Utusan Malaysia itu sebuah akhbar yang telah termaklum secara daruri menjadi lidah rasmi UMNO. Apa pun berita yang dikeluarkannya adalah untuk mengangkat parti UMNO di mata rakyat. Sudah beberapa kali Utusan Malaysia di saman fitnah dan ia kalah dalam saman tersebut hingga terpaksa membayar pampasan sebagai hukuman atas fitnah yang ditaburkannya.
Maka, sewaktu TG Nik Aziz diminta mengulas mengenai kenyetaan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama yang dipromosikan oleh Utusan Malaysia. dengan selamba TG Nik Aziz mengatakan tidak perlu komen laporan yang dibuat oleh Utusan Malaysia. Ini kerana ia berlidah fitnah dan tidak boleh dipercayai.
Utusan Malaysia yang punya sejarah panjang sejak zaman sebelum merdeka itu, kini telah terputusa hubungan daripada idealisma asal penubuhannya. Hayatnya bergerak seiring dengan UMNO. Selepas pilihanraya ke 13 ini, jika Allah SWT menghendaki UMNO tersungkur dan rebah maut, maka Utusan Malaysia juga akan menenpa nasib yang sama. Orang Melayu harus kuat dan berani. Orang Melayu tidak perlu hidup dengan nostalgia kerana hanya orang-orang yang lemah sahaja dibayangi nostalgia lampau.
UMNO boleh hilang. Mana-mana parti Melayu pun boleh sahaja kalau mahu sirna. Akhbar orang Melayu juga tidak perlu dipertahankan sampai bertangisan air mata. Apa sahaja wadah dan alat sebaran boleh dibuat kembali. Lahir dan mati adalah lumrah dan ia sunnah yang mentajdidkan kehidupan.
Kali ini, saat Utusan Malaysia diberi peringatan oleh Nurul Izzah kerana dituduh menfitnahnya, seorang pencacai politik bernama Zulkifli Nordin menawarkan khidmat guaman percuma untuk membela Utusan Malaysia bersama barisan guamanan yang didakwanya bakal menampilkan peguan kanan yang bakal mengejutkan. Terus terang, aku tidak pernah dengar Zulkifli Nordin itu memiliki nama besar dalam bidang guaman. Aku juga tidak pasti apakah dia peguam. Dia kata dia peguam, mungkin dia betul dan aku tidak yakin bahawa dia benar-benar mahd dalam ilmu kepeguaman.
Kalau bertekad untuk membela Utusan Malaysia, apakah maknanya itu? Utusan Malaysia sudah jadi lidah rasmi UMNO. Semua orang sudah punya tanggapan begitu. Apa yang mahu dibela oleh Zulkifli Nordin kalau bukan UMNO itu sendiri? Kalau sudah hati dan jiwa mahu membela UMNO, baik isi borang masuk ahli UMNO. Tak ada sapa nak bersedih. Tidak cantik pula seorang UMNO cakap pasal Islam berlebihan kerana orang pun tahu tahap mana sumbangan UMNO kepada Islam. ISlam bentuk apa yang UMNO cuba bina di Malaysia selama ini.
Orang-orang yang terlepas dari bimbingan ulama yang faqih politik sering lancang bercakap mengenai Islam. Padahal, mereka ini tidak pula faham mengenai Islam melainkan sebagaimana orang-orang UMNO faham. Kalau benar-benar faham Islam, jadikan ISlam sebagai nombor wahid dalam pentadbiran. Jadikan Islam diterima kaum Cina sebagai panutannya.
Siapa boleh bagi tahu aku antara Cina MCA dan Cina DAP, mana yang lebih faham Islam?
No comments:
Post a Comment