CARI BAHAN

Sunday, June 12, 2011

Negara Berkebajikan dan Negara Madani

Soal Negara Berkebajikan yang dicetuskan oleh PAS semenjak pilihanraya 2008 dan dipertegaskan lagi dalam ucapan perasmian Muktamar Pas baru-baru ini mengundang pelbagai komen berbau pesimistik daripada kalangan pemimpin UMNO. Selain menncemuh ia sebagai lari daripada landasan perjuangan, dikatakan juga ia sebagai kemenangan DAP. Hasrat mulia mereka diluahkan untuk melihat Pas istiqamah dengan perjuangan menubuhkan negara Islam. 

Ironinya, selama ini pun perjuangan negara Islam tidak mpernah disokong oleh mereka. Apabila konsep negara berkebajikan ditampilkan, mereka terhimbau dan menjadi nostalgik pula untuk memperjuangkan negara Islam.

Sebenarnya, negara Berkebajikan bukanlah ijtihad Pas sebagai parti politik Islam secara sendirian. Jika kita lihat bagaimana kenyataan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi selepas revolusi rakyat  Mesir mengenai bentuk negara yang diharapkan, yang mana dinamakan sebagai Negara Madani, kita akan mengerti kebijakan Pas dengan istilah Negara Berkebajikan.

Negara Madani dan negara Berkebajikan adalah dua istilah yang membawa maksud yang sama.

No comments: