" Pak ustaz pondok yang dulunya sekolah tak pandai, corot dalam pelajaran...masuk mengaji di pondok dan kemudian mendakwa dirinya ulama!", aku melepaskan kebengangan itu ketika menyaksikan sekumpulan lelaki berserban mengaku mewakili ulama pondok bercakap degung degang dalam TV. Mereka membawa suara pertubuhan mereka yang diberi nama Minda Pondok lalu berfatwa bahawa haram mengundi Pas dalam PRU ke 13 nanti.
Wah, begitu lancang membuat fatwa tanpa dalil yang jelas. Lantas, bersama pengharaman mengundi Pas, diwajibkan pula mengundi BN. Mereka telah mengambil sifat Allah yang Muhrim dan Muhlil. Kalau sudah jenis orang tak cerdik dalam mengaji, masuk pondok pun tak cerdik juga. Kalau nak masuk pondok mengaji menuntut ilmu agama, biarlah asal menang genius. Barulah jadi lepasan pondok yang bermutu.
Inilah masalahnya. Ibu bapa selalu melambakkan anak tak cerdik untuk mengaji pondok. Anak yang cerdik disuruh mengaji jadi doktor, peguam dan sebagainya. Sehabis-habis anak tak cerdik yang mengaji pondok, begitulah jadinya. Jadi pembela kepada kebatilan. Hanya meneruskan legasi Bal'am bin Ba'ura.
Kalau anak-anak cerdik yang masuk mengaji pondok, tidaklah jadi semacam mereka itu. Mereka akan jadi pembela kebenaran, jelas wawasannya dan tahu di pihak mana hendak berdiri.
Tak layak dipanggil ulamak. Apa harta ilmu yang mereka ada untuk dipanggil ulamak. Kalau sekadar hafal nama beberapa buah kita tapi tak faham isi kandungannya, keldai pembawa beban kitab lagi mulia. Jadi ulama bukan hanya dengan lilit serban di kepala atau pakai jubah darwis. Daripada serban di kepala mereka, kain pembalut nangka lagi berguna. Dari jubah darwis pakaian mereka, baik lagi orang-orangan dari kain buruk di tengah sawah.
Sebal betul aku melihat muka-muka orang tidak mumayyaiz mengaku ulama ini. Tapi...aku cuba sabar. Dunia ini memang begitu. Manusia bukan satu tingkat pemikiran. Ada orang mumayyaiz dan ada yang wayar otak putus kerana banyak sangat isimnya.
No comments:
Post a Comment