CARI BAHAN

Monday, April 22, 2013

Putaran sejarah sama sahaja

Kemasukan orang-orang besar (al-Mala') ke dalam Pas tentunya memberi tamparan yang bukan sedikit kepada UBN. Secara berterusan, kedapatan tokoh-tokoh yang mempunyai nama besar dalam pelbagai bidang menyatakan sokongan dengan menyertai parti Pas. Terkini ialah apabila Tan Sri Muhamad bin Mohd Taib, bekas menteri besar Selangor menyertai Pas. Selepas ini, entah siapa lagi akan menyertai Pas.

Menelaah sejarah perjuangan nabi, aku melihat perbandingan dengan episod masuknya Islam beberapa tokoh besar kafir Quraisy selepas termeterainya perjanjian Hudaibiah. Khalid Al-Walid, Abbas bin Abdul Mutalib dan Abu Sufian adalah pemimpin-pemimpin harapan kafir kota Makkah. Melalui kemasukan mereka ke dalam Islam, proses pembukaan kota Makkah berlaku dengan begitu lancar dan tiada pertumpahan darah berlaku.

Kini, Pas mensasarkan untuk menawan Putrajaya. Katakanlah, Putrajaya itu adalah Kota Makkah dalam sejarah perjuangan Islam. Selepas Pas membuat perjanjian "Tahalluf Siasi" dengan beberapa parti lain, maka kita menyaksikan rahmat besar diperolehi pas dengan kemasukan tokoh-tokoh besar dalam arena ketenteraan, politik dan juga seni. Ini samalah dengan apa yang berlaku dalam perjuangan nabi SAW.

Sesungguhnya sejarah itu hanya mengulangkan hal yang sama. Hanya wajah zamannya berubah sedang intinya serupa.

No comments: