CARI BAHAN

Thursday, June 30, 2011

Si bacul

Mereka memang orang-orang yang kalut. Orang yang berfikiran cuma sejengkal.  Ketandusan modal dan hujah. Kalau masih dapat diingat, sewaktu debat tentang penurunan harga minyak petrol antara Anwar Ibrahim dan Sabreen Chik tidak lama dulu, hujah-hujah Sabree Chik banyak berkisar tentang serangan peribadi terhadap Anwar Ibrahim. Dia gagal mengulas isu minyak dengan baik, tetapi lebih kepada menyerang Anwar Ibrahim. 

Dalam banyak episod penghujahan, para pemimpin kerajaan memang suka kepada serangan peribadi, miskipun mereka selalu menyeru agar jangan buat serangan peribadi dalam kempen pilihanraya. 


Dalam memperkatakan himpunan Bersih 2.0, kita lihat bagaimana mereka serang Datuk Ambiga seorang, padahal Bersih 2.0 bukan miliknya seorang. Terdapat pelbagai NGO yang berhimpun di bawah gabungan tersebut. Hanya jenis sang bacul yang menyerang seorang dalam kelompok yang ramai. 


Seperti serigala, hanya berani dengan kambing yang tersisih dari kelompoknya. Tabiat menyerang seorang dan mengabaikan yang lain adalah tabiat mereka yang tidak ada telur.

Wednesday, June 29, 2011

Mimpi jagat persilatan

Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun 2011, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan. Memetik daripada laporan berita tersebut ;

Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.

Wah! hebat juga silat Melayu. Mungkin murid-murid silat mahaguru itu akan bersilat di tengah khalayak perhimpunan Bersih 2.0 nanti. Agaknya macam manalah gaya mereka bersilat dalam kerumunan manusia yang ramai itu?

Pengamal silat seperti itu masih karam dalam mimpi silam zaman hulubalang Hang Tuah. Mungkin pada anggapannya silat menjadi benteng pertahanan ampuh sebuah negara. Hiduplah kamu dengan mimpi-mimpi indah itu...

Tuesday, June 28, 2011

Siapa paling ramai ansar

Awal bulan depan ada larian 1 Malaysia melibatkan semua murid sekolah.  Sempena dengan larian tersebut, kempen 1 murid  1 Sukan dilancarkan. Kemudian, 9 hb berikutnya akan ada pula larian di Kuala Lumpur. Larian mengelakkan diri dari semburan "water cannon" oleh demontrator Bersih 2.0.  Pada hari yang sama juga, Patriot akan membuat kacau dan memanaskan keadaan. 

Kerajaan dan pembangkang berlumba untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dalam mengumpulkan khalayak. Ketika PJ Pas Selongor ditanya mengenai seruannya untuk 50 ribu ahli Pas di Selangor menyertai Bersih 2.0, apakah kenderaan disediakan, beliau mengatakan ahli Pas tahu bagaimana hendak pergi ke Ibu Kota.  Sudah tentu Patriot memerlukan berpuluh-puluh bas untuk menghimpunkan anggotanya.

Terdahulu, kerajaan menganjurkan himpunan 1 Juta Belia di Puterajaya. Himpunan yang merupakan acara Kementerian Belia dan Sukan itu akhirnya jadi medan kepimpinan Najib untuk menunjukkan solidaritinya di kalangan rakyat. Malah, temanya pula iala "Pertahankan Puterajaya". Kata TPM, himpunan tersebut tidak memerlukan kerajaan belanjakan wang yang banyak. Mungkin tak sampai sejuta.  Namunm pastinya ia lebih banyak kos daripada himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan.

Masing-masing berlumba untuk menunjukkan siapa yang hebat di mata rakyat kini. Bagus!

Monday, June 27, 2011

Hanya manusia

Tidakkah mereka tahu bahawa mereka hanyalah manusia biasa yang kerdil juga.Siapapun mereka dinamakan orang, mereka hanya bergerak mengikut jadual yang telah disusun oleh Yang Maha Kuasa. Perdana Menteri hanya sebuah nama yang diadakan orang. Ia bukan hebat sangat. Tidak ada orang selamanya  jadi Perdana Menteri.

Sunday, June 26, 2011

Wanita tidak bertudung masuk masjid.

Seorang rakan memaklumkan bahawa kelmarin ada beberapa ramaj lelaki dan perempuan mengadakan study group dalam surau. Mulanya mereka verada di luar surau, tetapi kemudian berpindah ke dalam surah kerana tidak selesa di luar. Apa yang menjadi persoalan yang rakan pencerita itu timbulkan ialah remaja perempuan itu tidak bertudung. Dia mencadangkan satu tindakan hendaklah diambil untuk mengelakkan kejadian sebegitu berulang. Sepontan, seorang rakan yang lain mengatakan hal tersebut tentu sekali mencemarkan kesucian masjid.

Aku menyampuk dengan mempersoalkan apakah ada dalil yang melarang seseorang lelaki atau perempuan masuk ke masjid dengan terbuka aurat. Apakah lelaki yang berseluar pendek atau perempuan tidak bertudung dilarang masuk ke masjid berdasarkan mana-majna dalil. Atau, apakah ia hanya menurut pertimbangan akal kita? 

Kita hidup dalam masyarakat yang selama bertahun-tahun membeza kehidupan di dalam masjid dengan luar masjid. Dalam masjid kita diajar menajdi tawadduk, menjauhi dosa dan berzikir kepada Allah SW. Apabila sudah keluar dari masjid, kita tanggalkan semua pakaian takwa itu.

Sebenarnya, perintah bagi wanita memakai jilbab bukan hanya dalam masjid. Tidak ada beza pula antara dalam masjid dengan luar masjid. Justeru, kenapa pula harus kita bezakan antara keduanya. Membezakan kehidupan dalam mesjid dengan luar masjid, masjid untuk agama dan luar untuk dunia, adalah salah satu daripada najis sekularisme yang terpalit kepada pemikiran kita.

Saturday, June 25, 2011

Kotor jiwa dan politik.

Mahathir kata Besih 2.0 itu kotor. Beliau mengomentari seruan TG Hj. Hadi agar ahli Pas menyertai Bersih 2.0 dan menyifatkannya sebagai petanda kekotoran jiwa TG. HJ. Hadi. Dengar cakap Mahathir, rasa seperti dialah guru tariqat yang telah mencapai makam mutma'innah yang telah mentazkiah semua mazmumah dalam jiwa. Sungguh hebat kata-kata seorang yang telah mengotori tangannya dengan pelbagai kepincangan selama 22 tahun pemerintahan.

Ada yang mendakwa Bersih 2.0 sebagai mempunyai agenda politik. Ia bukan harapan rakyat dari lubuk hati nurani mereka yang tuna politik. Memang harapan kerajaan UMNO-BN agar semua rakyat tuna politik. Biar sahaja mereka bermain politik. Semua NGO hendaklah sentuh soal kebajikan rakyat dan pembelaan terhadapnya. Jangan sentuh soal politik.

Apalah ertinya hidup dalam sebuah negera yang punya undang-undang dan sempadannya kalau tak mempedulikan soal politik?


Demontrasi menjatuhkan kerajaan ahli sunnah??

Ada orang menyalahkan demonstrasi rakyat Iran yang telah mengakibatkan jatuhnya kerajaan Shah yang memerintah negara itu dan menaikkan kerajaan "wilayatuh faqih" oleh para ayatullah syiah. Seolah-olah rakyat Iran telah berdosa kerana menumbangkan kerajaan yang bukan Syiah dan mengangkat Syiah berkerajaan. Barangkali, menurut hemat orang ini, pemerintahan Shah itu lebih baik daripada Syiah. Ya, maklumlah, yang bukan Syiah itu, ahli sunnahlah menurut tanggapan mereka. Alangkah dangkalnya cara berfikir seperti itu.

Kerana itu juga, pemberontakan rakyat Tunisia dan Mesir dipersalahkan kerana menumbangkan kerajaan yang sah dari ahli sunnah. Ben Ali dan Mubarak dianggap kerajaan ahli sunnah sekalipun pemerintahan mereka dipandu ketamahan dan penindasan terhadap para pejuang Islam!

Otak yang seperti apakah orang ini ada sehingga bodoh sekali dalam ilmu politik dan siasah!

Thursday, June 23, 2011

Hanya kata-kata tin kosong

Ada SMS yang ditulis dan dihantar 601119732179 mengungut Ambiga dan para pemimpin Pakatan Rakat. SMS tersebut selain celupar dan tidak menggambarkan budi pekerti mulia sebagai Melayu,  jauh sekali sebagai seorang muslim, ia juga berbaur perasaan yang dibakar kemarahan. Orang yang sedang marah memang suka mengeluarkan kata-kata yang tidak diukur pada kemampuan sendiri. SMS itu dilaporkan dalam Malaysiakini sebagai berikut:

"Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."


Memang begitulah orang yang mengeluarkan kata-kata tidak mengikut pertimbangan akal. Mampukah dia nak bunuh penganjur Bersih 2.0 sebagaimana ugutannya? 

