CARI BAHAN

Sunday, June 19, 2011

Ibrahim Ali Melayu Bakal Pupus

Ibrahim Ali sebenarnya memalukan bangsa Melayu. Ia mewakili Melayu ortodok, Melayu asobiyyah, Melayu haprak, Melayu goblok, Melayu Badigul dan Melayu zero IQ yang hanya merugikan reputasi sebagai bangsa bertamadun. Di depan bangsa lain, bangsa Melayu yang Ibrahim Ali cuba tampilkan adalah bangsa yang lemah dan mengingau. Melayu yang Ibrahim Ali cuba bawa adalah melayu yang berbangga dengan keris di zaman senjata api membunuh jutaan mangsa.

Ibrahim Ali marah sangat kepada Datuk Ambiga yang ditaklifkan mengetuai perhimpunan Bersih 2.0.  Dari kemarahan kepada agenda Bersih 2.0, pertubuhannya mengungkit hingga kepada persoalan bangsa. Dengan semberono pula, Ibrahim Ali membaurkan ugutan kepada rakyat bukan Melayu agar jangan menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Tidak tahulah berapa ramai sangat yang menyokongnya. Kalau dengar halalintar bicaranya, seperti semua bangsa Melayu, dialah pemimpin idola. Tapi, kalau benar dia disanjung orang Melayu, sudah lama dia menjadi presiden mana-mana parti orang Melayu. Malah, sudah tentu dia akan menang sebagai calon dalam pilihanraya tanpa sokongan parti manapun.

Setahu aku, belum  pernah aku jumpa ahli Perkasa di kampungku. Di mana-mana aku pergi. tak pernah aku temui orang yang mengakui sebagai ahli Perkasa. Tapi, cara media war-warkan bila Perkasa buat perhimpunan, seperti himpunan 30 ribu pemuda yang pernah Pemuda Pas buatkan di Kedah tahun lalu. Seolah-olah Perkasa merupakan NGO Melayu nombor wahid.

Kalau Ibrahim Ali datang sini, aku tidak mahu pandang mukanya. Aku Melayu tapi bukan sepertinya. Aku Melayu yang menghargai kepelbagaian bangsa yang Allah ciptakan dan tidak mendabik dada mengatakan bangsaku paling utama. Aku tidak rasa hebat jadi Melayu dan jika aku jadi Cina pun redhalah aku. Aku tidak kesal juga. Namun, biarlah aku jadi muslim selamanya. 

No comments: