan pemimpin PKR.

Perkasa sangat ta'asub dengan Dr. Mahathir. Mereka juga ta'asub dengan semangat kemelayuan sungguhpun darah yang mengalir dalam tubuh Dr. Mahathir tersebut bukanlah sejati Melayu. Apabila Azmin Ali  mencabar Perkasa maka pemimpin-pemimpinnya mula bereaksi. Ketika mereka bereaksi, barulah nampak wajah sebenar mereka.

Perkasa ibarat sebatang pokok yang tumbuh. Khabarnya tumbuh subur dan merindang. Daunnya banyak menutup dahan. Namun, ada misteri tentang makhluk yang ber'kapok' di celah-celah dahannya. Kalau tidak diganggu pokok itu, tenteramlah makhluk-makhluk itu ber'kapok' dan hanya sekali sekali kedengaran lantunan suaranya. Namun rupa sebenar tak kelihatan.

Tindakan Azmin Ali itu laksana membaling tokol kayu ke pokok itu. Apabila dibaling tokol kayu, terkejutlah makhluk-makluh yang sedang duduk celah dahannya dan bergayut di sebalik daunnya. Maka berlompatanlah mereka dengan suara melengking sambil naik ke dahan teratas dan menjenguhkan muka dari celah-celah daunnya. Barulah ternampak wajahnya. Ruapanya sang tempat sang kera dan lutung beradu.

Aku percaya, kalau ramai-ramai pergi ke pangkalnya dan kocak ramai-ramai, kera dan lutung itupun berlompatan. Sebagaimana tabiat asal mereka, mereka akan mencari dahan yang lebih besar yang tumbuh di sebelahnya. Di pohon sebelah itu mereka akan berkekokan  bersama makhluk-makhluk sejenis mereka.

Hinanya perokok!

30 peratus daripada 13 ribu kakitangan awam di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah adalah perokok? Ironi sekali fakta ini. Mereka yang berada di bawah bumbung sebuah jabatan yang bertanggungjawab memperbaiki tahap kesihatan rakyat, menjerumuskan diri ke dalam aktiviti yang merosakkan kesihatan. Bagaimana mereka mahu memulihkan kesihatan rakyat kalau diri sendiri punya badan yang dirosakkan oleh rokok.

Oleh itu, langkah Jabatan Kesihatan Kedah melalui pengarahnya, Dr. Marzukhi Md. Isa untuk tidak menganugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang kepada kakitangannya yang merokok adalah satu langkah yang wajar. Sekalipun kakitangan itu cemerlang dalam tugas, tetapi seorang perokok, dia tidak akan mendapat anugerah tersebut.

Sebelum ini, kita telah mendengar pengumuman TG Nik Aziz bahawa calon yang bakal diletakkan oleh PAS di Galas adalah bukan seorang perokok. Jika dia seorang perokok, dia tidak akan dipilih. TG Nik Aziz sebelum itu pun telah menyifatkan bahawa perokok adalah lebih hina daripada lembu!

Ya, bagaimana lembu mahu jadi calon dan diangkat sebagai YB pula??Subhanallah....begitu teruknya seorang perokok. Itupun masih ramai ketega' (ketegar) dengan cintanya yang mendalam kepada rokok.

Medium perubatan yang dikaitkan dengan Islam

Kerana bomoh itu menggunakan medium yang dipandang suci atau sememang suci dalam Islam, sebahagian orang terpedaya. Itu dijadikan dasar mengatakan perubatan dengan cara perbomohan orang tersebut benar tanpa boleh dipersoalkan lagi. Melalui medium yang digunapakai itu, timbul beberapa situasi luar biasa yang menambahkan keyakinan orang yang menyaksikan.

Antara medium yang selalu dikaitkan dengan kesucian Islam tentunya yang paling utama adalah Al-Quran. Selain itu ialah biji tasbih terutama daripada kayu koka, biji kurma ajwa dan tulang unta. Ada juga yang menjadikan cebisan kelamba ka'abah sebagai mediumnya. Para bomoh ini dipandang sebagai soleh dan bertakwa, lebih-lebih lagi bacaan yang diperdengarkannya adalah sebutan ayat suci.