Aku teringat pengalamanku semasa negara heboh dengan pemecatan DS Anwar Ibrahim lebh sepuluh tahun yang lalu. Satu hari, aku bertandang ke rumah DS Anwar Ibrahim di Bukit Damansara bersama-sama simpatisan lain yang ramai. Dalam ramai-ramai itu,aku melihat ada seorang anak muda yang kacak dan smartcara dia berpakaian. Dia berbual-bual dengan DS Wan Azizah dan beberapa yang lain. DS Anwar ketika itu tidak ada.Mungkin dalam rumah.   Tidak sukar untuk aku berada dalam lingkungan mereka pada masa itu. Aku dengar anak muda itu berkata dengan kata-kata seperti bersumpah:

"Jika terjadi apa-apa kepada DS Anwar, saya akan banjirkan KL dengan darah...", 

Aku terkejut juga. Kepada seorang yang agak berumur di kalangan mereka, aku bertanya;

"Siapa orang muda itu?"

" Dialah cicit kepada Panglima Saleh Selempang Merah...dia memiliki peguruan panglima Saleh", katanya.

Wah,hebat! Aku tahu juga sejarah panglima Saleh yang berasal dari Muar yang mengajar komunis dengan kehebatan ilmu "ya Zaljalali Wal Ikram".

Tetapi, kata-kata penuh hamasah bukan apa-apa. Ketika Anwar ditangkap dan dibelasah dalam penjara sehingga matanya lebam, tiada pula banjir darah di KL. Memang kacau KL waktu itu,tapi aku tidak fikir itu kerja cicit dan murid-murid perguruan Panglima Saleh Selempang Merah. Ia adalah kerja rakyat jelata yang tidak berpuas hati dan penyokong Anwar Ibrahim dari latarbelakang yang pelbagai.

Lagi pula, KL tidak pun berbanjir darah. Ia hanya bersimbah dengan air " water cannon" dan gas pemedih mata yang ditembakkan oleh Polis Simpanan Persekutuan (FRU).

Kalau nak bercakap, pakai otak. Jangan biarkan diri bercakap atas dorongan semangat yang tidak bermata hati.

Melayu bukan seperti dulu lagi.

Tahun 1969 orang Melayu masih bodoh. Orang Melayu belum terbuka kepada dunia antarabangsa yang pelbagai bangsa, kebudayaan dan agama. Kalau pun orang Melayu tahu hakikat itu, orang Melayu tidak menjiwainya dan tidak hidup di dalamnnya. Sekurang-kurang oleh majoriti Melayu masa itu. Sebab itu, Melayu waktu itu mudah sensetif apabila dimainkan isu bangsa. Maka berlakulah apa yang sejarah tanah Melayu catatkan dalam pasca merdekanya.

Pada hari ini keadaannya berbeza. Semangat Melayu bukan lagi seperti tahun tersebut. Sebab itu, ada pemimpin Melayu yang apabila membakar semangat Melayu atas dasar kebangsaannya, hasilnya tidak seberapa lagi. Api semangat Melayu tidak lagi menyala-nyala seperto tahun 60-an itu.

Ibrahim Ali mungkin masih tinggal dalam nostalgia masa lalu apabila dia menduga bahawa dia memimpin hasrat jutaan orang Melayu. Aku berani katakan, dengan paluan tin kosongnya dengan nafas Melayunya, ramai Melayu yang muak dan mual. Aku salah seroang daripadanya. Kalau dari segi Melayu, aku lebih Melayu daripada Tun Dr. Mahathir. Dalam tubuhku tidak mengalir darah mamak. Sejak keturunan demi keturunan, aku tahu bahawa nenek moyangku berasal dari negeri Kedah dan kami menghuni kawasan pedalaman. Namun, bukan orang asli Senoi, Jakun atau sebagainya. Dengan kemelayuan sejatiku, aku tidak tersentak dengan seruan Ibrahim Ali.

Melayu hari ini sudah berubah. Sudah berilmu. Melayu bukan lagi haprak. Yang hapraknya hanyalah sebahagian pemimpin Melayu yang sebenarnya bukan Melayu pun dari segi biologinya.

Wednesday, June 22, 2011

Pemimpin masa lalu.

Mutakhir ini, kita mendengar pelbagai ugutan dilontarkan kepada rakyat oleh para pemimpin dan penguasa. Bila ura-ura perhimpunan Bersih 2.0 berkumandang, pelbagai pihak memberi respons. Para pemimpin kerajaan mengulas dengan mencemuh hasrat pihak yang ingin mengadakan perhimpunan tersebut. Ulasan itu kemudian disimpulkan dengan amaran agar rakyat tidak menyertainya. Pihak polis pun begitu. Pelbagai NGO dikatakan bergabung suara membantah dan membuat laporan polis.

Sebuah negara demokrasi yang kononnya terbaik, melarang rakyatnya berhimpun. Sebelum perhimpunan itu berlaku, ia dituduh akan mencetuskan huru hara. Rakyat disuruh duduk aman dan redha sahaja apa yang dibuat kerajaan ke atas mereka. 

Nampaknya negara dipimpin oleh para pemimpin tahun 70-an  dan mereka memimpin rakyat tahun 2011.  Bolehkah?


Interlok dicetak lagi

Kerajaan kata novel interlok akan dicetak semula. Apa maknanya ini? Tidak lain, tersirat di sebaliknya satu lagi pembaziran. Aku kira,jutaan lagi wang rakyat akan dikorbankan.Sedang menunggu ternganga kelaparan syarikat-syarikat yang menangguk dari kebodohan para penguasa itu. Nampaknya keadaan semakin buruk di bawah pentadbiran para penguasa dunggu ini.


Kalau dicetak semula,ke mana hendakdibuangkan cetakan lama?Dibakar? Cetakan semula itu pula hanya mengedit beberapa perkataan yang disifatkan sensitif. Bagaimana kalau cetakan berikutnya ini tidak diterima juga akhirnya, malah dikritik oleh kalangan masyarakat India? Sudah tentu berlaku lagi pembaziran wang rakyat.
Setiap hari mereka menguras harta rakyat. Dalam masa yang sama, rakyat diminta membayar melaui kenaikan cukai.

Tuesday, June 21, 2011

Jangan gembira memanggil kafir itu kafir.

Banyak hal yang membolehkan seseroang itu disebut sebagai kafir. Dalam Hadis, nabi tegaskan seorang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah kafir. Seorang yang suka membazir adalah kafir melalui mantik perbandingan yang Allah buat dengan syaitan yang kafir. Seorang yang tidak bersyukur itu kafir. Banyak lagi hal-hal yang didasarkan kepada nas Al-Quran dan Hadis, menjadikan seseorang itu dicop sebagai kafir.

Hari ini, seorang Melayu asobiyyah dengan wewenang yang melampau melemparkan tuduhan kafir kepada orang lain yang bukan sebangsa. Lebih-lebih lagi yang tidak seagama. Lihat sahaja bagaimana Melayu yang bernaung di bawah Perkasa dan UMNO, dalam menghadapi kebangkitan Bersih 2.0 yang diketuai oleh Ambiga, persoalan kakafiran Ambiga ditimbulkan sebilangan anngota. Memang Ambiga itu bukan berakidah Islam tatapi seorang yang berakidah Islam tetapi tidak menjulang isi kandungannya pun kafir juga. 

Hanya lahir bernama Muhammad bukan jawapan keIslamannnya. Mengakui orang Islam dengan penuh bangga juga bukan kata kunci.  Apa guna kelahiran dan pengakuan itu kalau di sebelah pihak yang lain menentang Islam. Islam menyuruh kita berlaku adil, tetapi keadilan itu ditentang. Mereka yang tidak suka kepada tuntutan Bersih 2.0 itu sungguh menghairankan keislaman mereka.

Islam jenis apa yang mereka dendangkan. Islam yang ditunggangi untuk kepentingan perut? Kepentingan kemaluan?

Jika demikian, Islam itu telah terlepas dan ia lebih kafir dari mereka yang kafir.

Ingatlah amaran Allah, mereka yang disebutkan sebagai munafiq adalah golongan yang berada di bawah daripada orang kafir dibakar dalam api neraka!

Monday, June 20, 2011

Gua Ashabul Kahfi dan kejuruteraan bangunan

Allah SWT menggambarkan gua tempat ditidurkan Ashabul Kahfi selama 309 tahun itu sebagai  sebuah tempat yang matahari terbit dan tenggelam berda di kanan dan kirinya. Dengan kata lain, mulut gua tersebut tidak menghadap ke arah matahari terbit atau tenggelam yang mana jika begitu akan menjadikan gua tersebut memerangkap haba dan tidak selesa untuk dihuni. Ternyata gua tersebut memiliki ciri istimewa sehingga Allah memerintahkan Ashabul Kahfi berlindung di sana dan ditidurkan mereka dalamnya aman selama 309 tahun.

