CARI BAHAN

Saturday, June 18, 2011

Idea lapuk dari mereka yang terbuang.

Sekarang zaman telah berubah. Minda rakyat bukan seperti 10 tahun yang lalu. Telah banyak anjakan berlaku dalam paradigm pemikiran rakyat. Dalam menangani isu-isu terkini, adalah salah jika digunakan kaedah lama untuk mengahadapinya. 

Di zaman yang mana rakyat telah mendapat maklumat dengan hanya memetik hujung jari ke keyboard, masih ada pihak yang cuba membohongi rakyat dengan menyampaikan ucapan-ucapan dalam kursus-kursus eksklusif menerangkan fakta berat sebelah yang kekadang palsu. Tidak mudah untuk membuat orang percaya, sementelahan orang hari ini lebih suka mencari maklumat sendiri berbanding menjadi cawan getah yang hanya menadah.

Masih bahasa lama, apabila ada pihak yang menggesa supaya penganjur demo Bersih ditahan di bawah ISA. Terbaru, gesaaan itu datang dari MUBARAK yang berupakan sebuah badan yang mengumpulkan bekas-bekas wakil rakyat. Tentunya wakil rakyat UMNO-BN yang bertenggek di sana. Mereka masih terimbau dengan nostalgia zaman mereka berkerajaan. 

Menahan orang di bawah ISA mungkin kedengaran sebagai sebuah ancaman yang menakutkan di zaman mereka menjadi wakil rakyat. Bagi sesetengah orang mungkin menggentarkan. Bagi sebahagian pula, ia adalah satu yang lucu , malahan membanggakan. Peserta-peserta demo Bersih 2.0 yang banyak terdiri daripada peguam, ahli Yang Berhormat dan rakyat berpendidikan tentunya tidak boleh digentarkan dengan acaman ISA.  Mereka, malah menunggu akta itu digunakan untuk menjadi buah kilas yang akan menjadi pukulan "backkick" buat kerajaan.

Pandangan-pandangan lapuk daripada mereka yang telah tersingikir daripada arus perdana hendaklah diabaikan oleh pihak berkuasa.

No comments: