Bahananya terjadi kalau orang bodoh agama dengar orang cakap pasal agama, dan dia sukar nak faham. Apabila dia gagal itu faham, maka dia akan buat tafsiran sendiri mengikut apa yang dia mampu faham. Ditambah pula jika dalam dirinya tersimpan maksud jahat.
Demikianlah apa yang boleh difahami dari putarbelit media blog dan dilanjutkann pula TV3 terhadap kenyataan yang diucapkan oleh YB Nurul Izzah Anwar.
Apa yang dicakapkannya ialah mengenai konsep tiada paksaan dalam agama sebagaimana yang telah pun ditegaskan dalam Al-Quran. Kerana kurang faham dengan hukum hakam Islam, dikatakan pula Nurul Izzah itu galakkan Melayu jadi murtad. Islam ada hukumnya dan kebebasan memilih agama adalah hukum umum. Ada yangg khusus untuk muslim sahaja iaitu hukum murtad.
Para penjilat dari Perkasa dengan pantas memberi reaksi terhadap laporan tidak bertanggungjawab dari blog murahan dan pemberitaan tercela TV3 itu. Namun, mereka berdiam diri pula terhadap kenyataan biadap yang terang lagi bersuluh daripada CSL mengenai hudud.
No comments:
Post a Comment