Aku menegaskan pendiriankan bahawa menggunakan ayat Quran untuk berubat sememangnya punya sandaran nas dalam agama. Nabi memberi taqrir dan legitimasi kepada sebahagian sahabat yang membacakan ayat-ayat Quran untuk mengubati penyakit seseorang. Namun, menggunakan naskhah Al-Quran untuk berubat sama ada naskhah lengkap atau ceraian maupun tulisan beberapa potong ayatnya, ia adalah keliru dan mencurigakan. Lebih-lebih lagi kalau bahagian daripada Al-Quran itu dipergunakan sebagai komponen tangkal azimat yang telah dijelaskan haram dan syrik berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW.

Apa yang dinamakan sihir itu bukan sahaja mantera yang menyeru jin dan mambang. Sihir juga boleh terbit daripada bacaan beberapa potong ayat Quran dengan tujuan yang salah. Kumpulan Wali Suci dan Nasrul Haqa yang telah dicatat oleh pihak Jakim sebagai ajaran sesat, mereka bersendikan ayat-ayat Quran untuk menzahirkan "khawariqul 'adah". Apa yang dilakukan oleh mereka itu adalah sihir. Syaitan menyelit dalam amalan mereka untuk menyimpangkan keyakinan mereka kepada Allah SWT sehingga kebergantungan mereka bulat kepada ayat-ayat dan bacaan serta tawassul yang dibuat mereka.

Kita pernah lihat dalam filem Barat, digambarkan hantu dapat ditakutkan dengan lambang salib. Apakah kita mahu menandingi metos kristian itu lalu membuat filem, menyebarkan sangkaan dan memberitahu ummat bahawa hantu dapat ditakutkan dengan Naskhah Al-Quran? 
Satu waktu, saya pernah saksikan pertunjukan seorang wanita tua di sebuah pedalaman mengesan sakit seorang remaja perempuan dengan menggunakan tasbih sebagai prantara. Tasbih itu kononnya dibuat daripada bebiji kurma ajwa yang dikenali sebagai kurma nabi. Tasbih itu dipegang tergantung atas segelas air lalu tasbih itu bergerak. Katanya, kalau pergerakan tasbih ke kanan, kiri atau lainnya, punya tafsiran tersendiri. Bagi yang melihat, apabila dilihatnya alat yang digunakan tasbih, akan terpesona dan tertancap keyakinan awal bahawa perubatannya adalah islamik dan tidak perlu dipersoalkan.

Aku tegaskan bahawa situasi luar biasa yang dizahirkan itu adalah sebahagian daripada sihir. 


Sunday, October 03, 2010

Apa itu DNA?

Dewasa ini, ramai orang bercakap tentang DNA. Ketika kes dakwaan liwat ke atas DS Anwar Ibrahim rancak dimainkan media, persoalan DNA disebut sebagai penyelesaian. Ketika berlaku satu-satu pembunuhan mangsa yang tidak dapat dikenalpasti, ujian DNA ditampilkan sebagai penyelesaian. Ada cadangan supaya diwujudkan bank DNA sebagai penyelesaian kes buang bayi yang kian menjadi-jadi. Ujian DNA disebut sebagai penyelesaian ajaib bagi semua pertikaian, kebuntuan dan tandatanya.

Hatta, Ibrahim Ali, ketika marah kepada beberapa pemimpin UMNO yang mengkritiknya kelancangan dalam Perkasa, dia mengatakan dia mengetahui DNA mereka!

Apakah itu DNA? 

Untuk memahaminya lebih lanjut, elok kita baca satu artikal yang dimuatkan dalam harianmetro.com.


