CARI BAHAN

Friday, June 17, 2011

Subsidi hanyalah sebuah ilusi

Berbincang dengan seorang yang boleh dikatakan "educated" kerana berada pada posisi atasan dalam sebuah Jabatan kerajaan, aku mendengarnya menduga bahawa persoalan subsidi yang selalu dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menaikkan harga barang hanyalah seumpama sebuah ilusi. Rakyat tidak pernah diberitahu berapakah sabsidi yang ditanggung kerajaan bagi harga pasaran barangan tertentu yang dibeli rakyat. Berapapun harga minyak yang dinaikkan, kerajaan masih mendakwa ia menanggung sejumlah subsidi. Demikian pula harga gula, minyak masak, berasn dan barang-barang keperluan lain. Kelihatannya masalah tanggungan subsidi kerajaan tidak dapat diramalkan bila akan tamat.

Harga minyak petrol yang dijual dalam negara sekarang dikatakan berada pada harga yang telah disubsidikan. Ia dikatakan begitu kerana membandingkan dengan harga pasaran antarabangsa di mana harga minyak di sesetengah negara jauh lebih tinggi daripada harganya di Malaysia. Namun, apakah logik membandingkan harga minyak di Malaysia dengan harga di negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia dan  Thailand boleh diterima? Dengan membandingkan harga minyak petrol di negara-negara tersebutlah kerajaan menjustifikasikan subsidi yang kononnya diberikan kepada rakyat.

Dengan penuh curiga, aku meragui kejujuran kerajaan dalam soal subsidi ini. Dalam diam aku merasakan aku sedang ditipu. Aku rasa juga rakyat Malaysia sedang ditipu. Tapi...aku belum cukup mengerti secara sempurna jalan penipuan yang sedang mereka belitkan ke atasku dan rakyat seluruhnya.

Sampai masa rakyat akan mengerti juga.

No comments: