Siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang? Ini mrupakan persoalan yang dilemparkan oleh gerak saraf UMNO-BN untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat. Malangnya, soalan ini disambut oleh sebilangan pemimpin dunggu dari Pakatan Rakyat lalu memperpanjangkan isu tersebut sehingga memperlihatkan kekecamukan pemikiran di kalangan mereka. Pemimpin DAP menyatakan komitmen untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Beberapa pemimpin PAS, terutama yang veteran juga menyatakan komitmen yang sama. Namun, ada suara-suara agar calon Perdana Menteri adalah dari Pas sendiri. TG Nik Abdul Aziz dcadangkan. Mungkin kerana faktor tua dan uzur, cadangan itu tenggelam begitu sahaja. Lalu, pilihan terbaik adalah TG Hj. Hadi Awang. Dalam Muktamar Pas baru-bari ini, Wakil dari Dewan Ulama, Hairun Nizam Mat Hussain menyatakan calon paling sesuai untuk jawatan Perdana Menteri adalah TG Haji Hadi Awang.
TG Hj. Hadi Awang atas sifat tawadhuknya menyatakan bahawa dia lebih rela kembali menjadi nelayan. Dia mahu menjadi khadam rakyat.
Siapa bakal Perdana Menteri Malaysia, itu masa yang akan tentukan. Ia tertakluk di bawah takdir Tuhan pemilik kekuasaan. Apalah faedahnya dipolimikkan. Janganlah jadi mangsa mainan gerak saraf UMNO-BN sehingga meloncat dengan isu tersebut. Sudah bertahun-tahun PAS berjuang di Malaysia, masakan mahu jadi buruk perangai hanya kerana menggilai jawatan Perdana Menteri.
Kita lupakan perdebatan tentang itu dan serahkan kepada takdir. Perkara itu masih di alam ghaib dan buat apa menghabiskan masa memperdebatkan persoalan ghaib. Persoalan di depan sekarang adalah adakah mampu membuat turning point dalam PRU ke 13 nanti?
No comments:
Post a Comment