" Baba, belikan Mila Barbie!", demikian anakku yang berusia 5 tahun itu sering pesankan bila aku bertahunya bahawa aku mahu ke bandar dan tidak membenarkannya ikut sama. Itu adalah sebagai ganti dia tidak ikut serta.
Barbie adalah anak patung perempuan cantik yang menjadi animasi kegemaran ramai kanak-kanak perempuan dewasa ini. Ia mempunayi raut wajah yang menarik dan gaya berpakaian yang fashionable.
" Apa? belikan babi?", aku sering mengusik.
" Eh...bukan babi, barbie", anakku yang usianya lima tahun itu dengan panats membetulkan. Dia pun tahu bezanya antara babi dengan barbie.
Aku tersenyum.
Anak-anak orang Islam memang ditanamkan rasa anti-babi. Semakin membesar, kefahaman mereka tentang babi akan bertambah. Babi ditanggapi dengan jijik dan kotor. Babi itu nista dan haram.
Barbie lain dari babi. Itu cuba dibetulkan. Tetapi sebutan hampir sama. Kalau ada masalah pendengaran, maka barbie akan jadi babi. Bagi yang jahil dan bodoh mengenai perkembangan dunia kanak-kanak hari ini, mereka akan kata barbie itu samalah dengan babi. Kalimah babi sudah dikenali sejak zaman berzaman tetapi kalimah barbie itu baru sahaja diperkenalkan akhir-akhir ini.
Ada juga orang yang buat-buat bodoh dan dungu kerana ada kepentingan tertentu. Bak kata seperti apa yang dituliskan oleh Ust. Zaharuddin dalam FBnya:
Pihak yang membodohkan diri sekarang ini sengaja memutarbelitkan dua kalimah yang hampir sama bunyinya supaya dengan putarbelit tersebut dapat dicapai sesuatu maksud jahat mereka. Kalau anakku yang lima tahun pun tahu bezakan antara "barbie" dengan "babi", mengapa TV3 dan Utusan Malaysia amat bengong sehingga tidak tahu membezakannya?
No comments:
Post a Comment