Dalam Daurah Quran malam ini., isu tersebut dibahaskan ketika tafsiran ayat 17 surah Al-Kahfi diperkatakan. Firman Allah SWT yang maksudnya:

Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, Maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, Maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
 En Samit yang mengulas isu ini menyatakan bahawa sudah terdapat perincian yang dibuat oleh para pengkaji mengenain rumah yang menepati kediaman yang mengambil kira kesan rumah hijau. Antara lain ialah rumah tersebut tidak menghadap matahari terbit atau tenggelam yang mana akan menjurus ke arah pemerangkapan haba yang menimbulkan kesan rumah hijau. Sudah tentu perincian ini menepati gambaran yang ditampilkan Allah SWT dalam surah Al-Kahfi mengenai magnitud dan longitud gua tersebut.

Sunday, June 19, 2011

Hipotesis: Melayu apa yang sokong UMNO-BN?

Aku mempercayai satu hipotesis. 

Hanya Melayu yang miskin dan tidak berpelajaran yang menyokong UMNO-BN. 

Melayu terpelajar dan Melayu yang telah bebas daripada garis kemiskinan tidak akan menyokong UMNO-BN lagi. Sebab itu, kita dapat saksikan bagaimana hipotesis yang dibuktikan benar melalui keputusan-keputusan pilihanraya di saluran-saluran peti undi. Kawasan kampung dan kalangan masyarakat rendah pelajaranlah yang banyak memberi undi kepada UMNO-BN. Untuk lebih meyakinkan, lihat sahaja bagaimana 12 parlimen di ibu kota Kuala Lumpur, 11 daripadanya dimenagi oleh PR.


Justeru, Melayu yang terpelajar tidak ada lagi dalam UMNO. Dalam Perkasa juga tiada melayu yang terpelajar. Kalau ikut istilah yang dipopularkan oleh Dr. Mahathir, mereka adalah Melayu haprak.


Atas keyakinan bahawa proses urbanisasi dan kadar celik huruh Melayu sentiasa bertambah, maka dapatlah diandaikan bahawa hayat UMNO-BN tidak akan tamat pada genarasi yang sekarang ini berada pada usia belia.

Ibrahim Ali Melayu Bakal Pupus

Ibrahim Ali sebenarnya memalukan bangsa Melayu. Ia mewakili Melayu ortodok, Melayu asobiyyah, Melayu haprak, Melayu goblok, Melayu Badigul dan Melayu zero IQ yang hanya merugikan reputasi sebagai bangsa bertamadun. Di depan bangsa lain, bangsa Melayu yang Ibrahim Ali cuba tampilkan adalah bangsa yang lemah dan mengingau. Melayu yang Ibrahim Ali cuba bawa adalah melayu yang berbangga dengan keris di zaman senjata api membunuh jutaan mangsa.

Ibrahim Ali marah sangat kepada Datuk Ambiga yang ditaklifkan mengetuai perhimpunan Bersih 2.0.  Dari kemarahan kepada agenda Bersih 2.0, pertubuhannya mengungkit hingga kepada persoalan bangsa. Dengan semberono pula, Ibrahim Ali membaurkan ugutan kepada rakyat bukan Melayu agar jangan menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Tidak tahulah berapa ramai sangat yang menyokongnya. Kalau dengar halalintar bicaranya, seperti semua bangsa Melayu, dialah pemimpin idola. Tapi, kalau benar dia disanjung orang Melayu, sudah lama dia menjadi presiden mana-mana parti orang Melayu. Malah, sudah tentu dia akan menang sebagai calon dalam pilihanraya tanpa sokongan parti manapun.

Setahu aku, belum  pernah aku jumpa ahli Perkasa di kampungku. Di mana-mana aku pergi. tak pernah aku temui orang yang mengakui sebagai ahli Perkasa. Tapi, cara media war-warkan bila Perkasa buat perhimpunan, seperti himpunan 30 ribu pemuda yang pernah Pemuda Pas buatkan di Kedah tahun lalu. Seolah-olah Perkasa merupakan NGO Melayu nombor wahid.

Kalau Ibrahim Ali datang sini, aku tidak mahu pandang mukanya. Aku Melayu tapi bukan sepertinya. Aku Melayu yang menghargai kepelbagaian bangsa yang Allah ciptakan dan tidak mendabik dada mengatakan bangsaku paling utama. Aku tidak rasa hebat jadi Melayu dan jika aku jadi Cina pun redhalah aku. Aku tidak kesal juga. Namun, biarlah aku jadi muslim selamanya. 

Jutaan wang rakyat kecil di mata mereka

Kenduri kawin di rumah bapa mentuaku baru-baru ini menalan belanja sekitar belasan ribu juga. Jumlah tersebut sudah paling dijimatkan secukupnya. Namun, disebabkan kenalan bapa mentuaku ramai, sementelahan pula daripada kalangan pemimpin Pas pelbagai peringkat, maka penyediaan makanan memerlukan stok yang meyakinkan. Sewaktu isteriku mengatakan ada ura-ura dari sanak saudara yang lain untuk membuat tempahan meja makan berhidang bagi pengantin, aku membantah dan mengatakan ia adalah satu pembaziran. Malah, tegasku, ia adalah haram dari segi syarak kerana ia merupakan persandingan tak rasmi. Apa lagi yang harus kita namakan kalau kedua mempelai di suruh makan di meja yang berhias cantik dan ditonton oleh khalayak ramai. Walimatul urus yang seharusnya dicari keberkatan, akhirnya mengundang kemurkaan Allah SWT.

Aku tidak menyetujui membuat meja makan berhidang dan ditonton oleh ramai tetamu yang datang. Ia bukan jalan hidup orang yang beragama dan soleh. Sekalipun ramai orang melakukan, ia tidak membuktikan bahawa perkara tersebut baik dan disunatkan dalam agama. Dengan meniadakan persiapan makan berhidang itu, beberapa kos dapat dijimatkan.

Kalaupun belanja untuk itu dikeluarkan, ia cuma pembaziran daripada harta sendiri. Paling tidak harta anak-anak. Tiada harta rakyat yang dicuri untuk itu. Itupun tetap haram di sisi syarak kerana Allah tidak sukakan pembaziran. Allah juga tidak mesyariatkan persandingan dalam bentuk apapun, kecuali di depan kaum kerabat dalam ruang yang terbatas.



Beberapa hari terakhir ini, rakyat didedahkan tentang pertunangan anak Perdana Menteri dengan seorang warganegara Kazakhstan. Perdana Menteri dikritik kerana pergi ke negara Kazakhstan atas urusan rasmi tetapi mengambil kesempatan menguruskan pertunangan anaknya. Sudah tentu kepergiannya bersama isteri ke negara tersebut ditanggung oleh negara dari wang rakyat. Kemudian majlis pertunangan diadakan di Sri Perdana, Puterajaya. Kos makanan yang dibayar kepada catering untuk majlis pertunangan tersebut dikatakan RM81,000.00. Itu baru majlis pertunangan, belum lagi majlis perkahwinan. Namun, persoalan yang ditimbulkan ialah duit siapa yang dipakai. Dr Tan Kee Kwong dari PKR mendakwa bahawa nota pembelian makanan catering darip sebuah hotel terkemuka dibuat atas nama Jabatan Perdana Menteri.


Jika begitu, wang negaralah yang diguna. Sementara rakyat disuruh berjimat cermat, diminta membayat cukai itu dan ini, dikurangkan hak untuk mendapat subsidi dan diminta reda dengan kenaikan harga barang, wang rakyat digunakan hanya untuk majlis pertunangan anak seorang pembesar negara.


Rakyat berfikir dan mempertimbangkabn banyak perkara untuk buat kenduri kahwin anak, sedangkan mereka bergembira menjamah makanan kelas mewah untuk sebuah majlis pertunangan. Demi Tuhan...sebagai rakyat akun tidak merestui wang yang menjadi bahagianku digunakan untuknya. Sekecil manapun bahagianku, hatta sepuluh sen sahaja, akan aku perhitungkan di akhirat kelak.Alangkah berat bebanan para pelahap harta rakyat itu di akhirat kelak jika setiap daripada jutaan rakyat ini menuntut keadilan di akhirat kelak!


Mereka, para penguasa menganggap kecil sejumlah wang yang dirasa amat besar oleh rakyat. Dengan mudah, mereka tega bazirkan RM1.8 juta untuk syarikat kroni buat membuka dan menguruskan akaun laman sosial seperti facebook yang hanya percuma di kalangan rakyat. Hari ini, budak sekolah rendah pun tahu membuka akaun facebook dan tidak membelanjakan walau sesen pun.

Menoleh sederet episod pembaziran wang negara, kita mengerti bahawa mereka yang berkuasa tidak mencintai rakyat marhaen. Mereka  menunggangi rakyat untuk keuntungan dan kemewahan diri. Semoga Allah mempercepatkan  mudawalatul ayyam buat mereka yang menyalahgunakan kuasanya.


Awang oh Awang!

