Nampak sangat Perkasa dan Pemuda UMNO kontang idea. Perhimpunan Bersih 2.0 dijadualkan pada 9 Julai. Dua pertubuhan ultra Melayu itu juga bercadang untuk mengadakan perhimpunan pada tanggal yang sama dan tempat yang sama bagi tujuan membantah Bersih 2.0. Antara lai, mereka membantah Bersih 2.0 dengan alasan ia akan menggugat ketenteraman awam. Tetapi perbuatan mereka mahu bertembung dengan Bersih 2.0 di tempat dan pada tarikh yang sama itu jelas mengundang ketegangan dan akan menimbulkan kekacauan awam. Sekiranya mereka benci kepada gugatan terhadap ketenteraman awam, mereka tidak sepatutnya berhimpun pada tarikh dan tempat yang sama. Banyak lagi hari yang lain dan negara Malaysia cukup luas untuk menjadi tempat perhimpunan. Boleh sahaja buat perhimpunan sejuta rakyat membantah Bersih 2.0 sebagaimana yang dibuat di Puterajaya dalamperhimpunan Belia baru-baru ini.
Kita tahu, Perkasa maupun Pemuda UMNO tidak punya kemampuan untuk menganjurkan perhimpunan dalam jumlah yang ramai. Kalaupun mampu, banyak kos yang diperlukan. Menyelit di celah ratusan ribu rakyat yang bakal keluar ke dada Kota Raya dengan pakaian kuning dan menimbulkan provokasi adalah kerja mudah.
Jelasnya Perkasa dan Pemuda UMNO ketandusan idea dan pengaruh. Buatlah perhimpunan balas sebelum atau selepas 9 Julai kalau niat ikhlas hendak menunjukkan kepada dunia bahawa bukan semua rakyat Malaysia menyokong agenda Bersih 2.0.
No comments:
Post a Comment