Mereka benar-benar desperate. Guru-guru adalah orang cerdik pandai dan mereka yang mewah maklumat. Salahlah kalau para guru dipanggil menghadiri satu program lalu diedar maklumat yang ada dalam akhbar dan bahan-bahan risalah yang diambil daripada pihak tertentu. dalam dunia yang melimpah ruah maklumat dan boleh dicapai dari hujung jari, mereka cuba memberitahu para guru mengenai apa itu Negara Berkebajikan dan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan demi kebajikan rakyat. Untuk menilai sejauh mana negara ini sudah menjaga kebajikan rakyat, bukan kepada penguasa yang perlu ditanya. Kepada rakyat kebanyakan yang perlu dilontarkan pertanyaan.
Bagi mereka yang bergaul dengan rakyat bawahan, akan mendengar rintihan dan keluhan mereka. Mereka merintih mengenai kenaikan harga barang yang tidak pernah berjanji untuk berhenti biarpun buat satu tempoh yang melegakan. Rakyat dibebankan pula dengan hutang sepertimana kalangan graduan yang terpaksa dihantui bayaran semula pinjaman PTPN. Rakyat ternganga mulut cuma melihat kekayaan negara dibahagi-bahagikan sesama kontraktor yang dekat dengan penguasa.
Rakyat tahu sejauh mana Berkebajikannya negara ini. Biarlah mereka menilai dalam pilihanraya mendatang.
No comments:
Post a Comment