Ibu-ibu di zaman dulu, saking sayang amat kepada anak lelakinya, dia dipanggil "awang". Di kampung-kampung, ada orang bela beruk, sayang sangat kepada beruknya, dia namakan beruknya "awang". Awang anak yang baik. Awang juga beruk yang setia kepada tuannya. Jarang sekarang orang guna nama awang. Di Kelantan di sebut "awe". Teringat juga aku lagu "awe oh awe".

Tapi ada seekor awang yang hari ini kerja menulis dalam akhbar rasmi UMNO. Dia banyak menulis menghentam pelbagai pihak di belakang tabir nama samarannya, Awang. Terbaru, dia menulis menuduh TG Nik Aziz lebih teruk daripada Ayah Pin. Marah benar dia kepada TG  Nik Aziz kerana mengharamkan akhbar rasmi UMNO itu membuat luputan berita kerajaan negeri Kelantan. Ayah Pin pun tak sekat kebebasan media, tapi TG Nik Aziz sekat kebebasan Media.

TG Nik Aziz lebih sesat daripada Ayah Pin. Haha...alang-alang nak mengata, kata sahaja TG Nik Aziz lebih teruk daripada Firaun. TG. Nik Aziz Firaun, maka akhbar rasmi UMNO itu macam Musalah. Kira Awang ni pula macam nabi Muhammad. Dia bawa seruan nabi.

Awang...awang...budak inggusan mana diberi kepercayaan menulis dalamm kolum akhbar rasmi UMNO itu?

Saturday, June 18, 2011

Komen yang haprak

Silaplah kalau media TV3 mengira ulasan, komen dan pandangan daripada tokoh-tokoh haprak seperti Zaharin, Zul Nordin dan Ibarahim Ali sebagai berharga. Kita lihat mereka ini selalu dirujuk untuk mendapatkan komen terhadap sesuatu isu. Begitu banyak ahli parlimen UMNO-BN, mereka ini yang dicari. Mungkin pihak media meduga bahawa komen mereka mampu mempengaruhi rakyat. Mereka, pengaruh belum teruji. Mereka juga jenis yang lemah dan tidak tahan diuji.

Tiada satu nilai yang boleh diandalkan kepada mereka. Mereka bukan ahli politik yang punya idealisme. Jauh sekali untuk mengatakan mereka agamawan atau pejuang Islam. Rakyat tentunya sudah benar mual dengan mereka. Untuk membuktikan tanggapan ini, kita akan saksikan dalam PRU yang bakal menjelma.

Berubahlah Melayu!

Melayu relakan dirinya terjajah
500 tahun tidak bermaruah
berwajah manusia berhati rubah

Masihkah Melayu tidak berubah?

Masih adakah Melayu
Yang relakan dirinya dijajah
sekalipun oleh bangsa sendiri
membiarkan haknya diperah
demi memperkaya elit pemerintah.

Apakah belum juga berfikir
setelah bertahun mengemis fakir
hanya bersyukur sekadar menjadi pak supir
melihat kereta mewah pak menteri terpakir

Apakah melayu belum merdeka
Belum berani berubah
mencuba kerajaan bersilih ganti
ramuan keadilan mujarab di Barat.

Melayu...masihkah berjiwa petani
atau nelayan sara diri
Sekalipun anak sudah mencapai universiti
Masih tunduk menghamba diri
membiarkan hilang akal budi.

Wahai melayu...beranilah mencoba
demi perubahan...

Anggaplah ia hanya kebarangkalian kecil

Khutbah Jumuat kelmarin mungkin pedas buat sesetengah orang. Khatib menyebutkan kepimpinan Islam yang dirindui dan membandingkan pula dengan kepimpinan negara hari ini. Kepimpinan negara hari ini mengenakan cukai ke atas rakyat dan membiarkan poket mereka dan kroni mereka kembung selamat. Sudah tentu sasaran yang mahu dikritik oleh khatib mudah difahami oleh sesiapapun. 

Pengerusi masjid barangkali tidak selesa. Aku kasihan juga kepadanya. Pengerusi masjid adalah seorang yang baik dan punya cita-cita memajukan masjid. Mungkin kritikan dalam khutbah oleh khatib membuatkannya bimbang. Alasan yang sering ditegaskan oleh penasihat, masjid kini dalam usaha mandapat taraf dan peruntukan. Jangan sampai dicop sebagai masjid pembangkang. Jika itu terjadi, laluan ke arah itu akan menjadi sukar.

Khatib pun bukan orang asing di kalangan ahli jemaah solat jemaah di masjid. Dia juga punya kuliah tetap di masjid. Kalau orang luar, mungkin pengerusi akan katakan khatib tersebut perlu di"gam" daripada menyampaikan khutbah atau kuliah di masjid. 

Bagaimana hendak mengawal khutbah agar tidak menyentuh semsitiviti kalangan tertentu terutama pemerintah? Mungkin itu menjadi bahan fikiran pengerusi. Pernah terlintas dalam perbincangan mesyuarat jawatankuasa untuk menuntut setiap khatib menyampaikan khutbah yang dikeluarkan oleh JAKIM atau JHEAINS. Namun, perbincangan itu itu menemui kata putus kerana bukan senang untuk memerintahkan khatib membaca khutbah yang disediakan. Rata-rata khatib bukanlah pekerja bagi JAKIM atau JHEAINS. Mereka dari latarbelakang yang pelbagai.

Pengerusi mungkin buntu. Dia mungkin akan meluahkan kebimbangannya itu dalam mesyuarat atau secara peribadi kepadaku. Apa yang aku boleh katakan, perkara itu telah berlalu. Anggap sahaja ia sebagai asam garam dalam masyarakat. Berapa ramai sudah khatib yang berkhutbah. Isunya pula pelbagai. Khatib yang menyampaikan khutbah menyindir kerajaan adalah kebarangkalian satu dalam beberapa puluh khutbah. Khutbah minggu depan tentu tidak lagi mengenai topik yang serupa.

Bersabarlah...

Bukan pilihanraya masjid punca perpecahan.

UMNO Pulau Pinang berbangga kerana menurut apa yang mereka dakwa, dengan usaha mereka pilihanraya masjid di Pulau Pinang telah dibatalkan dengan perintah Yang Dipertuan Agung. Mereka menentang pilihanraya masjid atas alasan ia akan memecahbelahkan orang Melayu di Pulau Pinang. Institusi masjid, kata mereka tidak harus diresapi budaya politik kepartian yang dijelmakan dalam bentukl pilihanraya. Justeru, sejak berzaman, pelantikan AJK masjid dibuat dengan cara syura. Seorang yang paling layak di antara semua yang bermesyuarat dilantik menjadi pengerusi. 

Kedengarannya begitu cantik cara perlantikan tersebut. Lebih-lebih lagi perkataan "syura" digunapakai. Namun, ia tidak semudah dan seindah yang diceritakan. Dalam keadaan praktikalnya, tangan-tangan orang politik yang menentukan pemilihan pengerusi masjid. Hal ini berlaku dan menjadi lali selama pemerintahan BN di Pulau Pinang. Perkara inilah yang mahu dipecahkan melalui hasrat pilihanraya masjid.

Kaedah pemilihan Pengerusi dan AJK masjid dibuat secara angkat tangan sebelum ini. Apabila ia disistematikkan dengan kertas pencalonan dan undi, ia satu yang baru dan pihak yang takut legasinya terancam, akan menentang pembaharuan. Sebagaimana kata Ust. Idris Ahmad dalam laman webnya, hanya mereka yang zero IQ sahaja yang tidak suka kepada pembaharuan. Kelak, mereka sendiri akan menjilat ludah dan melakukan pembaharuan dengan mengklaim ia adalah cetusan idea mereka.


Masalah AJK masjid yang tidak menepati hasrat dan kehendak anak kariah ini menjadi rumit. Di kampungku sendiri, kebanyakan anak kariah memboikot masjid kerana imamnya dari seorang yang kuat UMNO dan dilantik melalui tangan-tangan penguasa terdahulu yang kuat UMNO. Adalah sukar menggantikannya kerana sistem pemilihan adalah melaui tauliah daripada Sultan. Anak kariah tidak ada hak menentukan siapa yang berhak mengimani mereka dalam solat. 
Sedangkan nabi SAW mencela seorang imam yang menjadi imam solat sedangkan jemaah tidak menyukainya.

Apakah pilihanraya masjid bukan penyelesaiannya? Apakah dengan menafikan pilihanraya masjid kerukunan orang Islam menjadi damai dan masjid dapat dimakmurkan? Begitu banyak masjid yang AJKnya dilantik menghadapi masalah perpecahan anak kariah!


Idea lapuk dari mereka yang terbuang.

Sekarang zaman telah berubah. Minda rakyat bukan seperti 10 tahun yang lalu. Telah banyak anjakan berlaku dalam paradigm pemikiran rakyat. Dalam menangani isu-isu terkini, adalah salah jika digunakan kaedah lama untuk mengahadapinya. 

