Kini, cuti persekolahan hujung tahun telah bermula. Ramai orang mengambil kesempatan untuk balik bercuti di kampung, terutamanya mereka yang bertugas sebagai guru di rantau orang. Guru-guru dari Sabah dan Sarawak sangat gembira dengan percutian hujung tahun kerana inilah masanya mereka dapat membuang bebanan kerja di samping meleraikan rindu dendam dengan orang ibu bapa dan sanak saudara di kampung.
Awal percutian ini, keadaan cuaca tidak menentu. Berita TV melaporkan bahawa banjir sedang melanda negeri-negeri di Selatan Semenanjung. Ribuan orang dipindah kerana banjir termasuk di Selangor. Keadaan di Sandakan pula hujan sering turun.Negeri Kedah, setakat ini belum dilaporkan menjadi mangsa serangan banjir hujung tahun.
Aku pulang lewat sedikit ke kampung tahun ini kerana ada urusan. Bukan juga urusan aku tetapi urusan isteri yang mahu mengejar masa mendapat lesen memandu. Kalau ikut hatiku, aku ingin pulang secepat mungkin. Namun, apakan daya.
Daurah Al-Quran telah pun aku tangguhkan bagi sesi 2012. Masjid Al-Fajr bakal ditinggalkan oleh para asatizah. Namun, hadrcore jamaah masjid masih ramai. Hanya mungkin program yang dihentikan. Aku kira program kebanyakan masjid di Sandakan juga begitu. Ia "pause" di musim cuti sekolah ini. Ini kerana sebahagian pengkuliah masih lagi insan perantau dari Semenanjung yang pulang bercuti bila tiba hujung tahun. Hanya segelintir adalah anak tempatan. Itupun turut mengambil kesempatan pergi ke mana-mana di musim cuti ini.
Tahun depan ada hal-hal baru yang belum dapat diduga. Anakkku masih lagi belajar di Taski ABIM aku kira. Itulah yang paling mudah, miskipun aku ingin kalau dia belajar di Pasti. Masalah pengangkutan masih tidak terselesai. Tugas persekolahan tahun depan, aku telah diringankan. Tidak lagi guru kelas dan bukan lagi penyelaras RMT. Hanya guru kebajikan. Aku pun tidak jelas skop kebajikan yang perlu aku lebarkan. Namun, aku sudah bayangkan program kebajikan murid yang bakal aku gencarkan.
Di masjid Al-Fajr, awal tahun, mungkin pengerusi akan panggil buat mesyuarat Agong. Bulan Oktober baru-baru ini di mesyuaratkan untuk cari tarikh pada bulan Disember. Aku cadangkan dianjak ke tahun hadapan. Para AJK bersetuju. Aku tahu siapa di belakang desakan agar mesyuarat Agong diadakan. Ia tidak perlu tergesa-gesa. Aku mengaharapkan ada perubahan politik tahun hadapan. Jika pun tidak makro, mikro pun jadilah. Dengan itu beberapa manusia yang bergentayangan dengan kepentingan peribadi dapat dilupuskan.
Aku berhasrat untuk beli kereta baru. Tapi ada sedikit perasaan keliru. Sehingga cuti ini, aku masih sayang kepada kereta Waja yang kupakai. Hal tersebut hanya akan aku fikirkan menjelang tahun depan.
Tahun depan 2013. Tahun 1434 kalau kalender Islam. Apakah perubahannya? Oh...yang pasti aku makin tua. Makin tua maknanya makin dekat mati. Baik aku tingkatkan amal pahala di tahun depan. Hal itu tidak harus dilupakan sama sekali.
No comments:
Post a Comment