Hanya seperti ayam betina, kokokan berderai-derai, tetapi bontot berlumuran najis. Sehari dua ini, dalam berita TV3 timbul isu mengenai manifesto pilihanraya oleh parti-parti politik. Kerana dikatakan ada parti yang menabur janji dalam manifesto tetapi tidak dilaksanakan, maka rakyat teraniaya. Justeru, dicadangkan untuk mewujudkan satu badan yang memantau manifesto parti-parti politik agar ia dilaksanakan. Arah tujuan cadangan tersebut dapat ditelah dengan mudah. Secara tersirat, kerajaan Pakatan rakyat yang memerintah beberapa negeri, khususnya negeri Selangor, Pulau Pinang dan kedah dikatakan tidak menunaikan janji manifesto.
Dalam ucapan di Kedah, DS najib dengan langtang menyenaraikan 4 ciri munafiq yang ditempelkan ke wajah pembangkang.Tidak menunaikan amanah, cakap bohong, janji tidak ditepati dan melampau bila bergaduh. Seolah-olah, ia bukan sifat kerajaan yang memerintah sekarang. Sifat itu dituduhkan ke atas pembangkang.
Kita hanya mahu tanya tentang beberapa amanah yang rakyat berikan kepada kerajaan hari ini. Semanah mana kerajaan menguruskan RM250 juta wang rakyat yang diberikan kepada NFC untuk menjana bekalan lembu dalam negara? Apahal pula dengan isu kapal selam Scorpene yang sampai sekarang tidak selesai? Amanah sangatkah kerajaan UMNO-BN menguruskan wang rakyat?
Setiap rakyat boleh menilai sejauh mana amanahnya kerajaan dalam menjalankan sistem bernegara, khususnya dalam pengurusan ekonomi.
Janji? Mana janji nak hapuskan ISA? Mana janji nak pulihkan sistem pilihanraya? Mana janji nak bela hak raykat bumiputera?
Melampau dalam bergaduh? Siapa yang bertindak ala gangster dalam kempen-kempen yang rancak sekarang ini? Siapa yang melampau sampai buat operasi lalang menangkap ahli politik pembangkang tahun 90-an dulu?
Janji ditepati? Janji nak bagi wang sana sini untuk projek sekolah, jambatan, jalan dan sebagainya, dah ditunaikan?
No comments:
Post a Comment