Utusan Malaysia sekarang sudah menjadi lidah rasmi UMNO-BN. Tak benar sama sekali untuk mengatakan ia sebagai akhbar rakyat. Seseorang yang menyelak lembarannya akan mengetahui hal ini. Berita-beritanya terutama yang berkisar soal politik hanyalah untuk memperkukuhkan lagi hagemoni politik UMNO-BN. Kupasan yang dimuatkan dalamnnya berhubung pelbagai isu menampakkan sifat pesimis terhadap lawan politik UMNO-BN.
Malah, sejak akhir-akhir ini, Utusan Malaysia tidak lagi menyemai kecerdikan kepada generasi muda. Ia menjadi lidah orang-orang bodoh dan dangkal yang berlindung di dalamnya. Nama samaran yang digunakan seperti "Awang" yang menulis dalam Utusan Malaysia adalah insan-insan dunggu yang menjadi tunggangan dan menjalankan ketaatan kepada tuannya.
Terbaru, karikatur yang dimuatkan dalam akhbatr tersebut dikritik kerana menghina golongan agama sebagai jahil undnag-undang. Lantaran kerana khutbah jumuat di Selamngor membicarakan mengenai bahaya fitnah, maka dituduh masjid-masjid negeri Selangor menjadi tunggangan pembangkang. Terdahulu, akhbar tersebutlah juga menerbitkan berita tidak saheh mengenai usaha golongan kristian untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi. Akhbar yang punya sejarah berliku, hanya memmetik bahan dari blog sampah untuk menjadi berita utama!
Seharusnya, apabila kita menyebut Utusan Malaysia, maka jangan lupa sebutkan bahawa ia sebagai akhbar rasmi UMNO-BN. Maka, siapakah yang dulunya cuba membangkitkan sentimen dengan berdemo untuk mempertahankan Utusan Malaysia. Mereka kata, itulah akhbar pusakan orang Melayu yang perlu dipertahankan. Mempertahankannya menjadi tanggungjawab sebagaimana orang Melayu kena pertahankan bahasanya, rajanya dan agamanya.
Sebenarnya, Utusan Malaysia bukan lagi mewakili orang Melayu. Kalau ia sirna, Melayu tidak sirna.Melayu boleh buat akhbar lain. Melayu sudah berubah.
No comments:
Post a Comment