Mengamati polimik yang timbul berkaitan perpecahan ummat Islam kekadang sangat meletihkan. Polimik besar meletus antara ahli Sunnah dan Syiah. Kemudian, timbul pula isu wahabi, salafi, sufi, tariqat dan kini pluralisme, liberalisme dan sekularisma. Semua ini menjadi penyakit buat ummat ini. Kenapa semua penyakit ini timbul dan apa cara mengatasinya?
Kita lihat polimik ini dipendamkan dan tidak diperdebatkan jika Islam bergerak atas carta jihad. Para pendokong gerakan Islam, mereka tidak menghabiskan masa mendebatkan isu tersebut yang kesudahan tidak ke manapun. Gerakan Islamlah kelompok ummat ini yang melaungkan jihad sama ada jihad peperangan maupun silmiah.
Kerana tidak ada gerakan jihad, ummat mempergunakan masa lapangnya untuk bermain-main. Bila sudah banyak bermain, berlakulah pergaduhan. Ia seperti sekumpulan kanak-kanak hinggusan yang bermain sepanjang hari. Pada hujungnya, akan ada yang menangis.
No comments:
Post a Comment