CARI BAHAN

Wednesday, June 29, 2011

Mimpi jagat persilatan

Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun 2011, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan. Memetik daripada laporan berita tersebut ;

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

Wah! hebat juga silat Melayu. Mungkin murid-murid silat mahaguru itu akan bersilat di tengah khalayak perhimpunan Bersih 2.0 nanti. Agaknya macam manalah gaya mereka bersilat dalam kerumunan manusia yang ramai itu?

Pengamal silat seperti itu masih karam dalam mimpi silam zaman hulubalang Hang Tuah. Mungkin pada anggapannya silat menjadi benteng pertahanan ampuh sebuah negara. Hiduplah kamu dengan mimpi-mimpi indah itu...

No comments: