Cerita pasal wanita tiada nilai dalam UMNO bukan baru. Apa yang diluahkan oleh Datuk Kamalia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO yang keluar UMNO dan bertanding bebas dalam PRU13 mengenai tidak bernilainya wanita UMNO hanya menguatkan lagi apa yang telah kudengar. Apabila pemimpin dalam barisan tertingginya sendiri menyifatkan demikian, maka jelaslah kedudukan wanita dalam UMNO hanya untuk diperkudakan.
Beberapa minggu yang lalu, seorang sahabat daripad UMNO Libaran menceritakan bagaimana wanita UMNO Libaran dilayan hina dalam PRU12. Seorang wanita UMNO yang disifatkannya sebagai hantu kubur (kerana menggunakan IC orang yang telah mati) dan menjadi isteri kepada seorang pemimpin UMNO telah merendahkan martabat wanita UMNO sebagai jentera kempen pilihanraya. Hanya dengan alasan wanita-wanita UM|NO jentera kempen itu telah dibayar RM10 sehari, mereka disuruh jalan kaki masuk ke kampung-kampung sedangkan pengangkutan untuk parti ada. Wanita UMNO dianggap seperti ayam, lembu dan itik. Disuruh jalan kaki dan ada yang diangkut dengan lori seperti lembu korban yang mahu di sembelih.
Sedangkan ulama lagikan dihina dalam UMNO, apalah nak dihairankan jika golongan wanita dihina. Dalam PRU ke 13 ini, ramai tokoh ulama UMNO yang tersingkir. Fadzil Hanafi yang pernah membantu memenangkan UMNO di Kedah dan menjawat Exco Agama antara 1999 hingga 2004 dibuang sia-sia dalam PRU ini. Nilainya tiada lagi dan akhirnya bertanding bebas. Mana dia Dr. Masyitah Ibrahim yang dulu dipilih menjadi calon atas dasar merit agamanya. Mana ustaz dan agamawan yang mendapat tempat terhormat dalam UMNO melalui pencalonan PRU13 ini? Fathul Bari? Ini kali pertama beliau bertanding dan apakah anda yakin beliau akan terus dihargai UMNO?
Soal menghargai wanita dan ulama dalam UMNO adalah satu yang perlu dipertanyakan berkali-kali. Apa yang boleh dilihat, dalam politik ala-Machiavelli amalan UMNO, apa sahaja yang boleh diperkudakan untuk kemenangan akan digunakan.
Kini tahulah kamu nilai wanita? Para ulama, belum tahukah nilai kamu?
No comments:
Post a Comment