Bukan kita tak mahu orang kita
kita sedang pertaruh negara
bukan calon yang kita pilih
parti berjasa jadi sanjungan
dia tidak pandai bahasa
tapi dia punya semangat waja
menghargai orang desa
berikan dia masa
untuk belajar politik bejaya.
Perjuangan Islam wajib didokong
tetapi...banyak perkara perlu difikir
Ah...
katakan sahaja di mana arah hatimu
sekarang bukan masa bercanda kata
menegak lalang di persada pilihan
antara dua
biar jelas pilihan hati
jika darahmu mengalir biru
masakan menghembus nafas hijau?
*Hasil bicara politik dengan seorang teman.
SYEIKH ABDULLAH AS-SYARQAWI
2 days ago
No comments:
Post a Comment