Ketika bercakap-cakap mengenai perkembangan semasa bersama seorang teman, aku tanyakan dia mengenai sumber maklumatnya. Katanya, tentulah TV. Di Malaysia ini, TV1 dan TV3 lah yang menjadi sumber utama maklumat orang Melayu. Bukan semua Melayu. Aku kira, Melayu haprak sahaja yang bergantung kepada dua jenis TV itu.
Malam kelmarin, ketika di surau, aku dengar seorang pakcik setengah baya berkata:
"Kita bersihkan kampung kita...lagi bagus",
Kata-katanya adalah respons atas perbualan-perbualan tak rasmi sebelum Daurah Quran mengenai Bersih 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.
Dari kata-katanya itu, aku mendapat gambaran bagaimana sumber maklumatnya. Semenjak dua menjak ini, begitulah TV1 dan TV 3 mewar-warkan mengenai Bersih 2.0. Iklan-iklan direka khas untuk mempermainkan Bersih 2.0. Salah satu iklannya, menggambarkan seorang ketua kampung melancarkan kempen bersihkan kampungnya.
Aku berkata kepada temanku, ketika membuka TV 1 atau TV3 jam 8 malam, sebelum pemberita itu memulakan kata-katanya, aku telah katakan kepadanya:
"Aku tidak percaya kepadamu",
No comments:
Post a Comment