Mutakhir ini, kita mendengar pelbagai ugutan dilontarkan kepada rakyat oleh para pemimpin dan penguasa. Bila ura-ura perhimpunan Bersih 2.0 berkumandang, pelbagai pihak memberi respons. Para pemimpin kerajaan mengulas dengan mencemuh hasrat pihak yang ingin mengadakan perhimpunan tersebut. Ulasan itu kemudian disimpulkan dengan amaran agar rakyat tidak menyertainya. Pihak polis pun begitu. Pelbagai NGO dikatakan bergabung suara membantah dan membuat laporan polis.
Sebuah negara demokrasi yang kononnya terbaik, melarang rakyatnya berhimpun. Sebelum perhimpunan itu berlaku, ia dituduh akan mencetuskan huru hara. Rakyat disuruh duduk aman dan redha sahaja apa yang dibuat kerajaan ke atas mereka.
Nampaknya negara dipimpin oleh para pemimpin tahun 70-an dan mereka memimpin rakyat tahun 2011. Bolehkah?
No comments:
Post a Comment