Di zaman yang mana rakyat telah mendapat maklumat dengan hanya memetik hujung jari ke keyboard, masih ada pihak yang cuba membohongi rakyat dengan menyampaikan ucapan-ucapan dalam kursus-kursus eksklusif menerangkan fakta berat sebelah yang kekadang palsu. Tidak mudah untuk membuat orang percaya, sementelahan orang hari ini lebih suka mencari maklumat sendiri berbanding menjadi cawan getah yang hanya menadah.

Masih bahasa lama, apabila ada pihak yang menggesa supaya penganjur demo Bersih ditahan di bawah ISA. Terbaru, gesaaan itu datang dari MUBARAK yang berupakan sebuah badan yang mengumpulkan bekas-bekas wakil rakyat. Tentunya wakil rakyat UMNO-BN yang bertenggek di sana. Mereka masih terimbau dengan nostalgia zaman mereka berkerajaan. 

Menahan orang di bawah ISA mungkin kedengaran sebagai sebuah ancaman yang menakutkan di zaman mereka menjadi wakil rakyat. Bagi sesetengah orang mungkin menggentarkan. Bagi sebahagian pula, ia adalah satu yang lucu , malahan membanggakan. Peserta-peserta demo Bersih 2.0 yang banyak terdiri daripada peguam, ahli Yang Berhormat dan rakyat berpendidikan tentunya tidak boleh digentarkan dengan acaman ISA.  Mereka, malah menunggu akta itu digunakan untuk menjadi buah kilas yang akan menjadi pukulan "backkick" buat kerajaan.

Pandangan-pandangan lapuk daripada mereka yang telah tersingikir daripada arus perdana hendaklah diabaikan oleh pihak berkuasa.

Friday, June 17, 2011

Khutbah jumuat hari ini.

Ada pihak yang terkilan dengan khutbah Jumuat hari ini. Khatib menyebutkan tentang pemimpin yang kita sebagai rakyat impikan dan pemimpin yang sebenarnya menunggangim kita dalam negara dewasa ini. Dengan menyebutkan keadilan Abu Bakar, Umar, dan Umar Abd Aziz, khatib mempersoalkan kepada khalayak jemaah tentang di manalah akan diperolehi pemimpin seperti mereka di zaman kini. Pemimpin yang merahmati rakyat. Sedangkan pemimpin dewasa ini menjaga kepentingan diri dan mengembungkan poket kroni. 


Secara terus terang, khatib menyebutkan tentang kenaikan harga minyak dan tarif elektrik sebagai petanda pemimpin hari ini tamak dan membebankan rakyat dengan cukai. Ia amat berbeza dengan pemimpin yang memerintah negara di zaman Sultanul Ulama Izzuddin Abd Salam yang cuba mengenakan cukai ke atas rakyat buat memperlengkapkan persenjataan buat memerangi tentera salib. Keberanian ulama dan ketaatan pemimpin kepada ulama hanya tinggal nostalgia kini.


Seterusnya, khatib mengingatkan bahawa orang beriman tidak harus disengat daripada satu lubang dua kali. Justeru, hendaklah memilih pemimpin secara bijaksana.


Khutbah tersebut merupakan tembakan tepat terus ke jantung. 

Tun Muhammad Ibn zayed An-Nahyan

Putera mahkota Emiriyah Arab Bersatu, Syeikh Muhammad bin Zayed An-Nahyan dianugerahkan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) (Kehormat) oleh YDPA Sultan Mizan Zainal Abidin ketika menerima menghadap putera tersebut di Istana Negara  hari ini. Kini bergelarlah putera itu Tun Muhammad. Itupun kalau gelaran Syeikh yang dipakainya itu lebih rendah darjatnya dari Tun. 


Tetapi, aku rasa gelaran Syeikh itu lebih besar bagi seorang Arab berbanding Tun. Apalah nilainya gelaran Tun berbanding Syeikh. Gelaran Syeikh telah digunapakai oleh orang Arab ribuan tahun dahulu sedangkan Tun itu baru beberapa ratus tahun sahaja. Mungkin semasa kerajaan Melaka muncul memerintah Tanah Melayu, ketika itulah gelaran Tun mula digunapakai. Kita mungkin pernah dengar nama-nama seperti Tun Tuah, Tun Mamat, Tun Teja, Tun Sri Lanang dan lain-lain lagi yang pernah hidup di zaman dahulu. Kerana jasa mereka yang tertentu kepada nusa mereka, mereka dianugerahkan gelaran Tun. Pada zaman pasca kemerdekaan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah Inggeris ini pun, ada ramai individu yang telah dianugerahkan gelaran Tun. Tun Hussein, Tun Razak, Tun Mahathir, Tun Abdullah, Tun Jean dan ramai lagi. 

Mungkin sudah jemu menganugerahkan gelaran Tun kepada rakyat dalam negara sendiri, maka gelaran itu dikembangkan pula ke luar negara. 


Beberapa tahun yang lalu, kita mendengar gelaran Datuk dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kepada Sharukh Khan. Maka dia dipanggil Datuk Sharukh Khan. Tidaklah dapat dipastikan apakah pelakun Bollywood itu menggunakan gelaran tersebut di negaranya atau tidak.

Mengenai Muhammad bin Zayed An-Nahyan putera mahkata UAE ini, entah apalah jasanya kepada negara Malaysia maka dia dianugerahkan gelaran Tun. Kita rakyat marhain tidak tahu jasanya kerana dia memang tidak pernah berjasa kepada kita. Barangkali, mereka yang berada di atas, yang pernah menjenguk dan bertemu dengan pemerintah di negara-negara Arab termasuk UAE, pernah menelan budi dan jasanya. Maka, sebab itulah tergerak hendak menganugerahkan gelaran Tun kepadanya.

Wallahu 'alam. Apa yang pasti, rakyat Arab sudah makin muak dengan pemerentah mereka yang algojo.

Demi generasi masa depan?

Minyak petrol RON97 mengalami kenaikan harga beberapa kali sejak tahun lalu. Ketika harganya dinaikkan, rakyat tidak memberi respons sangat. Mungkin kerana kebanyakan rakyat menggunakan minyak RON95. Terdapat ura-ura minyak petrol RON95 akan dinaikkan. Namun, kerajaan amat berhati-hati dalam soal ini. Kenaikannya akan menjejaskan popularitinya, lebih-lebih lagi dalam suasana angin panas pilihanraya kian kencang bertiup.

Kerajaan memaklumkan penurunan harga minyak RON97 dalam media. Mungkin kerajaan mengharapkan rakyat menilai kebaikan kerajaan kerana menurunkan harga minyak. Ini penting sebagai persediaan meraihkan sokongan dalam pilihanraya. Namun, penurunan harga minyak itu tidak mendapat perhatian rakyat. Jika masa ia naik rakyat tidak peduli, maka janganlah pula mengharapkan kepedulian rakyat masa ia turun.


Kalau betul-betul mahu meraihkan sokongan rakyat, turunkan harga minyak RON95. Sebenarnya merumuskan sokongan rakyat dengan penurunan harga minyak RON95 amat mudah bagi kita tetapi berat sekali buat kalangan elit pemerintah. Banyak hal yang perlu mereka pertimbangkan, termasuk keperluan mempertahankan kembungnya poket para kroni. Hanya kata-kata muluk sahaja apabila mereka dakwakan bahawa ia demi masa depan generasi akan datang. Sejak bila kerajaan memikirkan nasib generasi mendatang. 


Generasi sekarang didera demi generasi akan datang???


Oh...oh...sungguh hebat madah berhelah kalian.

Subsidi hanyalah sebuah ilusi

Berbincang dengan seorang yang boleh dikatakan "educated" kerana berada pada posisi atasan dalam sebuah Jabatan kerajaan, aku mendengarnya menduga bahawa persoalan subsidi yang selalu dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menaikkan harga barang hanyalah seumpama sebuah ilusi. Rakyat tidak pernah diberitahu berapakah sabsidi yang ditanggung kerajaan bagi harga pasaran barangan tertentu yang dibeli rakyat. Berapapun harga minyak yang dinaikkan, kerajaan masih mendakwa ia menanggung sejumlah subsidi. Demikian pula harga gula, minyak masak, berasn dan barang-barang keperluan lain. Kelihatannya masalah tanggungan subsidi kerajaan tidak dapat diramalkan bila akan tamat.

Harga minyak petrol yang dijual dalam negara sekarang dikatakan berada pada harga yang telah disubsidikan. Ia dikatakan begitu kerana membandingkan dengan harga pasaran antarabangsa di mana harga minyak di sesetengah negara jauh lebih tinggi daripada harganya di Malaysia. Namun, apakah logik membandingkan harga minyak di Malaysia dengan harga di negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia dan  Thailand boleh diterima? Dengan membandingkan harga minyak petrol di negara-negara tersebutlah kerajaan menjustifikasikan subsidi yang kononnya diberikan kepada rakyat.

