Masihkah kau ingat?
ketika bersama rasul baginda
menempuh perjuangan getir
disiksa dipermalu dipenjara
digelar diselar
disiasat dibangsat dihamnbur kesat
difitnah diseranah
hak warga dipersenda..
Di hujung sebuah juang
setelah sebuah tahalluf bernama Hudaibiah
menyusul sederet tahalluf bersama pelbagai kabilah
berbondong-bondong datang menyerah wala'
dari perkampungan Badwi serta wadil Qura
datanglah Khalid Al-Walid bekas panglima
Datanglah Abbas seorang politikus
Menyusul Abu Sufian pemimpin utama
ramai penyair menggabung diri
pelbagai manusia ternama
pelbagai bidang arena.
Kini
Sebuah sejarah besar
berulang kembali
lihatlah wahai para mutawassimin
Berkah itu pada tahalluf
buahnya semisal dalam sejarah nabi
Panglima tentera datang menyata taat
Pembesar polis turut berwaad
banyak artis menemui hidayat
pembesar negeri menawar syafaat
untuk sebuah perjuangan
Setapak lagi
kota bersejarah itu akan ditawan
runtuhlah jahiliah yang bersenandung khurafat
"hanya kami pandai memerintah"
Berbondong manusia menyata sokongan
luput lenyap legasi tempang
kita mulakan era baru
Sejarah akan berulang
dalam putar roda serupa
walau berbeza nama
kerana demikianlah tersurat sunnatullah.
CIKGU ANWAR
1 week ago
No comments:
Post a Comment