Dulu, bukan main pertahankan UMNO. Siang malam keliling negeri dendangkan lagu puji sanjung UMNO. Apa pun yang UMNO sebagai parti teras kerajaan lakukan, ia diwajarkan dengan logik yang pelbagai. Seolah-olah hatinya telah menggapai makam Mutamainnah. Malah, boleh dikatakan telah meneroka makam tertinggi Radhiah Mardhiah.
Tetapi, tiba-tiba feelnya berubah. Semuanya gara-gara dirasakan UMNO mengkhianatinya. Kerajaan yang diterajui UMNO itu tiba-tiba merampas tanah leluhurnya tanpa alasan munasabah dan tidak pula diberikan pampasan yang munasabah. Atau, untuk seorang bekas YB, dia melenting kerana tidak terpilih sebagai calon dalam PRU 13 kali ini. Bagi seroang kontraktor, terlepas daripada melahap kontrak kerajaan yang selalu menjadi miliknya melalui tender tertutup.
Kerana habuan untuk diri tidak dapat diperolehi, sifatnya yang mendokong UMNO kini bertukar menjadi musuh kepada UMNO. Lantas, tanpa segan seilu, dia pun mencari dahan baru. Dahan yang dulunya dicemuh cela, kini tempat dia berteduh dan bergayut.
Hubaya-hubaya wahai Pakatan pembangkang dengan manusia yang fikirnya serendah nilai isi perutnya yang busuk. Mereka itu adalah kambing yang hanya mencari mrumput hijau. Tiada keuntungannya memberi penghargaan buat mereka.
No comments:
Post a Comment