CARI BAHAN

Sunday, June 26, 2011

Wanita tidak bertudung masuk masjid.

Seorang rakan memaklumkan bahawa kelmarin ada beberapa ramaj lelaki dan perempuan mengadakan study group dalam surau. Mulanya mereka verada di luar surau, tetapi kemudian berpindah ke dalam surah kerana tidak selesa di luar. Apa yang menjadi persoalan yang rakan pencerita itu timbulkan ialah remaja perempuan itu tidak bertudung. Dia mencadangkan satu tindakan hendaklah diambil untuk mengelakkan kejadian sebegitu berulang. Sepontan, seorang rakan yang lain mengatakan hal tersebut tentu sekali mencemarkan kesucian masjid.

Aku menyampuk dengan mempersoalkan apakah ada dalil yang melarang seseorang lelaki atau perempuan masuk ke masjid dengan terbuka aurat. Apakah lelaki yang berseluar pendek atau perempuan tidak bertudung dilarang masuk ke masjid berdasarkan mana-majna dalil. Atau, apakah ia hanya menurut pertimbangan akal kita? 

Kita hidup dalam masyarakat yang selama bertahun-tahun membeza kehidupan di dalam masjid dengan luar masjid. Dalam masjid kita diajar menajdi tawadduk, menjauhi dosa dan berzikir kepada Allah SW. Apabila sudah keluar dari masjid, kita tanggalkan semua pakaian takwa itu.

Sebenarnya, perintah bagi wanita memakai jilbab bukan hanya dalam masjid. Tidak ada beza pula antara dalam masjid dengan luar masjid. Justeru, kenapa pula harus kita bezakan antara keduanya. Membezakan kehidupan dalam mesjid dengan luar masjid, masjid untuk agama dan luar untuk dunia, adalah salah satu daripada najis sekularisme yang terpalit kepada pemikiran kita.

No comments: