CARI BAHAN

Friday, June 17, 2011

Tun Muhammad Ibn zayed An-Nahyan

Putera mahkota Emiriyah Arab Bersatu, Syeikh Muhammad bin Zayed An-Nahyan dianugerahkan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) (Kehormat) oleh YDPA Sultan Mizan Zainal Abidin ketika menerima menghadap putera tersebut di Istana Negara  hari ini. Kini bergelarlah putera itu Tun Muhammad. Itupun kalau gelaran Syeikh yang dipakainya itu lebih rendah darjatnya dari Tun. 


Tetapi, aku rasa gelaran Syeikh itu lebih besar bagi seorang Arab berbanding Tun. Apalah nilainya gelaran Tun berbanding Syeikh. Gelaran Syeikh telah digunapakai oleh orang Arab ribuan tahun dahulu sedangkan Tun itu baru beberapa ratus tahun sahaja. Mungkin semasa kerajaan Melaka muncul memerintah Tanah Melayu, ketika itulah gelaran Tun mula digunapakai. Kita mungkin pernah dengar nama-nama seperti Tun Tuah, Tun Mamat, Tun Teja, Tun Sri Lanang dan lain-lain lagi yang pernah hidup di zaman dahulu. Kerana jasa mereka yang tertentu kepada nusa mereka, mereka dianugerahkan gelaran Tun. Pada zaman pasca kemerdekaan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah Inggeris ini pun, ada ramai individu yang telah dianugerahkan gelaran Tun. Tun Hussein, Tun Razak, Tun Mahathir, Tun Abdullah, Tun Jean dan ramai lagi. 

Mungkin sudah jemu menganugerahkan gelaran Tun kepada rakyat dalam negara sendiri, maka gelaran itu dikembangkan pula ke luar negara. 


Beberapa tahun yang lalu, kita mendengar gelaran Datuk dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kepada Sharukh Khan. Maka dia dipanggil Datuk Sharukh Khan. Tidaklah dapat dipastikan apakah pelakun Bollywood itu menggunakan gelaran tersebut di negaranya atau tidak.

Mengenai Muhammad bin Zayed An-Nahyan putera mahkata UAE ini, entah apalah jasanya kepada negara Malaysia maka dia dianugerahkan gelaran Tun. Kita rakyat marhain tidak tahu jasanya kerana dia memang tidak pernah berjasa kepada kita. Barangkali, mereka yang berada di atas, yang pernah menjenguk dan bertemu dengan pemerintah di negara-negara Arab termasuk UAE, pernah menelan budi dan jasanya. Maka, sebab itulah tergerak hendak menganugerahkan gelaran Tun kepadanya.

Wallahu 'alam. Apa yang pasti, rakyat Arab sudah makin muak dengan pemerentah mereka yang algojo.

No comments: