Tiba-tiba heboh pasal Rahim Noor, bekas ketua polis negara kata TG Nik Aziz sebagai Bapak Kafir. Bekas Polis Negara yang telah menamatkan perkhidmatannya dengan rekod yang buruk itu hampir sahaja sudah dilupakan oleh masyarakat. Tiba-tiba namanya muncul kembali dengan kenyataan yang terlalu dahsyat itu.
Menuduh seorang yang diakui sebagai ulama oleh kebanyakan pencinta Islam sebagai Bapak Kafir adalah sangat mengejutkan. Tambahan pula tuduhan tersebut dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara yang umum tahu jenayahnya sebelum berhenti jadi polis. Dialah yang bertanggungjawap menumbuk DS Anwar Ibrahim dalam tahanan sampai mata lebam.
Rahim Noor memang jenis manusia yang hitam pekat hatinya. Dia memang duduk dalam zulmat yang tak pernah habis. Sampai dirinya tidak berkuasa, dia tetap dalam pekat dan zulmat tersebut. Maka, sebab itu meluncur kata-kata kufur itu dari lidahnya. Tak usah beritahu dia apa implikasi katanya dari segi agama. Dia bukannya mengerti dan tidka pula peduli. Itulah lagak seorang polis yang mewarnai zaman perkhidmatannya dengan kezaliman.
Amat jauh Rahim Noor dari ulama. Persekitarannya bukan persekitaran orang baik. Sebab itu dia mengatakan dengan kata-kata kufur itu. Dia hanya membawa sisa nama mulia iaitu Ketua Polis Negara, padahal kemuliaan itu telah pun tiada padanya. Cubalah, dia pergi jalan-jalan di pekan dan pasar, berapa orang akan pergi bersalam dengannya. Bertuahlah kalau ada yang sudi mencium tangannya. Kalau ada tentu orang itu lebih hina daripadannya. Penamat hayatnya begitulah nanti.
Bandingkan pula TG, Nik Aziz yang dikatakannya Bapak Kafir. Apa yang sedang dibuat TG Nik Aziz sekarang? Mungkin dia tengan solat subuh padahal di mana Rahim sekarang? Kehidupan TG Nik Aziz dengan Rahim bangai langit dan bumi. Kehidupan orang soleh dan kehidupan seorang yang mewarnai hidupnya dengan kefasiqan...manakan sama?
No comments:
Post a Comment