Kenyataan Karpal Singh memperkecilkan kemasukan Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib, bekas MB Selangor ke dalam Pas atas alasan orang yang punya rekod buruk di masa lalu sebenarnya adalah kenyataan yang berbaur dendam dan mungkin cemburu. Walau bagaimanapun, Salehuddin Ayob mennegaskan Pas tidak akan berkecil hati dengan kritikan Karpal Singh itu. Sememangnya Karpal Singh itu meruapakan seorang tua yang sering mengeluarkan kenyataan yang semberono dan tidak berhati-hati. Kelancangan beliau itu hendaklah difahami oleh para pemimpin Pas kerana dia adalah seorang yang tidak beriman dim hujung usia tua renta.
Kalau atas alasan rekod buruk semasa berkuasa dulu, maka Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib tidak sesuai bersama Pas, itu menunjukkan bahawa Karpal Singh mempunyai persepsi yang cukup hormat dan tinggi terhadap Pas. Beliau berasa keberatan untuk melihat Pas menjadi persinggahan taubat orang berdosa. Baginya, orang yang masuk Pas adalah orang-orang baik sahaja. Kritikannya itu juga hendaklah difahami bahawa dia sangat mengambil berat terhadap Pas. Melihat dari sudut kecemburuan Karpal Singh atas pencapaian Pas, ia adalah takah terakhir.
Soal orang berekod buruk menyertai Pakatan Rakyat melalui kompenennya, ia bukan sahaja ke dalam Pas. Dalam PKR paling banyak manusia seperti itu. Namun pimpinan PKR sangat longgar dan berlapang dada. Terlalu longgar dan berlapang dada pun tidaklah bagus untuk survival parti. Sekurang-kurang Pas lebih cermat. DAP sendiri ada meb"DAP"kan beberapa individu yang sebelumnya berekod buruk. Namun, hal itu sering dipejam mata, miskipun yang menyertai DAP itu ada udang di sebalik batu.
Apa pun, kita menyakini aura para ulama pemimpin gerakan.
No comments:
Post a Comment