Mungkin ada pembaca yang masih ingat pertelingkahan antara dua petani di Pasir Puteh, Kelantan pada 2007 antara Zulkifli Setafa dan Isa Mohamad yang berebutkan anak kerbau jantan berusia tiga tahun. Kedua-dua petani sanggup membayar RM1,500 seorang untuk ujian DNA bagi menentukan pemilik sebenar anak kerbau berkenaan yang dianggarkan bernilai RM1,500!


Ia adalah kes pertama ujian DNA ke atas haiwan ternakan untuk membuktikan pemilik dilaporkan di negara kita kerana tiada orang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk seekor anak kerbau kerana kos bagi ujian berkenaan boleh membeli dua ekor anak kerbau pada usia yang sama.


Istilah ujian DNA meniti di bibir masyarakat kita - hasil sumbangan peningkatan kes jenayah dan lambakan siri drama penyiasatan yang ditayangkan di televisyen. Namun tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan DNA dan ujian DNA itu? DNA ialah singkatan kepada asid deoksiribonukleik, satu molekul penting bagi semua sel hidup.


Menurut Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Pasca Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Dr Zafarina Zainuddin, DNA ialah sejenis molekul yang terdapat dalam semua sel, kecuali sel darah merah. Ia adalah molekul yang menyimpan kod genetik yang menentukan semua ciri-ciri manusia seperti warna kulit, mata, jenis rambut dan sebagainya.


DNA dalam semua jenis sel dalam satu individu adalah sama. Ini bermakna, DNA dari air liur, rambut, darah atau air mani adalah sama bagi setiap orang. Bukan manusia saja yang mempunyai DNA malah semua organisma hidup termasuk tumbuhan, haiwan dan bakteria juga mempunyai DNA. Ia adalah molekul asas yang sangat penting dalam semua organisma hidup.


Menariknya, DNA bagi setiap individu di atas muka bumi ini adalah unik iaitu berbeza antara satu sama lain kecuali bagi kembar seiras. Inilah sebabnya ujian DNA digunakan dalam penyelesaian banyak kes jenayah atau bagi penentuan keturunan khususnya untuk kes perebutan anak (yang tidak diketahui bapanya) seperti kerap terjadi di negara Barat.


Teknik ujian DNA mula dilaporkan oleh Sir Dr Alec Jeffreys dari Universiti Leicester, England pada 1984 dan kini menjadi asas kepada data DNA kebangsaan sesebuah negara. Kaedah yang dipelopori Dr Jeffreys ini kemudiannya dikomersilkan (sesiapa boleh mendapatkan ujian ini) pada 1987 apabila syarikat kimia, ICI, membuka pusat ujian darah di England.


Apa yang dimaksudkan dengan profil DNA? “Profil DNA adalah hasil yang diperoleh daripada analisis ke atas DNA seseorang. Ia seperti kod bar (bar code) pada setiap barang di pasar raya di mana setiap kod akan mengenalpasti barang yang berbeza.



“Profil DNA yang terhasil adalah dalam bentuk nombor dan setiap individu akan mempunyai kombinasi nombor yang berbeza. Nombor-nombor ini mewakili alel (gen) tertentu bagi setiap individu,” kata Dr Zafarina.


Jenis ujian DNA


Dr Zafarina berkata sel yang mempunyai nukleus dari semua bahagian daripada badan kita boleh dijadikan sampel dalam ujian DNA. Ujian DNA ada beberapa jenis. Bagi kegunaan forensik, ujian DNA yang dilakukan ialah:


1. Ujian autosomal STR (ulangan tandem atau aturan pendek): Ujian ini sangat khusus bagi pengenalpastian individu. Setiap profil yang diperoleh melalui kaedah ini adalah unik di mana tidak ada dua individu berbeza akan mempunyai profil yang sama, kecuali kembar seiras.


2. Y-STR: Ujian ini bagi mendapatkan profil lelaki terutamanya dalam sampel yang bercampur. Kaedah ini akan dapat mengenalpasti profil lelaki, contohnya dalam kes rogol di mana lelaki berkenaan meninggalkan sisa-sisa air mani di dalam vagina (faraj) mangsa.


