Ada SMS yang ditulis dan dihantar 601119732179 mengungut Ambiga dan para pemimpin Pakatan Rakat. SMS tersebut selain celupar dan tidak menggambarkan budi pekerti mulia sebagai Melayu, jauh sekali sebagai seorang muslim, ia juga berbaur perasaan yang dibakar kemarahan. Orang yang sedang marah memang suka mengeluarkan kata-kata yang tidak diukur pada kemampuan sendiri. SMS itu dilaporkan dalam Malaysiakini sebagai berikut:
"Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.
“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.
“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."
“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.
“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."
Memang begitulah orang yang mengeluarkan kata-kata tidak mengikut pertimbangan akal. Mampukah dia nak bunuh penganjur Bersih 2.0 sebagaimana ugutannya?
Aku teringat pengalamanku semasa negara heboh dengan pemecatan DS Anwar Ibrahim lebh sepuluh tahun yang lalu. Satu hari, aku bertandang ke rumah DS Anwar Ibrahim di Bukit Damansara bersama-sama simpatisan lain yang ramai. Dalam ramai-ramai itu,aku melihat ada seorang anak muda yang kacak dan smartcara dia berpakaian. Dia berbual-bual dengan DS Wan Azizah dan beberapa yang lain. DS Anwar ketika itu tidak ada.Mungkin dalam rumah. Tidak sukar untuk aku berada dalam lingkungan mereka pada masa itu. Aku dengar anak muda itu berkata dengan kata-kata seperti bersumpah:
"Jika terjadi apa-apa kepada DS Anwar, saya akan banjirkan KL dengan darah...",
Aku terkejut juga. Kepada seorang yang agak berumur di kalangan mereka, aku bertanya;
"Siapa orang muda itu?"
" Dialah cicit kepada Panglima Saleh Selempang Merah...dia memiliki peguruan panglima Saleh", katanya.
Wah,hebat! Aku tahu juga sejarah panglima Saleh yang berasal dari Muar yang mengajar komunis dengan kehebatan ilmu "ya Zaljalali Wal Ikram".
Tetapi, kata-kata penuh hamasah bukan apa-apa. Ketika Anwar ditangkap dan dibelasah dalam penjara sehingga matanya lebam, tiada pula banjir darah di KL. Memang kacau KL waktu itu,tapi aku tidak fikir itu kerja cicit dan murid-murid perguruan Panglima Saleh Selempang Merah. Ia adalah kerja rakyat jelata yang tidak berpuas hati dan penyokong Anwar Ibrahim dari latarbelakang yang pelbagai.
Lagi pula, KL tidak pun berbanjir darah. Ia hanya bersimbah dengan air " water cannon" dan gas pemedih mata yang ditembakkan oleh Polis Simpanan Persekutuan (FRU).
Kalau nak bercakap, pakai otak. Jangan biarkan diri bercakap atas dorongan semangat yang tidak bermata hati.
No comments:
Post a Comment