Dengan penuh curiga, aku meragui kejujuran kerajaan dalam soal subsidi ini. Dalam diam aku merasakan aku sedang ditipu. Aku rasa juga rakyat Malaysia sedang ditipu. Tapi...aku belum cukup mengerti secara sempurna jalan penipuan yang sedang mereka belitkan ke atasku dan rakyat seluruhnya.

Sampai masa rakyat akan mengerti juga.

Kemaskini pengurusan masjid

Sesetengah masjid sudah memiliki kenderaannya. Malangnya, boleh dikatakan kenderaan-kenderaan tersebut hanya digunakan untuk pengursan jenazah. Apabila ada warga setempat yang meninggal, maka kenderaan yang diubahsuai menjadi van jenazah itulah yang digunapakai untuk mengangkut jenazah ke tanah perkuburan. Ada juga masjid yang agak kaya memiliki bas. Namun bas tersebut hanya tersadai dan digunakan kadang-kadang apabila masjid menganjurkan rombongan atau lawatan melibatkan ahli jawatankuasa ke satu-satu tempat.


Pengursan masjid seharusnya berfikiran kreatif tentang bagaimana mahu meningkat jumlah anak kariah yang hadir solat berjemaah di masjid. Mungkin salah satu cara yang perlu difikirkan iala menyediakan pengangkutan percuma kepada mereka. Umpamanya, setiap petang sebelum masuk maghrib, bas masjid telah masuk ke kampung-kampung untuk mengambil anak jemaah yang mahu ke masjid. Dengan adanya pengangkutan yang disediakan secara percuma sebegini, mungkin dapat menambahkan sedikit angka kehadiran jemaah ke masjid.


Penguran masjid perlu melihat bagaimana pihak pengurusan gereja berusaha memakmurkan gereja mereka. Kalau kesesatan diurustadbir secara kemas, ia akan dinampak benar. Apakah kebenaran mahu dibiarkan dinampak sesat dengan sebab kelemahan pengurusan kita??

Jika yang dunggu mentadbir.

Laman web kerajaan banyak digodam. Apa maknanya di sebalik berita tersebut? Jika direnung berita seumpama ini, ia tidak lain membayangkan akan berlakunya pembaziran wang negara seterusnya. Kalau facebook yang percuma juga pun kerajaan tega membelanjakan 1.8 juta, apatah lagi untuk membangunkan semula lama web yang berbayar. Aku nampak ringgit-ringgit yang bakal melayang di sebalik berita godaman-godaman ke atas lama web kerajaan itu.


Negara ini ditadbir oleh orang-orang dunggu yang yang cuba mendunggukan rakyat.


Kalaulah yang mentadbir negara ini orang cerdik, negara ini akan jadi lebih kaya daripada negara-negara Barat. Mereka bukannya ada sumber sekaya kita, tetapi pemimpin mereka adalah orang tercerdik di kalangan mereka. Malangnya pula, di negara kita, yang mentadbir adalah yang paling dunggu di kalangan kita.


Kalau tidak, masakan boleh membayar 1.8 juta untuk facebook yang percuma. Budak sekolah rendah pun boleh menguruskan facebook. Masakan perlu membayar jutaan untuk hanya sekadar membeli kapal selam buruk yang tidak lagi laku di negara asalnya??


Doaku dini ini.

Saat bangun di waktu dini sebentar tadi, aku berdiri di luar rumah. Ada rembulan mengambang di langit. Di sini, jarang-jarang aku dapat menatap rembulan. Sesekali, dapat menatap rembulan, aku merasakan syahdu mengenangkan alam indah yang Tuhan ciptakan. Lantas, aku merasa sedih dan sayu mengenangkan alam indah ini dicemari oleh angkara murka manusia.


Segera, aku terkenang negaraku yang permai ini. Terdapat tangan-tangan besi yang cuba memaksa rakyat dan merampas hak-haknya.  Banyak perkara yang membuatkan aku terganggu dan aku fikir demikianlah pula ramai rakyat yang lain. Pentadbiran negara yang caca marba dan diperkayakan pula dengan rasuah, khianat, pecah amanah, songlap wang rakyat, kenaikan harga barangan, ketirisan dalam penyaluran peruntukan kepada rakyat dan seribu satu macam onar lagi menyebabkan sesak dadaku.


"Oh Tuhan...tolonglah kami golongan mustadh'afin ini...Kau gantikan penguasa yang memerintah kami sekarang dengan penguasa lain yang lebih mencintai kami dan takutkan azabMU'', keluhanku mendesis keluar bersama hembusan angin dini ini.

Thursday, June 16, 2011

Pemuda UMNO lemah.

Nampak sangat Perkasa dan Pemuda UMNO  kontang idea. Perhimpunan Bersih 2.0 dijadualkan pada 9 Julai. Dua pertubuhan ultra Melayu itu juga bercadang untuk mengadakan perhimpunan pada tanggal yang sama dan tempat yang sama bagi tujuan membantah Bersih 2.0. Antara lai, mereka membantah Bersih 2.0 dengan  alasan ia akan menggugat ketenteraman awam. Tetapi perbuatan mereka mahu bertembung dengan Bersih 2.0 di tempat dan pada tarikh yang sama itu jelas mengundang ketegangan dan akan menimbulkan kekacauan awam. Sekiranya mereka benci kepada gugatan terhadap ketenteraman awam, mereka tidak sepatutnya berhimpun pada tarikh dan tempat yang sama. Banyak lagi hari yang lain dan negara Malaysia cukup luas untuk menjadi tempat perhimpunan. Boleh sahaja buat perhimpunan sejuta rakyat membantah Bersih 2.0 sebagaimana yang dibuat di Puterajaya dalamperhimpunan Belia baru-baru ini.

Kita tahu, Perkasa maupun Pemuda UMNO tidak punya kemampuan untuk menganjurkan perhimpunan dalam jumlah yang ramai. Kalaupun mampu, banyak kos yang diperlukan. Menyelit di celah ratusan ribu rakyat yang bakal keluar ke dada Kota Raya dengan pakaian kuning dan menimbulkan provokasi adalah kerja mudah. 

Jelasnya Perkasa dan Pemuda UMNO ketandusan idea dan pengaruh. Buatlah perhimpunan balas sebelum atau selepas 9 Julai kalau niat ikhlas hendak menunjukkan kepada dunia bahawa bukan semua rakyat Malaysia menyokong agenda Bersih 2.0.

Berkebajikankah negara ini?

Mereka benar-benar desperate. Guru-guru adalah orang cerdik pandai dan mereka yang mewah maklumat. Salahlah kalau para guru dipanggil menghadiri satu program lalu diedar maklumat yang ada dalam akhbar dan bahan-bahan risalah yang diambil daripada pihak tertentu. dalam dunia yang melimpah ruah maklumat dan boleh dicapai dari hujung jari, mereka cuba memberitahu para guru mengenai apa itu Negara Berkebajikan dan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan demi kebajikan rakyat. Untuk menilai sejauh mana negara ini sudah menjaga kebajikan rakyat, bukan kepada penguasa yang perlu ditanya. Kepada rakyat kebanyakan yang perlu dilontarkan pertanyaan.

Bagi mereka yang bergaul dengan rakyat bawahan, akan mendengar rintihan dan keluhan mereka. Mereka merintih mengenai kenaikan harga barang yang tidak pernah berjanji untuk berhenti biarpun buat satu tempoh yang melegakan. Rakyat dibebankan pula dengan hutang sepertimana kalangan graduan yang terpaksa dihantui bayaran semula pinjaman PTPN. Rakyat ternganga mulut cuma melihat kekayaan negara dibahagi-bahagikan sesama kontraktor yang dekat dengan penguasa.

Rakyat tahu sejauh mana Berkebajikannya negara ini. Biarlah mereka menilai dalam pilihanraya mendatang.

Utusan Melaysia

Utusan Malaysia sekarang sudah menjadi lidah rasmi UMNO-BN. Tak benar sama sekali untuk mengatakan ia sebagai akhbar rakyat. Seseorang yang menyelak lembarannya akan mengetahui hal ini. Berita-beritanya terutama yang berkisar soal politik hanyalah untuk memperkukuhkan lagi hagemoni politik UMNO-BN. Kupasan yang dimuatkan dalamnnya berhubung pelbagai isu menampakkan sifat pesimis terhadap lawan politik UMNO-BN.

Malah, sejak akhir-akhir ini, Utusan Malaysia tidak lagi menyemai kecerdikan kepada generasi muda. Ia menjadi lidah orang-orang bodoh dan dangkal yang berlindung di dalamnya. Nama samaran yang digunakan seperti "Awang" yang menulis dalam Utusan Malaysia adalah insan-insan dunggu yang menjadi tunggangan dan menjalankan ketaatan kepada tuannya.

Terbaru, karikatur yang dimuatkan dalam akhbatr tersebut dikritik kerana menghina golongan agama sebagai jahil undnag-undang. Lantaran kerana khutbah jumuat di Selamngor membicarakan mengenai bahaya fitnah, maka dituduh masjid-masjid negeri Selangor menjadi tunggangan pembangkang. Terdahulu, akhbar tersebutlah juga menerbitkan berita tidak saheh mengenai usaha golongan kristian untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi. Akhbar yang punya sejarah berliku, hanya memmetik bahan dari blog sampah untuk menjadi berita utama!