Walaupun persekitaran vagina mengandungi lebih banyak sel-sel mangsa (wanita) tetapi kaedah ini masih dapat mengenalpasti profil lelaki atau perogol berkenaan kerana ia khusus kepada kromosom Y; iaitu kromosom yang hanya terdapat pada lelaki. Kromosom ialah satu struktur seakan benang yang mengandungi maklumat genetik.


Kaedah ini juga dapat membantu mengenalpasti individu yang hilang melalui perbandingan dengan profil ayah, saudara lelaki atau sepupu lelaki dari sebelah ayah (anak bapa saudara dari datuk yang sama). Ia juga dikenali sebagai ujian bagi mengenalpasti individu melalui keturunan sebelah bapa.


3. Mitokondria DNA: Kaedah ini biasanya digunakan apabila kaedah autosomal STR gagal memberikan profil. Ia biasanya berlaku apabila sampel biologi yang diuji terlalu sedikit, sudah terlalu lama terdedah ke persekitaran yang ekstrem (keterlaluan); terbakar teruk atau sampel yang sudah lama.


Jumlah DNA mitokondria yang banyak dalam sel dan jenis DNA ini yang lebih tahan lasak berbanding autosomal DNA, membolehkan ia menjadi harapan terakhir dalam mengenalpasti individu melalui ujian DNA.


Berbeza dengan Y-STR, mitokondria DNA adalah ujian pengenalpastian menggunakan keturunan sebelah ibu. Setiap individu dari keturunan ibu yang sama, akan mempunyai profil DNA mitokondria yang sama.


Contohnya saudara (adik beradik) dari ibu yang sama, sepupu (anak ibu saudara) dari nenek yang sama. Ujian ini sesuai digunakan untuk mengenalpasti individu yang hilang, terutamanya apabila kualiti dan kuantiti sampel yang ditemui tidak mengizinkan untuk ujian DNA lain.


Bagaimana pula dengan kes perebutan anak kerbau jantan yang disebut di atas? Adakah ia juga menggunakan kaedah yang sama?


Ujian yang dilakukan sama saja dengan ujian DNA dalam forensik. Kedua-duanya menggunakan kaedah autosomal STR. Cuma kit yang digunakan adalah khusus kepada lembu; sedangkan untuk manusia, kit yang digunakan adalah khusus untuk manusia.


Maknanya, sekiranya sampel darah yang ditemui adalah milik haiwan seperti monyet atau orang utan, profil DNA tidak akan diperoleh apabila menggunakan kit yang khusus untuk manusia dan sebaliknya.



Siapa yang boleh melakukan ujian DNA? Bagaimana ia dilakukan?


Menurut Dr Zafarina yang juga merupakan pakar rujuk DNA forensik bagi Polis Di Raja Malaysia (PDRM), ujian DNA boleh dilakukan di mana-mana makmal yang menawarkan perkhidmatan ini. Ujian ini dimulakan dengan kaedah pengesktrakan DNA daripada sampel menggunakan kaedah Reaksi Rantaian Polimerase (Polymerase Chain Reaction).


Kaedah ini sama seperti mesin fotostat bagi mendapatkan jumlah DNA yang lebih banyak supaya boleh dianalisis). Dari sini, DNA kemudiannya akan melalui kaedah elektroforesis iaitu pemisahan DNA di dalam media polimer dengan menggunakan voltan elektrik yang tinggi dan seterusnya analisis keputusan menggunakan perisian khusus.


“Memang kaedahnya agak rumit dan namun hasil ujian DNA sangat tepat. Profil DNA yang didapati melalui kaedah autosomal STR memberikan keputusan 99.9 peratus tepat dalam pengenalpastian seseorang individu.


“Bagaimanapun kualiti profil juga dipengaruhi oleh kualiti sampel. Justeru itu kualiti sampel sangat penting dalam ujian DNA. Sampel yang bercampur-campur akan memberikan profil yang bercampur juga dan dalam keadaan begini, kita memerlukan bantuan perisian yang lebih canggih untuk menentukan profil setiap individu yang terbabit.


