Terkejut juga bila tengok video youtube yang memaparkan Ust Idris Sulaiman mendedahkan apa yang disifatkannya sebagai kepincangan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam beragama. Ulama sehebat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang reputasinya berkembang seantero dunia dan kitabnya menjadi rujukan kebanyakan pelajar universiti aliran agama, pun mendapat cemuhan dan celaan. Hanya dengan berpandukan kepada guru-gurunya dari Arab Saudi yang tidak berapa terkenal itu, dia dengan berani mengatakan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ditolak oleh para ulama. Kedengkiannya kepada Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjadi ternyata apabila dia enggan menggunakan gelaran Dr pada namanya atau gelaran Syeikh yang selalu disebut orang. Hanya orang dengki sahaja yang enggan memanggil seseornag dengan gelaran baik yang masyhur padanya.
Bila fikir semula, yang aku kasihan ialah Ust Idris Sulaiman. Dia siapa ? Untuk bertemu Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan meminta maaf atas segala "lamam"nya itu, rasanya dia hampir tidka berpeluang lagi. Akan kontanglah dan muflislah dia di akhirat kelak!
Kasihan....mungkin itulah yang sebenarnya "Wahabi".
No comments:
Post a Comment