Mereka memang orang-orang yang kalut. Orang yang berfikiran cuma sejengkal. Ketandusan modal dan hujah. Kalau masih dapat diingat, sewaktu debat tentang penurunan harga minyak petrol antara Anwar Ibrahim dan Sabreen Chik tidak lama dulu, hujah-hujah Sabree Chik banyak berkisar tentang serangan peribadi terhadap Anwar Ibrahim. Dia gagal mengulas isu minyak dengan baik, tetapi lebih kepada menyerang Anwar Ibrahim.
Dalam banyak episod penghujahan, para pemimpin kerajaan memang suka kepada serangan peribadi, miskipun mereka selalu menyeru agar jangan buat serangan peribadi dalam kempen pilihanraya.
Dalam memperkatakan himpunan Bersih 2.0, kita lihat bagaimana mereka serang Datuk Ambiga seorang, padahal Bersih 2.0 bukan miliknya seorang. Terdapat pelbagai NGO yang berhimpun di bawah gabungan tersebut. Hanya jenis sang bacul yang menyerang seorang dalam kelompok yang ramai.
Seperti serigala, hanya berani dengan kambing yang tersisih dari kelompoknya. Tabiat menyerang seorang dan mengabaikan yang lain adalah tabiat mereka yang tidak ada telur.
No comments:
Post a Comment