Semalam UMNO berkumpul di Stadium Bukit Jalil untuk sambutan hari ulatahun kelahirannya yang-66. Kata pemimpin UMNO yang bercakap menerusi TV, perhimpunan tersebut adalah untuk semua orang, bukan sahaja untuk ahli UMNO. Dianggarkan lebih 100 ribu dalam stadium (sungguhpun dakwaan itu meragukan) dan ramai lagi tersangkut dalam perjalanan. Khabarnya, itu perhimpunan terbesar yang pernah diadakan oleh UMNO.
Pemimpin UMNO dalam TV menyatakan angka-angka besar yang hadir semalam. Kelihatannya jumlah dan angka kehadiran sangat dipentingkan oleh mereka, Mereka cuba menyaingi angka kehadiran Bersih 3.0 yang baru-baru ini diadakan. Adalah lekeh dan memalukan kalau angkanya lebih kecil berbanding jumlah kehadiran semasa Bersih 3.0.
Apapun, inilah sebenarnya hari zinah yang pernah terjadinya dalam sejarah Firaun. Apa yang berlakunya selepas berlalunya hari Zinah tersebut? Sila rujuk Al-Quran dalam ayat-ayat yang menceritakan kisah nabi Musa dan Firaun
Rupanya sejarah sama sahaja dan mengulang-ulang hal yang sama.
No comments:
Post a Comment