Seharusnya, apabila kita menyebut Utusan Malaysia, maka jangan lupa sebutkan bahawa ia sebagai akhbar rasmi UMNO-BN. Maka, siapakah yang dulunya cuba membangkitkan sentimen dengan berdemo untuk mempertahankan Utusan Malaysia.  Mereka kata, itulah akhbar pusakan orang Melayu yang perlu dipertahankan. Mempertahankannya menjadi tanggungjawab sebagaimana orang Melayu kena pertahankan bahasanya, rajanya dan agamanya.

Sebenarnya, Utusan Malaysia bukan lagi mewakili orang Melayu. Kalau ia sirna, Melayu tidak sirna.Melayu boleh buat akhbar lain. Melayu sudah berubah. 

Wednesday, June 15, 2011

Pohon itu

Pohon itu,
tempat bermain kera dan duku
Kala dahannya bergoyang dipuput angin
kera dan duku pasti bertempiaran
mencari pohon beringin tua

Pohon itu
tumbuhnya baru sekian tahun
tapi banyak kera dan duku bergayut

Pasti...hayatnya tidak lama.

Bakal menjadi sampah buangan

Perhimpunan Bersih 2.0 yang dirangka untuk dilakukan pada 9 Julai depan dicabar oleh Ibrahim Ali melalui pertubuhannya Perkasa. Katanya, biar kita semua lihat siapa yang kuat pada 9 Julai nanti kerana mereka juga akan turun ke jalan raya menentang golongan yang menyertai demonstyrasi Bersih 2.0 itu. Niatnya agar dunia tidak melihat bahawa rakyat Malaysia menuntut sebagaimana yang dituntut oleh mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 itu.

Ibrahim Ali mengira bahawa dia berpengaruh dan mampu mengumpul orang lebih ramai daripada jumlah yang disasarkan oleh penganjur Bersih 2.0 iaitu 300 ribu orang. Barangkali dia benar-benar telah lupa dan memadamkan daripada ingatannya bahawa sejak dia tersingkirn dari UMNO dan bergentayangan sebagai calon bebas dalam pilihanraya, dia tidak pernah menang. Kemenangannya dalam pilihanraya 2008 di Parlimen Pasir Mas, Kelantan adalah dengan kelicikannya memperdaya Pas sehingga dia dibenarkan menggunakan logo Pas dalam pilihanraya tersebut. 

Mahu tahu sejauh mana pengaruhnya, tunggulah sehingga pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi. Dia dan pemain politik licik seangkatannya, kini sedang panas punggung dan mencari-cari tempat bergayut teguh agar masa depan politik mereka dapat dilangsungkan.

Namun, percayalah bahawa dia, Zul Nordin, Zaharin dan semua yang menimbulkan masalah dengan partinya selepas pilihanraya 2008 akan menemui su'ul khatimah dalam politik. Mereka semua bakal menjadi sampah buangan yang hanya akan dikuis oleh anjing-anjing kelaparan. Itu pun bakal ditinggalkan anjing tersebut setelah mengetahui kenajisan busuk yang ada pada mereka.

Tuesday, June 14, 2011

Orang Kaya yang beriman

Waktu ke KL baru-baru ini, aku singgah bertamu di rumah seorang hartawan di Sungai Buluh. Aku kira ia masih berada dalam kawasan kampung Merbau Sempak. Nama hartawan itu adalah Hj. Ismail. Dia orang Johor.Sahabat yang membawaku ke sana mengingatkan agar jangan ditanya tentang kerjayanya. Namun, mendengar ceritanya tentang penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan setempat, aku menduga kerjanya adalah engineer. 

Rumahnya besar, masya Allah! Halamannya luas, subhanallah!

Namun, yang lebih mengkagumkan bagaimana dia mempunyai keluarga yang baik. Dua orang anaknya yang ikut sama menyambut kami memperlihatkan sifat rendah diri dan kesopanan yang tinggi. Tidak seperti anak kebanyakan orang kaya. 

Apa yang lebih penting, Hj. Ismail dan isterinya meminati perjuangan Islam.Dia bersedia untuk membantu perjuangan Islam.

Orang kaya yang demikian tentunya lebih baik beratus kali daripada orang miskin yang meminati perjuangan.

Monday, June 13, 2011

Apa sudah jadi dengan wanita-wanita itu?

Mereka menentang Kelab Taat Suami. Atas alasan apa sebenarnya mereka menentang kelab tesebut. Seruan agar taat kepada suami yang menjadi motif penubuhan kelab tersebut adalah sejajar dengan Islam. Nas-nas agama daripada Al-Quran maupun Hadis menekankan tentang kewajipan seorang isteri memberikan ketaatannya kepada suami. Persoalan taat kepada suami tidakharus dipertikaikan. Menubuhkan kelab untuk itu juga boleh dianggap usaha mulia. Sementara menggambarkan isteri sebagai pelacur kelas atasan itu perlu dijelaskan maksudnya. Ia mungkin merupakan bahasa bombastik yang yang digunakan.

Namun,para pemuka wanita yang terlepas dari kendali agama itu merasakan perlu menentangnya. Mereka melihatnya sebagai penghinaan kepada status wanita. Bagi mereka, tidak timbul soal isteri perlu taat kepada suami kerana suami isteri adalah gambungan dua manusia yang mempunyai hak yang serupa. Tiada ada yang memimpin atau dipimpin. 


Racun gerakan "woman's Libration" telah menyerang sampai kejantung hati mereka. Namanya sahaja wanita islam tetapi mereka lebih dekat kepada wanita yang bergelumang nifaq yang mengasaskan gerakan mereka dari negara-negara barat.

Mereka menentang banyak perkara baik sebelum mereka mendalaminya. Mereka dipanduoleh semangat "musawa" di antara lelaki dan wanita yang dijana di Barat. Mereka enggan menoleh putaran yang dilakukan oleh wanita-wanita barat sendiri dewasa ini. Dalam keadaan kian ramai wanita Barat memilih untukkembali menjadi ibu,menjadi isteri dan menjadi wanita secara fitrahnya, mereka,wanita-wanita yang mengaku muslimah berlumba-lumba untuk menjadi jantan yang bergentayangan bebas dalam masyarakat tanpa tata susila ketimuran dan jauh segala ikatan prinsip agama.

Mereka menentang poligami kerana menganggapnya ia sebagai pencabulan hak isteri dan mendifinesikan sebagai kebuasan nafsu suami. Mereka menuntut koata 30 peratus dalam jawatan-jawatan yang melibatkan merangka dasar dalam negara. Mereka menuntut itu dan ini dan mendakwa ia adalah untuk kebaikan kaum hawa. Mereka gagal membela kaum hawa malah semakin hari kita menyaksikan bertambahnya ekspolitasi ke atas mereka. Gejala sosial yang meruntuhkan maruah dan harga diri kaum hawa tidak mereka perjuangkan.Mereka lebih suka menelanjangkan tubuh-tubuh mereka atas nama kebebasan dan menganggap pakaian yang menutup aurat sebagai penindasan ke atas kebebasan mereka.

Mereka adalah calon-calon penghuni neraka. Barangkali...sebab itu kenapa nabi Muhammad mengingatkan bahawa kebanyakan isi neraka adalah wanita. wanita yang menjadi berat untuk mengakui taat kepada suami.

Sunday, June 12, 2011

Negara Berkebajikan dan Negara Madani

Soal Negara Berkebajikan yang dicetuskan oleh PAS semenjak pilihanraya 2008 dan dipertegaskan lagi dalam ucapan perasmian Muktamar Pas baru-baru ini mengundang pelbagai komen berbau pesimistik daripada kalangan pemimpin UMNO. Selain menncemuh ia sebagai lari daripada landasan perjuangan, dikatakan juga ia sebagai kemenangan DAP. Hasrat mulia mereka diluahkan untuk melihat Pas istiqamah dengan perjuangan menubuhkan negara Islam. 

Ironinya, selama ini pun perjuangan negara Islam tidak mpernah disokong oleh mereka. Apabila konsep negara berkebajikan ditampilkan, mereka terhimbau dan menjadi nostalgik pula untuk memperjuangkan negara Islam.

Sebenarnya, negara Berkebajikan bukanlah ijtihad Pas sebagai parti politik Islam secara sendirian. Jika kita lihat bagaimana kenyataan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi selepas revolusi rakyat  Mesir mengenai bentuk negara yang diharapkan, yang mana dinamakan sebagai Negara Madani, kita akan mengerti kebijakan Pas dengan istilah Negara Berkebajikan.

Negara Madani dan negara Berkebajikan adalah dua istilah yang membawa maksud yang sama.