“Sampel yang sudah terlalu lama, rosak, terbakar dan sebagainya memerlukan masa yang lebih panjang untuk memperoleh profil DNA kerana beberapa langkah untuk mendapatkan DNA dalam keadaan yang paling optimum (sesuai atau baik) perlu dibuat.


“Berapa cepat keputusan ujian DNA boleh dikeluarkan juga bergantung kepada kualiti dan kuantiti sampel. Jika sampel segar contohnya darah segar, hasil ujian boleh diperoleh dalam tempoh kurang 48 jam. Seperti yang diterangkan, jika sampel sudah lama, kualiti terjejas, rosak atau terbakar maka lebih lamalah masa yang diperlukan,” katanya.

Di Malaysia, siapa yang boleh menjalankan ujian DNA? Setakat ini hanya ada dua makmal saja yang menawarkan ujian DNA. Ujian DNA untuk kes jenayah hanya boleh dilakukan di makmal di Jabatan Kimia Malaysia.

Unit HID/DNA di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) juga menawarkan ujian DNA tetapi bagi kes yang membabitkan pengenalpastian identiti seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran sebelum mendapat kad pengenalan atau taraf kerakyatan, atau kes-kes peribadi yang tidak membabitkan undang-undang.


“Bidang kajian genom termasuklah ujian DNA adalah bidang yang sangat menarik dan mempunyai banyak ruang untuk diterokai. Kita masih kekurangan pakar dalam bidang ini.


“Antara kelayakan yang diperlukan untuk menjadi salah seorang daripada kumpulan penyelidik atau penganalisa ialah Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains hayat sama ada sains forensik, genetik, biokimia dan sebagainya. Selain itu mereka juga perlu mendapat latihan khas dalam bidang DNA forensik sebelum boleh diiktiraf sebagai penganalisa,” katanya.

Mereka menakut-nakutkan kita

"Ingatlah bahawa senjata yang paling tajam sekali bukan keris, sebaliknya adalah kuasa politik di tangan kita.", demikian DS Najib berucap dalam majlis Majlis Gayong Perdana 2010 dan sambutan Hari Raya Aidilfitri PSSGM di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di hadapan kira-kira 5000 ahli PGSSM  yang hadir.( Sumber: Utusanonline)
Akhir-akhir ini banyak pihak dalam UMNO yang bercakap mengingatkan rakyat Melayu jika kuasa pemerintahan hilang daripada tangan orang Melayu. Menurut tafsiran mereka, jika UMNO tersingkir daripada persada kuasa, itu bermakna Melayu sudah tidak berkuasa. Mereka bimbang sekali jika UMNO kalah dan menjadikan ketuanan Mealayu sebagai modal untuk menakutkan rakyat Melayu.

Pendirian ramai orang Melayu hari ini, ketuanan Melayu bukan lagi boleh disandarkan kepada UMNO. Terutamanya Melayu yang menghuni bandar dan separa bandar. Momokan ketuanan Melayu melalui UMNO sebagaimana yang diwar-warkan selama ini tidak lagi boleh dipercayai setelah melihat gelagat pemimpin-pemimpin UMNO selama lebih 50 tahun memerintah negara.

Pada saat kehilangan kuasa kian jelas, para pemuka UMNO itu mula menjalankan siasat menakut-nakutkan rakyat Melayu dengan hilangnya kuasa Melayu.

Allah berfirman dalam surah Az-Zukhruf, ayat 54:
فاستخف قومه فأطاعوه إنهم كانوا قوما فاسقين

" Firaun menakut-nakutkan kaumnya lalu mereka taat kepadanya. Sesungguhnya kaum Firaun itu kelompok orang-orang fasiq".

Sebenarnya, kuasa yang ditakuti hilang bukanlah kuasa Melayu tetapi hanya kuasa mereka. Mereka, tanpa rasa malu mendakwa bahawa kuasa yang mereka ada adalah mewakili kuasa Melayu sedangkan selama ini, banyak harga diri bangsa Melayu mereka injak-injak dan rampas. Madu yang diberi bercampur tuba.


