Dulu, antara sekian banyak slot TV3, slot beritalah dikatakan bagus. Slot lain banyak yang haram kerana mendedahkan aurat, hiburan melampau dan sebagainya. Tapi, itu dulu. Sekarang, banyak-banyak slot TV3, beritalah yang banyak dosa. Terutama Buletin Utama jam 8 malam. Corak pemberitaan yang penuh maksud jahat, menggubar fitnah, memetik tulisan-tulisan orang fasiq dari blog tanpa usul periksa, menyebabkan rancangan berita itu bergelimang dosa. Maka, malang sekali bagi tenaga kerja TV3 yang terpaksa menelan razeki dari kerjaya nista itu. Dari penerbit hinggalah pembaca berita, semuanya berkongsi bahagian dalam pemberitaan dosa seperti itu.
Orang jahil agama dalam berita dengan petah, bercakap agama kondem para alim ulama dan orang-orang baik.
Pemberita yang tidka pun menutup aurat membaca berita menista wanita yang dikenali masyarakat sebagai solehah. Malam ini, Nurul Izzah Anwar yang dikenali orang sebagai muslimah yang terpelihara, dikaitkan pula dengan menyokong agenda memurtadkan Melayu. Berita nista memetik Ibrahim Ali an Zulkifli Nordin, dua manusia yang hatinya bernanah dan penuh makar membuat komen tanpa usul periksa. Pengetahuan mereka tentang isu pun lintang pukang, tetiba tumpang sekaki dengan isu Bulitin TV3 yang mengaut sampah maklumat dari blog pencacai.
Bagaimana nak hukumkan orang-orang seperti ini. Bagaikan, pembaca Berita TV3 yang jenis free hair itu lebih faham Islam daripada Nurul Izzah. Mungkin orang kata dia hanya baca sahaja berita . Tapi ia menampilkan kepada khalayak betapa orang yang tidak layak diletakkan untuk bercakap mengenai apa yang tidak layak, lebih-lebih lagi terhadap orang yang dikenali baik oleh masyarakat.

No comments:
Post a Comment