Tune Hotel

Kelmarin, dari KLIA aku dan anak serta isteri mengambil bas ke LCCT. Ketika itu baru jam 5 petang.  Sampai di LCCT, kami menaiki bas yang sedia menanti di depan LCCT. Bas itu membawa kami ke depan Tune Hotel dengan tambang RM1 seorang. Tune Hotel dapat dilihat kalau berdiri di luar LCCT. Namun, untuk berjalan kaki ke sana tak mungkin. Jauh. 

Hasrat kami mahu menginap di Tune Hotel. Penerbangan ke Sandakan andalah esok pagi, jam 8.10 pagi. Apabila kutanya di kaunter hotel tersebut, masih ada bilik kosong. Namun, harganya boleh tahan juga. RM230.00. Memandangkan harganya tinggi sangat, kami tak jadi ambil bilik hotel. Sudahlah harganya mahal, biliknya tak seberapa. Hanya ada kipas dan tiada kelas mapun bintang. Kami kembali ke LCCT dengan bas pengangkut yang datang setiap 10 minit. Di LCCT, ada seorang kolek bas menegur dan menawarkan bilik penginapan di hotel warisan. Katanya 10 minit dari LCCT. Harga yang dtawarkan adalah RM150.00 termasuk pengangkutan pergi dan penghantaran pulang ke KLIA. Mulanya aku berminat tetapi memandangkan gambaran bilik yang dinyatakannya, membuatkan aku membatalkan semula hasratku. Katanya, bilik itu tiada bilik air di dalam. Bilik air adalah diluar. 

Dalamn perjalann dengan bas kembali ke KLIA aku beritahu isteriku bahawa bilik sebegitu adalah berharga RM15.00 di jalan Api-Api, Kota Kinabalu.

Kami menginap di ruang bilik yang amat luas di KLIA. Ada bertaus lampu yang sedia terpasang. Hawa dingin cukup selesa dan tiada harga yang perlu dibayar. Di tingkat 3, bahagian ketibaan, di atas sebuah pentas, kami menyiapkan tempat untuk berbaring. Bukan lama. Hanya semalam. Ketika malam telah lewat, baru anakku mahu melelapkan mata. Rupanya, tidur di situ cukup selesa. 

Lain kali, menjadi pengajaran buatku, bahawa menjadi musafir hendaklah biasa tidur di jalanan. Usah mengharap hotel yang selesa. Sesiapa yang berdepan dengan masalah transit yang panjang di antara dua penerbangan, memadai sahaja tidur di KLIA. Esok pagi, bangun solat Subuh dan siapkan diri. Tidak ada yang perlu dikejarkan. Kalau keluar dan menginap di hotel, belum tentu dapat tiba tepat pada waktunya. Ditambahkan pula dengan keletihan perjalanan.

Musafir....perjalanannya hanya persinggahan. Bak kita dalam dunia ini juga.

Tuesday, June 07, 2011

Timbalan Presiden PAS, UMNO tidak gembira

Makar UMNO untuk memecahbelahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat nampaknya menemui jalan buntu apabila Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS menggantikan Ust,. Nasharuddin Mat Isa.  Selama ini. UMNO cuba meracuni pemikiran rakyat dengan mengura-urakan kerajaan perpaduan melibatkan UMNO daqn PAS dengan menjadikan Ust. Nasharuddin sebagai kambing hitam. Tanpa putus asa, mereka mencuba sedaya upaya menggambarkan bahawa rundingan sedang berjalan. Walaupun dinafikan oleh Ust. Nasharuddin, media tetap dengan makar berhelah mereka.

Justeru, apabila Mat Sabu dipilih oleh para perwakilan untuk berada pada kerusi Timbalan Presiden, maka berantakan makar UMNO itu. Dengan Mat Sabu mereka tiada jalan membayangkan ada rundingan penyatuan Pas dan UMNO. Sebab itu, Mukhriz Mahathir kata UMNO rasa sedih kerana pemimpin PAS ternyata tidak mahu kepada penatuan Melayu.

Sebenarnya, apa ada pada penyatuan Melayu berbanding penyatuan ISlam??

Berdika dalam syirik

Dalam kampung dia lebai. Dia selalu jadi khalifah dalam majlis-majlis tahlil. Bacaan Qurannya sedap dan lantang.Tapi, mengapa dia memimpin acara berdika semasa berlaku kesakitan seorang warga. Apabila serunai berdika dibunyikan dan dia membuka gelanggang, maka beberapa orang seperti kerasukan, mulalah bersilat. Mereka berdika. Berdika maksudnya mempersembahkan silat seirama dengan muzik gendang dan serunai.

Demikian beritahu ibuku. Aku katakan perbuatan itu syirik kerana ia memuja makhluk halus untuk berasimilasi dengan orang yang punya hubungan dengan ilmu persialatan.

Sunday, June 05, 2011

Negara Berkebajikan dan kebijakan ulama.

PAS dituduh menggugurkan agenda menubuhkan negara Islam oleh UMNO demi kerana mengikut telunjuk DAP. Apabila PAS menyebut semula negara berkebajikan, istilah itu kembali membuatkan pemimpin UMNO sinis. Kalau boleh, mereka mahu PAS melaungkan istilah daulah Islam sebagaimana dulu. Dengan itu, mudahlah mereka melaga-lagakan kesatuan dalam PR dan berantakanlah "tahalluf siasi" yang PAS tonjolkan. 

Ketika kememangan rakyat Mesir menggulingkan Mubarak, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa negara yang diperlukan oleh rakyat Mesir adalah negara madani dan bukan negara Islam. Negara ISlam difahami kebanyakan orang sebagai negara agama. Maka, tergambar sebagai sebuah negara yang diperintah "ala-mullah". Inilah kebijakan yang cuba diketengahkan oleh para ulama Islam, namun tidak difahami oleh mereka yang lama bergelut dalam selut sekular.

Ziarah terakhir

Kelmarin, sepulang daripada menyertai siang daging untuk majlis kenduri kahwin di rumah Tok Imam Pakngah Daud, aku singgah di rumah Pak Ngah Hamid. Sudah lama benar dia sakit. Seingatku sudah beberapa tahun dia menderita lumpuh akibat strok. Namun, beberapa minggu ini dikatakan dia paling teruk. Tiga malam yang lepas aku dijemput untuk majlis bacaan Yasin di rumahnya. Namun, aku tidak pergi kerana pada malam itu juga aku merancang untuk mengikut delegasi Pemuda Padang Terap untuk ke Muktamar Pemuda di Shah Alam.

Ketika aku singgah di rumah Pak Ngah Hamid itu, dia hanya terbaring. Aku kira dia dalam sakarat. Kata isterinya sudah 3 hari, begitulah keadaannya. Isterinya mintakan aku bacakan ap-apa yang patut. Kataku memadailah dengan apa yang orang kampung majliskan sebelumnya untuk bacaan Yasin. Namun, akhirnya aku mintakan segelas air. Aku bacakan ruqyah padanya. Lalu aku suruh isteinya sapukan di ubun-ubunnya dan kakinya serta berikan dia minum.

Dalam hati, aku mendoakan agar Pak Ngah Hamid dipermudahkan perjalanannya menuju barzakh. Kasihan keluarganya, sudah bertahun mereka bersusah menjaga Pak Ngah Hamid. 

Aku meninggalkan rumah Pak Ngah Hamid dan ke Alor Setar. Menjelang petang ada panggilan dari kampung memberitahuku bahawa Pak Ngah Hamid telah meninggal dunia. Aku mengucapkan tahmid dan tarji'. Sesunguhnya Allah telah mentakdirkan ajalnya setakat itu sahaja.

Aku teringat sewaktu kematian Tok Wan Li pada hujung tahuyn lepas. Aku penziarah terakhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Pak Ngah Hamid juga begitu. Aku diberi kesempatan menziarahi untuk kali penghabisan. Maka, sudah tentu sewaktu ziarahku itu, malaikat telah berbaris sejauh mata memandang menunggu kehadiran malakatul maut.

Jangan sangka kemenangan itu kekal!

Nabi Muhammad SAW kata dia tidak bimbangkan kemiskinan ummatnya. Dia lebih bimbangkan jika Allah bentangkan kekayaan ke atas ummatnya lalau mereka berlumba-lumba mengejar kekayaan dunia tersebut. Hal inilah yang telah dan sedang berlaku terhadap mereka yang berjuang membela agama Allah pada mulanya. Setelah Allah anugerahkan kemenangan, mereka menjadi lupa. Lihat sahaja pemimpin-pemimpin perjuangan Islam di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya 2008, sebahagian mereka sudah mula berubah. Mereka sudah bertukar kereta yang mahal. Mereka kerap makan di restoran mahal dan gemar pula menginap di hotel-hotel sewaktu berkunjung ke ibu kota.

Kelihatannya mereka sedang mencicip hasil anugerah kemenangan yang Allah cobakan buat mereka. Awaslah...kemenangan itu Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja dan ketika itu azab Allah amat pedih. Anda akan kehilangan maruah dan harga diri di dunia. Di akhirat hanya Allah yang mengetahui.