Saturday, October 02, 2010

Memasak untuk jamuan hari raya

Bersama teman-teman jemaah, aku berada di Pasti Hamzah mempersiapkan  sup untuk jamuan sempena hari raya pada keesokan hari. Jamuan hari raya pada keesokan hari dijadualkan bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan Pandu Puteri, Batu 4, Sandakan. Hasil beberapa siri mesyuarat mengenai program tersebut, telah diputuskan bahawa makanan adalah dimasak sendiri oleh muslimin dan muslimat. Ini bagi menjimatkan kos kerana jamuan esok hari adalah anjuran Pas Kawasan Sandakan dan entiti-entiti di bawahnya. 

Pas Kawasan Sandakan bergerak hanya dengan pengorbanan ahli yang mensucikan hati dengan mengeluarkan dana dari poket sendiri. Sejauh ini, sudah banyak program yang berjaya dilaksanakan dengan wang sumbangan ahli. Oleh itu, angka perbelanjaannya adalah terhad. Namun, ia penuh keberkatan, insya Allah.

Pengorbanan adalah satu tarbiah penting dalam membentuk jiwa pejuang yang ikhlas untuk agama. Mereka yang berbicara soal perjuangan, namun enggan berkorban adalah dusta dan nifaq. Oleh itu, banyak hal yang perlu dilakukan untuk melonjak sikap pengorbanan ini. Wang tidak harus dikikir. Masa tidak harus ditumpukan buat diri dan anak bini. Keselesaan diri tidak menjadi aulawiyyat. Malah, kita harus belajar menikmati kepenatan jalan perjuangan...




Ganjaran Dua Qirat

Hari ini, Ust Wan Helmi telah ditimpa musibah. Anaknya yang lahir selepas tengah malam tadi telah meninggal kerana dilahirkan dalam keadaan songsang. Kita mengatakan dia  meninggal disebabkan lemas, namun semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Sepagi ini, sebahagian sahabat-sahabat Taman Fajar dan sekitarnya berada di rumahnya. Jenazah anaknya diuruskan sendiri  dengan bantuan sahabat ahli jema'ah surau Al-Fajr. Kemudian, solat jenazah dilakukan pada jam 11 pagi. Sebelum Zohor, urusan pengebumian di perkuburan Islam jalan Aman selesai. Maka bersemadilah seorang bayi tanpa dosa yang baru dilahirkan. Bayi diberi  nama Ahmad Mubassyirin.

Sahabat-sahabat yang menyertai bersama, semoga Allah memberi ganjaran. Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadis marfu’ katanya:


من شهد الجنازة حتى يصلى عليها فله قيراط ومن شهدها حتى تدفن كان له قيراطان قيل وما القيراطان قال مثل الجبلين العظيمين


“ Sesiapa melawat jenazah dan solat ke atasnya, maka baginya satu Qirat dan sesiapa yang menziarahinya sehingga ke majlis  pengebumiannya, maka baginya dua Qirat.  Maka dikatakan : Berapa dua Qirat itu? Lalu katanya: Sumpama dua gunug yang besar”.

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Kepada Ust Wan Helmi, semoga Allah melimpahkan kesabaran buatnya. Sesungguhnya, ibu bapa yang bersabar atas musibah kematian anaknya, akan diganti oleh Allah dengan nikmat yang lain di dunia. Pada hari akhirat, anak itu akan menjadi deposit buatnya dan juga benteng daripada api neraka. Allahumma amin...Fasobrun Jamill...Wallahul Musta'an...


Friday, October 01, 2010

Walisongo dan ilmu kebatinan

Pada pendapatku, kewujudan Walisongo itu benar. Cuma apakah maksud Walisongo itu, tiada kepastian. Ramai mengatakan ia adalah sembilan pendakwah yang digelar sunan menjalankan kegiatan dakwah di tanah Jawa. Namun, ada pandangan-padangan lain mengenai maksud Walisongo itu. Wallhu a'lam. Ini istilah sejarah dan berakar bahasa jawa pula. Satu perkataan yang diungkap di masa lalu kekadang berubah sebutannya bila zaman beredar.

