Ada pihak yang terkilan dengan khutbah Jumuat hari ini. Khatib menyebutkan tentang pemimpin yang kita sebagai rakyat impikan dan pemimpin yang sebenarnya menunggangim kita dalam negara dewasa ini. Dengan menyebutkan keadilan Abu Bakar, Umar, dan Umar Abd Aziz, khatib mempersoalkan kepada khalayak jemaah tentang di manalah akan diperolehi pemimpin seperti mereka di zaman kini. Pemimpin yang merahmati rakyat. Sedangkan pemimpin dewasa ini menjaga kepentingan diri dan mengembungkan poket kroni.
Secara terus terang, khatib menyebutkan tentang kenaikan harga minyak dan tarif elektrik sebagai petanda pemimpin hari ini tamak dan membebankan rakyat dengan cukai. Ia amat berbeza dengan pemimpin yang memerintah negara di zaman Sultanul Ulama Izzuddin Abd Salam yang cuba mengenakan cukai ke atas rakyat buat memperlengkapkan persenjataan buat memerangi tentera salib. Keberanian ulama dan ketaatan pemimpin kepada ulama hanya tinggal nostalgia kini.
Seterusnya, khatib mengingatkan bahawa orang beriman tidak harus disengat daripada satu lubang dua kali. Justeru, hendaklah memilih pemimpin secara bijaksana.
Khutbah tersebut merupakan tembakan tepat terus ke jantung.
No comments:
Post a Comment