Perhimpunan Bersih 2.0 yang dirangka untuk dilakukan pada 9 Julai depan dicabar oleh Ibrahim Ali melalui pertubuhannya Perkasa. Katanya, biar kita semua lihat siapa yang kuat pada 9 Julai nanti kerana mereka juga akan turun ke jalan raya menentang golongan yang menyertai demonstyrasi Bersih 2.0 itu. Niatnya agar dunia tidak melihat bahawa rakyat Malaysia menuntut sebagaimana yang dituntut oleh mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 itu.
Ibrahim Ali mengira bahawa dia berpengaruh dan mampu mengumpul orang lebih ramai daripada jumlah yang disasarkan oleh penganjur Bersih 2.0 iaitu 300 ribu orang. Barangkali dia benar-benar telah lupa dan memadamkan daripada ingatannya bahawa sejak dia tersingkirn dari UMNO dan bergentayangan sebagai calon bebas dalam pilihanraya, dia tidak pernah menang. Kemenangannya dalam pilihanraya 2008 di Parlimen Pasir Mas, Kelantan adalah dengan kelicikannya memperdaya Pas sehingga dia dibenarkan menggunakan logo Pas dalam pilihanraya tersebut.
Mahu tahu sejauh mana pengaruhnya, tunggulah sehingga pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi. Dia dan pemain politik licik seangkatannya, kini sedang panas punggung dan mencari-cari tempat bergayut teguh agar masa depan politik mereka dapat dilangsungkan.
Namun, percayalah bahawa dia, Zul Nordin, Zaharin dan semua yang menimbulkan masalah dengan partinya selepas pilihanraya 2008 akan menemui su'ul khatimah dalam politik. Mereka semua bakal menjadi sampah buangan yang hanya akan dikuis oleh anjing-anjing kelaparan. Itu pun bakal ditinggalkan anjing tersebut setelah mengetahui kenajisan busuk yang ada pada mereka.
No comments:
Post a Comment