Nama negeri Melaka itu sendiri, ada khilaf mengenai maknanya. Ada yang kata asalnya pokok Melaka. Ada yang kata asalnya kalimah Arab iaitu "malqa" yang bermaksud tempat pertemuan. Bila masa beralih disebut Melaka. 

Tentang Walisongo ini, terdapat filem yang telah dibuat mengenai usaha dakwah mereka. Namun, filem-filem yang dibikin itu, mengandungi tempelan mistik yang tebal dikaitkan dengan peribadi mereka. Adalah tidak masuk akal para pendakwah menjadikan ilmu mistik sebagai andal dalam kerja dakwah mereka. Para sunan digambarkan sebagai individu yang mampu melakukan hal-hal luar biasa setanding dengan para pengamal ilmu kanuragan yang begitu meluas di tanah jawa.

Di indonesia, telah popular satu jenama ilmu mistik yang dinamakan ilmu putih yang didakwa lawan kepada ilmu hitam. Ilmu hitam itu penuh dengan kejahatan dan kesyaitanan sedangkan ilmu putih itu membawa kemuliaan dan kebaikan. Mak Lampir digambarkan sebagai pengamal ilmu hitam yang tangguh. Manakala Kiyai Ageng adalah pendaulat ilmu putih. 

Jika kita toleh melalui gambaran filem-filem indonesia ini, yang membicarakan soal ilmu kanuragan, di zaman sebelum Islam pun ada sesepuh yang memiliki ilmu para wali pada hal itu zaman hindu. Brama kumbara dilebelkan sebagai raja yang memiliki ilmu kanuragan yang murni dipelajari daripada gurunya sang petapa. Manakala banyak juwara Majapahit diperlihatkan sebagai memiliki ilmu-ilmu hitam.  Ada perguruan Telapak Dewa dan Sri Buana yang mengajarkan ilmu kanuragan.

Begitu mewahnya bumi Jawa dengan ilmu-ilmu kebatinan, maka tidak hairan peribadi para pendakwah Islam turut terpalit dengan cerita-cerita ilmu ini. Sedangkan nabi lagi terpalit dengan maudhu', apalagi para ulama yang datang kemudiannya!

Titisan hujan menggamit memori

Subuh ini, hujan turun renyai-renyai. Rasa sungguh menusuk sakinah dalam kalbu. Terkenang aku pada  suasasana desaku di masa lalu. Di kala hujan turun, bunyi hujan di cucur atap, jatuh ke dalam parit tepian rumah. Nun di halaman, air mengalir. Sawah-sawah pula bergenangan air. Sungguh sedap mengerekot dengan selimut kain pelikat sehelai di celah bendul, sambil memerhati hujan yang turun. Nikmat sekali kalau sambil mengunyah pulut nyior tabur atau ubi kayu masak panas dicecah kelapa parut.

Entah kenapa, setiap kali hujan turun, aku teringat laskar masa laluku di desa. Aku teringat pada kampungku yang permai. Aku teringat hutan-hutan dara yang ada di sekelilingnya.Aku teringat pokok-pokok berusia yang bergayutan dengan akar berselirat sehingga ke dahan-dahan. Aku teringat parit jernih tepi sawah yang deras mengalir air mata air tempat kanak-kanak bermain perahu mainan. 

Dan aku pun teringat almarhum bapaku, yang berpulang menemui Rabnya. Semoga bapaku di tempat terbaik dan Allah melimpahkan pahala berpanjangan buatnya dari anak-anaknya yang soleh. Peliharalah zuriat dan keturunannya sebagai penyejuk hati mata dan hati. Ya Allah...seperti Kau sejukkan bumi dengan curahan hujan ini!

Amin...