Menghidupkan fahaman Komunis. Demikianlah tuduhan yang ditimpakan kepada Gabungan Bersih 2.0 dan agenda yang mereka bawakan. Aku kira orang mamai sering bercakap yang bukan-bukan. Seketika, Bersih 2.0 dikatakan tunggangan kuasa asing. Ada yang kata ia dibiayai oleh Kristian antarabangsa. Kemudian dikatakan pula kelompok komunis. Ini semua teknik lapuk dalam strategi "mematikan karekter" yang seringkali digunakan untuk lawan politik.
Orang yang kontang hujjah akan selalu menggunakan kaedah ini. Bagi mereka, bukti tidak penting. Apa yang penting ialah tuduhan. Apalah bezanya komunis dan sekularis di sisi Allah SWT? Kedua-duanya bahaya. Kedua-duanya dalam neraka.
Gelagat yang sebegini sungguh meletihkan. Ia seperti menangani murid-murid buta huruf yang bebal. Kejahilan bertingkat yang menguasai minda.
No comments:
Post a Comment