CARI BAHAN

Tuesday, June 28, 2011

Siapa paling ramai ansar

Awal bulan depan ada larian 1 Malaysia melibatkan semua murid sekolah.  Sempena dengan larian tersebut, kempen 1 murid  1 Sukan dilancarkan. Kemudian, 9 hb berikutnya akan ada pula larian di Kuala Lumpur. Larian mengelakkan diri dari semburan "water cannon" oleh demontrator Bersih 2.0.  Pada hari yang sama juga, Patriot akan membuat kacau dan memanaskan keadaan. 

Kerajaan dan pembangkang berlumba untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dalam mengumpulkan khalayak. Ketika PJ Pas Selongor ditanya mengenai seruannya untuk 50 ribu ahli Pas di Selangor menyertai Bersih 2.0, apakah kenderaan disediakan, beliau mengatakan ahli Pas tahu bagaimana hendak pergi ke Ibu Kota.  Sudah tentu Patriot memerlukan berpuluh-puluh bas untuk menghimpunkan anggotanya.

Terdahulu, kerajaan menganjurkan himpunan 1 Juta Belia di Puterajaya. Himpunan yang merupakan acara Kementerian Belia dan Sukan itu akhirnya jadi medan kepimpinan Najib untuk menunjukkan solidaritinya di kalangan rakyat. Malah, temanya pula iala "Pertahankan Puterajaya". Kata TPM, himpunan tersebut tidak memerlukan kerajaan belanjakan wang yang banyak. Mungkin tak sampai sejuta.  Namunm pastinya ia lebih banyak kos daripada himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan.

Masing-masing berlumba untuk menunjukkan siapa yang hebat di mata rakyat kini. Bagus!

No comments: