Makar UMNO untuk memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu apabila Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS menggantikan Ust,. Nasharuddin Mat Isa. Selama ini. UMNO cuba meracuni pemikiran rakyat dengan mengura-urakan kerajaan perpaduan melibatkan UMNO daqn PAS dengan menjadikan Ust. Nasharuddin sebagai kambing hitam. Tanpa putus asa, mereka mencuba sedaya upaya menggambarkan bahawa rundingan sedang berjalan. Walaupun dinafikan oleh Ust. Nasharuddin, media tetap dengan makar berhelah mereka.
Justeru, apabila Mat Sabu dipilih oleh para perwakilan untuk berada pada kerusi Timbalan Presiden, maka berantakan makar UMNO itu. Dengan Mat Sabu mereka tiada jalan membayangkan ada rundingan penyatuan Pas dan UMNO. Sebab itu, Mukhriz Mahathir kata UMNO rasa sedih kerana pemimpin PAS ternyata tidak mahu kepada penatuan Melayu.
Sebenarnya, apa ada pada penyatuan Melayu berbanding penyatuan ISlam??
No comments:
Post a Comment