CARI BAHAN

Sunday, June 12, 2011

Tune Hotel

Kelmarin, dari KLIA aku dan anak serta isteri mengambil bas ke LCCT. Ketika itu baru jam 5 petang.  Sampai di LCCT, kami menaiki bas yang sedia menanti di depan LCCT. Bas itu membawa kami ke depan Tune Hotel dengan tambang RM1 seorang. Tune Hotel dapat dilihat kalau berdiri di luar LCCT. Namun, untuk berjalan kaki ke sana tak mungkin. Jauh. 

Hasrat kami mahu menginap di Tune Hotel. Penerbangan ke Sandakan andalah esok pagi, jam 8.10 pagi. Apabila kutanya di kaunter hotel tersebut, masih ada bilik kosong. Namun, harganya boleh tahan juga. RM230.00. Memandangkan harganya tinggi sangat, kami tak jadi ambil bilik hotel. Sudahlah harganya mahal, biliknya tak seberapa. Hanya ada kipas dan tiada kelas mapun bintang. Kami kembali ke LCCT dengan bas pengangkut yang datang setiap 10 minit. Di LCCT, ada seorang kolek bas menegur dan menawarkan bilik penginapan di hotel warisan. Katanya 10 minit dari LCCT. Harga yang dtawarkan adalah RM150.00 termasuk pengangkutan pergi dan penghantaran pulang ke KLIA. Mulanya aku berminat tetapi memandangkan gambaran bilik yang dinyatakannya, membuatkan aku membatalkan semula hasratku. Katanya, bilik itu tiada bilik air di dalam. Bilik air adalah diluar. 

Dalamn perjalann dengan bas kembali ke KLIA aku beritahu isteriku bahawa bilik sebegitu adalah berharga RM15.00 di jalan Api-Api, Kota Kinabalu.

Kami menginap di ruang bilik yang amat luas di KLIA. Ada bertaus lampu yang sedia terpasang. Hawa dingin cukup selesa dan tiada harga yang perlu dibayar. Di tingkat 3, bahagian ketibaan, di atas sebuah pentas, kami menyiapkan tempat untuk berbaring. Bukan lama. Hanya semalam. Ketika malam telah lewat, baru anakku mahu melelapkan mata. Rupanya, tidur di situ cukup selesa. 

Lain kali, menjadi pengajaran buatku, bahawa menjadi musafir hendaklah biasa tidur di jalanan. Usah mengharap hotel yang selesa. Sesiapa yang berdepan dengan masalah transit yang panjang di antara dua penerbangan, memadai sahaja tidur di KLIA. Esok pagi, bangun solat Subuh dan siapkan diri. Tidak ada yang perlu dikejarkan. Kalau keluar dan menginap di hotel, belum tentu dapat tiba tepat pada waktunya. Ditambahkan pula dengan keletihan perjalanan.

Musafir....perjalanannya hanya persinggahan. Bak kita dalam dunia ini juga.

No comments: