Anda sendiri boleh tahu pemimpin anda itu jenis ahli syurga atau ahli neraka. Memang bukan kerja kita untuk hukumkan seseorang itu ahli syurga atau ahli neraka. Soal syurga neraka adalah soal ghaib dan apabila disebut soal ghaib, maka tidak ada sesiapa yang boleh membuat kepastian. Namun, sebagaimana hal-hal ghaib yang pelbagai, Allah bekalkan tanda agar manusia dapat mengenalnya. Soal bila hari kiamat, itu soal ghaib. Namun, Allah berikan tanda agar kita boleh mengetahui jangkaannya. Maka, demikianlah soal siapa yang akan masuk syurga atau neraka.
Tak kan nak dikatakan seorang kaki perempuan, kaki botol, taukey judi, perasuah, jenis tak suka menutup aurat, suka hiburan dan tari menari, sombong dengan kekayaan diri, songlap duit negara dan berbagai-bagai jenayah lagi, sebagai ahli syurga. Orang begitu ahli neraka dari segi tandanya. Soal hakikat jangan cakaplah. Itu bukan ruang yang boleh dicapai manusia.
Maka, jika sesiapa yang berpemimpinkan ahli neraka, jangalah duduk bermimpi di siang hari bila mati nanti masuk syurga!
No comments:
Post a Comment